Followers

Thursday, April 17, 2014

::Budak-Budak Sekarang::

Melihat gelagat segelintir budak-budak sekarang sedikit sebanyak membimbangkan kita semua.  Betul tak?  Macam-macam kes bukan sahaja kita dengar tetapi lihat dengan mata sendiri.
 
Sudah banyak kali saya terserempak dengan adik-adik yang sedikit tersasar dari kehidupan seorang pelajar.
 
Muka selamba lalu depan sekolah tetapi tidak melangkah masuk terus melencong duduk berlonggok tanpa rasa bersalah.
 
Zaman saya bersekolah dulu, ponteng sekolah ini bukanlah perkara luar biasa tetapi para pelajar melakukannya curi-curi takut ditangkap tetapi mereka melakukannya secara terangan.
 
Nak ditegur pandai naik angin mereka ni.  Pernah ada beberapa dewasa menegur dengan cara berhemah tetapi dibalas dengan makian dan ejekan.  Mana hilang rasa hormat?
 
Tak cukup dengan itu, bila dah berkumpul pasti ada gejala kurang sihat terutamanya merokok.  Pernah depan mata saya mereka mengajar rakan agak innocent merokok.  
 
Tak dituruti habis kena sumpah seranah.  Silap-silap tangan kaki naik ke badan.  Yang pelik apa motif budak innocent itu ikut kawan yang memang dah tentu melakukan kesalahan?
 
Bukan mereka peduli pun bila saya berjalan melepasi mereka.  Buat muka bangga lagi adalah dan saya sempat menjeling tajam.  
 
Inilah pengaruh namanya.  Anak-anak bakal membesar nampak gaya harus kuat semangat dan iman supaya tidak mudah menuruti perkara negetif.
 
Pernah juga saya berjalan waktu malam, di kawasan kediaman yang agak gelap.  Amboi duduk beramai-ramai.  Itu tak kisahlah, yang buat saya rasa sedih bila ada diantara mereka duduk bertindih-tindih berlainan jantina :(
 
Suasana gelap agak sukar melihat apa sebenarnya mereka lakukan tapi mana hilangnya rasa malu?  Walhal ada sahaja orang ramai lalu-lalang.  Mereka boleh dengan bersahaja bergelak ketawa.
 
Banyaklah lagi, tak mampu untuk saya menceritakan.  Saya yakin pasti kalian pernah berhadapan keadaan sebegini kerana masalah ini sudah menjadi virus.  Ada sahaja di mana-mana.
 
Risaunya memikirkan anak-anak di rumah semakin membesar, makin hampir dengan dunia luar.  Kadang-kadang bukannya ibu bapa tidak didik, tidak pantau tapi hati anak-anak sukar sikit untuk difahami.
 
Pandai-pandailah ibu bapa mencari pendekatan bersesuaian demi memastikan anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat.  
 
Paling penting jangan culas berdoa semoga anak-anak sentiasa tetap imannya dan dijauhi dari perkara tidak diingini.  
 
Buat adik-adik dan anak-anak yang sedikit tergelincir dari landasan, kembalilah ke jalan asal.  Tiada istilah terlambat!  
 
Sebelum buat perkara-perkara di luar dugaan, cuba fikirkan siapa menanti kepulangan di rumah?  Siapa menaruh harapan untuk tumpang gembira bila kejayaan digenggam kelak?
 
Gunakan sebaik mungkin usia muda dengan perkara berfaedah dan tuntut ilmu setinggi mungkin demi masa depan diri, keluarga, agama dan negara.  Jangan satu hari kelak menyesal dengan semua ini.
 
Tak tahu kenapa malam ini rasa hiba mengenangkan nasib mereka yang majoritinya beragama Islam.  Perjalanan jauh lagi, sayangnya jika mereka tidak nampak musibah sekiranya tidak ambil langkah untuk berubah.
 
 
 
nota:  runsing...
  
 
 
 
 
 
 
 
 
  

No comments :

Post a Comment