Lagu ini Ayu Bam Bam yang perkenalkan. Tidak popular tetapi cukup mengusik hati. Lagu dari Indonesia, Kumpulan Dadali. Tidak pernah dengar nama kumpalan ini pun. Tetapi lagunya seperti yang saya katakan tadi, sedap didengari.
Saya tidak berada di dalam situasi gerhana cinta tetapi setiap kali mendengar lagu-lagu rintihan, saya pasti dapat merasakan perasaan tersebut. Jika berterusan mendengar, air mata boleh mengalir.
Syukur tidak pernah diuji dengan dugaan seberat ini. Soal hati dan perasaan amat merbahaya. Berkocak kolam di hati, kecewa menghimpit, kesedihan membungkam boleh menjadikan seseorang itu nanar. Seorang yang boleh dianggap teman sedang berhadapan dengan masalah ini. Kasihan melihatnya tetapi apalah daya saya. Hanya mampu meminjam bahu buat seketika. Moga dia kuat menghadapi hari mendatang.
Apa pun, saya berharap sesiapa yang berada di dalam situasi ini, tabahkan hati kerana Allah merencana segalanya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Anggap sahaja apa yang berlaku ini merupakan warna di dalam kehidupan.
Lirik lagu:
Apa pun, saya berharap sesiapa yang berada di dalam situasi ini, tabahkan hati kerana Allah merencana segalanya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Anggap sahaja apa yang berlaku ini merupakan warna di dalam kehidupan.
Lirik lagu:
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Disaat aku mulai mencintai mu
Berharap engkau menjadi kekasih hati ku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Disaat aku terbangun dari tidur ku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan pada mu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan pada mu
Aku sangat
mencinta
ladies: Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya indah cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuang
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
(ulang beberapa kali)
No comments :
Post a Comment