Ini masih lagi berkisar tentang gempa di negara Sakura. Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang bencana yang sedang menimpa. Semenjak tsunami Jumaat lepas, antara yang paling ditakuti adalah reaktor nuklear milik mereka akan menerima kesan besar dan hari ini sah ada kebocoran berlaku di salah satu plan nuklear.
Akibat dari kebocoran ini, radiasi nuklear sedang menerawang di udara, oleh itu negara-negara Asia di minta mengambil langkah berjaga-jaga. Sekiranya hujan turun, berada di dalam kawasan tertutup dalam tempoh 24 jam pertama dan tutup pintu serta tingkap supaya udara tercemar tidak akan masuk ke dalam rumah. Dijangka Filipina adalah antara negara terawal menerima kesan dari kebocoran tersebut dan ianya akan merebak ke negara-negara lain. Radiasi ini amat merbahaya kerana boleh mengugurkan rambut, merosakkan kulit serta menyebabkan penyakit barah. Tambahan bagi langkah berjaga-jaga, elakkan berada di luar rumah kerap. Sebab kita tidak tahu, kadangkala hujan turun tanpa memberi signal (diambil dari mesej rakan-rakan FB)
Allah Maha Mengetahui setiap apa yang sedang berlaku kini. Berdoalah kita moga dijauhkan dari malapetaka tersebut dan tidak diuji dengan ujian yang seberat itu. Apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
nota: mata yang tak boleh nak diangkat ini pun merupakan satu malapetaka buat diri sendiri ni....
No comments :
Post a Comment