Followers

Thursday, April 17, 2014

::Karpal Singh Dalam Memori::

Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita kemalangan maut Mendiang YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Sebenarnya malam tadi jam 1 lebih macam tu ada terbaca mengenai kemalangan tersebut tapi ingatkan satu penipuan.  Yalah, hari tu ada satu blog beritahu Awie maut dalam kemalangan.  Rupanya wajah seakan-akan Awie.

Pagi tadi buka FB rupanya berita kemalangan adalah benar.  Tersentap juga seketika!  Saya memang begitu, sesiapa sahaja menemui ajal hati bergalau hiba :(

Figura Karpal saya kenali sejak awal sekolah rendah.  GP merupakan ahli politik tegar memihak kepada Pro-Kerajaan.  Marah sesaja dia pada mendiang bila ada perkara berbangkit tidak berkenan di hati.

Membesar dengan propaganda bahawa BN dan UMNO sahaja layak untuk rakyat Malaysia, sedikit sebanyak geram dan benci pada mendiang wujud.  Lagi pun dia amat lantang menentang isu-isu berkaitan perlaksanaan undang-undang Islam.

Namun GP tidak pernah sekat sebarang informasi.  Mana baik dan buruk dikongsi dalam mendewasakan kami dengan dunia realiti.  Yang disokong tidak semesti selamanya baik dan yang disanggah tidak semesti selamanya buruk.

Pandai-pandai guna akal pertimbangan dalam memilih dan menyatakan sokongan kerana tiada siapa sempurna benarnya dan tiada siapa tangguh kesalahan berlarutan. 

Semakin luas pengetahuan saya mengenai politik, semakin saya faham akan sepak terajang permainan duniawi.  Siapa tidak mahu berkuasa dan siapa tidak mahu memiliki kuasa?

Sedikit sebanyak prespektif saya mengenai pembangkang dan Mendiang Karpal berubah.  Harus diingat tiada dia dan barisan MP Pembangkang, akan banyak kekhilafan pihak Kerajaan tersorok.

Dek kerana ketegasan beliau dalam beberapa perkara kita sudah dapat nikmatinya hari ini.  Tapi jangan ingat saya tak marah bila dia hina agama junjungan!  

Bagi saya mudah, dia bukan beragama Islam dan tidak pernah akan faham segala hukum.  Penentangan terhadap hukum terutamanya Hudud berasas buat mereka bukan beragama Islam.

Cumanya dia terlupa Malaysia hak milik umat Islam, akibat kelancangannya puluhan ribu makian diterima.

Apa pun dia sudah dijemput ke dunia abadi.  Kesalahan dilakukan bukan kita membuat hukuman.  Banyak hati perlu dijaga terutama ahli keluarga mendiang.

Lagi pun Islam tidak ajar kita bermusuh dan menghina sesama sendiri meski berlainan agama.  Itulah keindahan Islam yang wajar kita tonjolkan supaya lebih ramai di luar mengerti kenapa perlu perlaksanaan undang-undang Islam.

Jentera pilihanraya harus bersiap sedia bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor.  Siapa bakal mengganti kerusi beliau?

Takziah buat keluarga Mendiang Karpal Singh, parti pembangkang dan sesiapa sahaja yang bersedih di atas pemergian beliau.





nota:  mula hidup pengakhiran mati..

No comments :

Post a Comment