Sekejap sahaja Aidil Adha menjengah tiba sedangkan rasanya seperti baru semalam menyambut Aidilfitri. Memang pantas masa berlalu. Tahun ini sambutan kami ala kadar lantaran Ninie baru sahaja melahirkan zuriat. Persiapan seperti biasa, GM tetap menyediakan santapan pagi raya seperti sebelum ini. Cumanya mungkin kami tidak akan ke mana-mana. Lagi pula Macho Man sekeluarga pulang ke Ampang.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam di dunia. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan para jemaah Haji yang sedang menjalankan ibadah Rukun Islam yang ke-5. Moga mereka semua peroleh Haji Mabrur dan selamat pulang ke pangkuan keluarga. Bagi yang menjalankan ibadah korban pula, moga-moga Allah menerima ibadah tersebut dengan sempurna seadanya.
Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat kembali hendaknya tanpa di timpa sebarang musibah. Bagi anak kota seperti saya, nikmatilah keindahan Aidil Adha dan berdoa moga kita di beri peluang sekali lagi menikmatinya pada tahun akan datang, Insyaallah...
Gambar di ambil dari Yahoo Images!
nota: teringin melihat mereka melaksanakan penyembelihan tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk berada pada saat di sembelih
No comments :
Post a Comment