Saya rasa perasaan makin parah. Sejak akhir-akhir ini rindukan macam-macam yang tak bisa saya kecapi. Rindukan lima tahun dulu, sepuluh tahun dulu, dua puluh tahun dulu, rindukan orang ini, orang itu, kenapa ye? Sudahlah perasaan sering sayu memanjang. Salah cakap sikit, tersentuh hingga menusuk kalbu.
Adakah faktor usia, atau perubahan hormon, atau masa, atau apa-apa sahajalah. Pening juga hendak melayan runtunan sekeping hati. Walhal, kehidupan sama seperti sebelum-sebelum ini. Nak dikatakan dijengah masalah percintaan, jauh sekali. Masalah keluarga lagilah tidak ada, malah kami semua sedang meniti saat-saat bahagia. Segalanya seperti biasa, tetapi rasukan hati lain macam. Mujur saya seorang yang agak mengawal emosi supaya orang lain tidak terkena lahar kepanasan, kalau tidak mahu tarik muka sahajalah jawabnya.
Moga Allah tenangkanlah hati ini, jauhkan dari rasa gundah dan syak wasangka. Bila segalanya dalam keadaan tidak terkawal, mudah Syaitan membisikkan ke telinga membuat perkara-perkara tidak masuk akal. Perlukan angin baru barangkali, tetapi hendak ke mana? Bukan senang sekarang untuk ke sana sini melainkan tuntutan kerja. Apa yang boleh dilakukan, berdoa dan terus berdoa. Allah sedang menduga dan menguji umatnya yang seorang ini!!!
nota: Jarum jam menjengah 4.30 pagi, bila agaknya mata ni nak lelap
No comments :
Post a Comment