Teruja saat membaca akhbar hari ini berkaitan kejayaan trio adik beradik KRU di dalam industri hiburan tanah air. Bermula dengan kosong sehinggalah ke saat ini, sememangnya kita ketahui mereka boleh digelar jutawan hiburan. Percaturan mereka adik beradik semakin menjadi dan sekarang mereka telah memiliki empayar jenama mereka sendiri di atas tanah yang luas di Cyberjaya.
Kagum sebenarnya melihat kejayaan orang Melayu seperti mereka. Mungkin benar jika ada yang mengatakan KRU bertuah kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang agak senang tetapi sesenang macamana pun ibu bapa, kalau mereka tidak pandai untuk menghasilkan kejayaan dari apa yang telah mereka ada pun tidak berguna juga. Muda-muda lagi dah mempunyai aset kukuh untuk masa hadapan mereka. Begitu membanggakan!!!
Hakikat dunia hiburan Malaysia sebenarnya bukanlah bergantung kepada bakat seni semata-mata. Bakat yang lahir di dalam diri tidak lagi releven menjadi perisai buat penggiat seni tanah air. Apa yang penting adalah susunan startegi dan juga perancangan yang teliti. Dunia hiburan seharusnya dilihat dari sudut pandangan strategi perniaagan, inilah sebenarnya yang bakal membuahkan hasil dan saya amat yakin KRU menggunakan pakai pendekatan ini untuk mengukuhkan tapak mereka. Kebanyakkan produk yang lahir dari KRU, tidak bersandarkan bakat ataupun nilai artistik sepenuhnya tetapi ianya lebih kepada nilai komersial yang tinggi dan boleh dijual bagi mendapatkan pulangan yang lumayan. Biar apa jua yang orang perkatakan, mereka tetap dengan keyakinan mereka.
Berharap satu hari nanti, kita bakal mendabik dada dengan negara-negara luar apabila KRU meninggalkan legasi mereka yang begitu utuh seutuh jenama Walt Disney dan Warner Bros, seperti apa yang mereka hajati sebenarnya. Walau kita tidak mendapat sebarang hasil kemewahan dari kejayaan mereka, tetapi cukuplah sekadar kita menumpang nama dengan kecemerlangan mereka di atas satu nama iaitu rakyat Malaysia.
nota: apakah relevennya entri ini dengan dunia blog saya?? Biarkan sahajalah....
No comments :
Post a Comment