Followers

Tuesday, November 2, 2010

::Selamat Pulang::

Alhamdulillah, semalam selamat tiba dari Langkawi.  Hari ini sepanjang hari baru terasa keletihan hasil dari berjalan-jalan di sana.  Pagi nak buka mata boleh tahan kepayahannya tetapi takkan harus tidur sehariankan.  Selalunya begitulah, sewaktu seronok ke sana ke mari, keletihan langsung tidak dirasai tetapi saat pulang sahaja, waktu itu jugalah kepenatan menjengah.  

Berhajat untuk berkongsi pahit manis sepanjang di sana, tetapi masih belum mendapat kekuatan untuk bercerita.  Sisa-sisa keletihan dan emosi malas masih terlekat pada diri ini.  Lagi pula banyak lagi gambar-gambar yang belum dikumpulkan daripada teman-teman yang lain.  Insyaallah, jika semuanya kembali normal pasti akan meluangkan masa untuk bercerita.

Apa pun, sebuah lagi memori indah berjaya di lakar sepanjang berada di Langkawi.  Memori yang bakal menjadi kenangan dan tersimpan rapi menjadi abadi di dalam ingatan.  Keindahan dan kesucian bumi Langkawi sememangnya tidak dapat di sangkal lagi.  Bersyukur kerana bumi Langkawi sudi menerima kehadiran kami dalam meloret sejarah peribadi buat ingatan suatu hari nanti.  Semalam kami semua pulang dengan sinar kepuasan di wajah masing-masing.  Jika diizinkan Allah, suatu hari nanti pasti kami ke sana lagi...
nota:  belum hilang lagi penat ini yer..hmm...

No comments :

Post a Comment