Followers

Friday, April 11, 2014

::Adik-Beradik::

Semalam pagi topik Sinar FM berkaitan adik-beradik.  Menarik juga kupasan dan cerita yang mereka ke udarakan.

Tapi antara dengar tak dengar sebabnya bila iklan tukar ke siaran lain tau-tau terlajak dengar lama siaran tersebut.

Yang paling menarik bila DJ mengatakan "SAYANGILAH ADIK BERADIK KERANA ADIK BERADIK SAHABAT DUNIA AKHIRAT".

Sejujurnya kenyataan tersebut adalah benar belaka.  Adik-beradiklah sahabat kita sebelum kita mengenal dunia luar, dan merekalah juga sahabat kita kelak di akhirat kerana pertalian darah yang tidak mungkin dapat dinafikan.

Ambillah segala kesempatan yang ada, kenang zaman ketawa menangis bersama dan pupuk rasa kasih dan sayang semakin berkurangan dek kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya.

Usia kita pun bukan bertambah muda, esok lusa siapa bakal tinggalkan dunia dahulu tiada siapa tahu.  Janganlah waktu itu sesal menyelubungi diri.  

Mana ada lidah tidak tergigit, mana ada laut tidak bergelora tapi kita letak segalanya ke tepi atas dasar kasih sayang dan darah yang mengalir di setiap denyutan nadi.  

Kalau kita boleh terima orang luar menjadi sahabat dunia akhirat takkan pula adik-beradik depan mata diabaikan seolah-olah tiada sebarang pertalian?

Saya tidak menuju kepada mana-mana pihak dan ini lebih kepada peringatan buat diri sendiri.  Saya punya adik-adik dan saya sayang mereka tidak berbelah bahagi meski ada masa bertegang urat.

Semoga ikatan kasih sayang yang GP dan GM tanam sedari kecil antara kami adik-beradik akan bercambah mekar sehingga ke hujung nyawa.  Juga berharap ianya sentiasa berkembang segar agar menjadi contoh buat anak-anak yang semakin mengenal erti dunia!



nota:  i love my siblings endless and pure eternity...

 

No comments :

Post a Comment