Followers

Thursday, November 11, 2010

::Hmmm...::

Sejak pulang dari Langkawi, kemalasan betul-betul telah melanda diri.  Di tambah pula dengan banyak perkara yang harus diselesaikan, lantas mengakibatkan ruangan ini terperam.  Bilalah agaknya diri ini mencapai tahap kestabilan sekurang-kurangnya pada titik yang paling minimum?  Susahkan bila sering berperang dengan diri sendiri.  

Apa pun, memasuki bulan November bererti kami sekeluarga akan menempuh deretan ulangtahun.  Kesinambungan sambutan bertambah apabila adik saya Nini baru sahaja melahirkan permata hatinya.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun pada mulanya, Nini menghadapi sedikit kesukaran.  Insyaallah akan saya kongsikan di sini kelak.  Kesibukkan GM juga kini berganda apabila koleksi bertambah, tetapi saya percaya hati GM berbunga riang seperti juga kami semua.  Hampir tiga tahun kediaman kami tidak diwarnai dengan tangisan sang bayi, kini ianya kembali semula.  Tangisan yang membawa seribu rahmat buat kami sekeluarga.

Nampaknya, kemalasan masih lagi membelenggu diri ini.  Saat ingin mencairkan apa yang terbuku di minda, saat ini jugalah kantuk menjengah dan bergayut di tangkai mata.  Kurang bertenaga betul saya rasakan malam ini, walhal apa sahajalah yang saya kerjakan sepanjang hari selain dari melayan Buah Hati.  Atau mungkin hari ini perut diisi sepadatnya menyebabkan peratusan untuk berjaga semakin menurun.  Lebih dari sepulu kali saya telah menguap, makanya jalan terbaik adalah dengan menamatkan entri ini sambil berfikir "Apakah hujung pangkalnya entri kali ini?"  




nota:  berserabut dan kelam kabut....penguasaan mental yang jatuh menjunam!!!

No comments :

Post a Comment