Followers

Tuesday, April 8, 2014

::Shaklee::

Sana sini sibuk orang mengatakan tentang produk Shaklee.  Makin lama semakin ramai yakin akan keberkesanan produk ini.
 
Dek kerana terpengaruh, saya mula mencari maklumat mengenai Shaklee.  Luangkan masa melayari internet, bertanya pada mereka yang sudah mengambilnya, kebanyakkannya memberi impak positif.
 
Tanpa teragak-agak saya turut serta menjadi ahli.  Tujuan asal turut serta kerana mahu beli untuk diri sendiri dan keluarga.  Alang-alang, kalau ada yang berminat apa salahnya saya berkongsi kebaikkan.
 
Bare in mind, Shaklee bukan ubat khusus untuk sesuatu sakit atau tujuan tertentu.  Produk ini merupakan makanan tambahan dan vitamin yang diperlukan badan untuk memastikan kesihatan sentiasa baik.
 
Pengambilan dalam satu jangka masa berterusan akan lebih memberi kesan baik.  Contohnya nak kurus, don't expect makan seminggu terus berat badan turun mendadak.  Itu tidak akan berhasil ya!
 
Ramai silap menganggap Shaklee ini sebagai ubat walhal ianya supplement.  Kalau nak tahu kesan ke atas diri sendiri, bolehlah mencuba.  
 
Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh hubungi rakan pengedar Shaklee berhampiran atau beli pada saya sahaja :)  Insyaallah, ianya boleh membantu kesihatan serta mencapai objektif diingini.
 
Kalau rajin nanti saya buat review beberapa jenis produk Shaklee yang saya amalkan.  Masih dalam proses menanti kesan positif.  Yalah tak sampai seminggu pun lagi ambilnya.
 
Jom turut serta menjadi sebahagian keluarga Shaklee dan menjadi sihat.  Berminat untuk menjadi ahli pun boleh tanya saya bagaimana  =)
 
Harga?  Jangan risau, tiada paksaan dalam membeli dan produk boleh dicadangkan mengikut bajet di tangan.
 
 
 Imej dari Google Image




nota:  berkongsi kebaikan

No comments :

Post a Comment