Kenapa ya bila menjelang Jumaat, otak dan badan mesti switch-off. Hendak memulakan sesuatu yang baru pun rasa malas. Mata kerap jatuh ke permukaan jam bagi mengira detik penamat hari. Elok sahaja jarum jam mencecah ke nombor yang sering menjadi igauan sepanjang Jumaat, sssuuuupppp!!! Semua menghilang!!
Inilah nasib hari Jumaat, setiap insan sibuk menghitung waktu supaya Jumaat berlalu dengan pantas. Bukankah Jumaat adalah penghulu hari buat kita umat Islam? Sepatutnya setiap kali kehadiran Jumaat dihayati sebaik mungkin, bukan dengan mencongak detak jarum.
Bukan berkata mengenai sesiapa pun, tetapi saya berkata kepada diri sendiri. Harus ubah persepsi saya mengenai hari Jumaat. Setiap kali tiba Jumaat saya seolah tidak sabar menanti penghujung hari. Baik sewaktu makan gaji dengan orang lain sehinggalah bekerja sendiri. Rutin yang telah dilalui selama mencari sesuap nasi. Jika ada yang melengah-lengah waktu penamat, muka semestinya mencuka. Rasa nak menikam sahaja orang yang pandai-pandai menahan waktu.
Saat mencairkan idea di sini pun serasa lemau seluruh badan. Seolah melayang semangat entah ke mana, walhal bukan ada perancangan pun menanti di hujung minggu. Kerja yang menimbun adalah, itu pun saya masih lagi berharap Jumaat segera berlalu. Bukankah sepatutnya saya memohon Allah panjangkan masa yang ada supaya sempat untuk disiapkan segala perkara tertunggak?
Inilah Manusia...Selepas ini, setiap kali solat saya harus memohon dengan lebih giat lagi supaya Allah tetapkan hati untuk sentiasa zuhud. Moga kedatangan Jumaat depan saya tidak lagi mengira saat untuk menamatkan kehadiran hari Jumaat...
nota: apakah relevennya entri ini? saya sendiri terkeliru!!
No comments :
Post a Comment