Followers

Wednesday, April 16, 2014

::Bila Nak Menguap Ni?::

Mata belum rasa mengantuk walhal jarum jam sudah melepasi angka 11.  Sejak akhir-akhir ini, agak mudah melelapkan mata.  Kesibukan di siang hari barangkali, itu yang mudah sahaja lena.

Tapi tak tahu kenapa malam ini sukarnya nak pejamkan mata.  Adalah 2-3 perkara membelenggu minda, sebab itu agaknya tak boleh nak tidur lagi.

Alhamdulillah sangat-sangat 2014 membawa cahaya pengharapan.  Bertahun-tahun kehidupan amat diduga sehingga sering kecewa dan pendam kesedihan.

Bukanlah segalanya baik sangat, tapi banyak perubahan positif.  Contohnya dulu pernah tidak berduit langsung, hari ini sudah boleh bernafas walau masih ada tersangkut-sangkut.

Hajat hati mahu melangsaikan hutang dengan segera, kalau boleh.  Tipu kalau saya katakan tidak berhutang walhal pada waktu itu kehidupan amat tertekan. 

Ada berhutang dengan individu, ada juga berhutang dengan institusi kewangan.  Penyusunan kewangan amat-amat perlu supaya hasil digunakan sebaik mungkin.

Jangan tak tahu, saya ada buku catitan hutang.  Ianya perlu, kerana bagi saya hutang tetap hutang dan boleh bawa ke mati seandainya tidak dihalalkan.

Eh, apa masuk isu hutang pula?  Quiet personal tu!  Tiba-tiba laju pula aliran otak ke arah topik tersebut.  Nampak sangat hutang keliling pinggang..hahaha.. 

TV1 sekarang sedang berhujah isu krisis air.  Tak tahulah bila akan selesai tapi nak buat macamana dah keadaan sebegini.  Terpaksa hadapi dengan tabah.  Silap-silap darurat air nanti.

Sehingga hari ini, rumah saya masih belum kena catu.  Tapi banyak kawasan berhampiran sudah berdepan masalah air.  Bersepah-sepah kedai menjual tong air.  Nett price okay!  Minta kurang RM1 pun tak mahu..huh!

Aduh, tinggal beberapa hari sahaja lagi ni nak masuk Ramadhan.  Puasa banyak tak berganti.  Tahun ini teruk betul!  Kena kuat semangat, jangan dah nak sampai ke garis permulaan baru terhegeh-hegeh nak mula.

Okay, mata dah terasa berat.  Dah boleh berhenti membebel dan bawa diri ke tilam nan empuk.  Semoga mimpi indah menemani tidur saya.  

Selamat malam!




nota:  menguap banyak-banyak...

  


No comments :

Post a Comment