Followers

Wednesday, April 9, 2014

::Krisis Air Berlanjutan::

Semakin kalut isu cantuan air.  Catuan jadual ke-4 telah pun bermula minggu lalu dan bertambah banyak kawasan tidak mendapat air.

Menjadikan lagi sengsara bilamana jadual tidak mengikut seperti apa ditetapkan.  Ada yang dicatu lebih dari dua hari, ada yang dicatu sehari kemudian jadi dua lepas tu hari-hari.  

Tak boleh lagi bergantung kepada jadual yang pihak Syabas keluarkan.  Tadahan air perlu lebih dari sepatutnya, khuatir hampir seminggu tiada bekalan.

Alhamdulillah setakat hari ini rumah saya belum kena catu meski rumah di seksyen lain sudah kena.  Kasihan bilamana banyak perniagaan terganggu punca pendapatan.

Harga tong air bukan main mahal.  Sebelum ini harganya RM50, naik mendadak ke RM70-RM90, tapi tetap ada orang beli.  Dah terdesak, terpaksalah!

Hairan juga sebab setiap hari hujan lebat membasahi bumi.  Ingatkan bila hujan turun krisis air bakal selesai.  Tak juga sampai ke penghujung.

Khabarnya hujan tidak turun di kawasan tadahan kerana itu catuan terpaksa diteruskan juga.  Dengar juga catuan ini bakal berlangsung sehingga hujung tahun.  Parah!

Bersabarlah ya rakan-rakan yang berhadapan masalah air.  Sama-samalah kita berdoa krisis air ini akan tamat tidak lama lagi.  

Saya yang tidak kena catu pun terpaksa berhadapan dengan masalah air kotor berwarna karat, apatah lagi mereka yang kena catu.  

Bila guna air kotor pun susah juga.  Macam-macam sakit boleh hinggap terutamanya sakit kulit. Ramai dah kena gatal-gatal seluruh badan.

Tiba-tiba teringat kita ada supply air ke negara jiran.  Dalam waktu krisis sebegini, masih lagi ke kita membekalkan bekalan air tersebut?  Eh, negeri berhampiran negara tersebut tiada masalah air rasanya.  Pasti tiada masalahlah tu.

Tapi alangkah bagusnya air tersebut dapat disalurkan kepada negara sendiri?  Taklah rakyat kita terkulat-kulat hidup tanpa air.  Sukar barangkali untuk direalisasikan.

Jika krisis ini berterusan, nampak gayanya kami terpaksa bersiap sedia juga.  Manalah tahu Syabas catu air tanpa beri sebarang amaran.





nota:  hmmm...

       

No comments :

Post a Comment