Ini yang payah. Bila hasrat di hati mahu melelapkan mata, sukar betul mata ini untuk memberikan kerjasama. Pelbagai cara dicuba, tetapi tiada yang berhasil. Akhirnya , buka komputer riba ni dan mula memasuki ke alam siber.
Eh, Raja Lawak dah masuk peringkat akhir?? Kenapa tak tahu ni. Nampak sangat sudah jarang menekan butang di alat kawalan jauh. Agak-agak best ke Raja Lawak tahun ini? Selepas Nabil menjadi juara, saya dah kurang minat dengan Raja Lawak. Bulan April nanti akan ada satu program di panggil Maharaja Lawakkan? Program bakal menghimpunkan kesemua pemenang Raja Lawak sepanjang musim.
Tak sabar pula menanti kedatangan program tersebut. Pasti pecah perut dek penangan raja-raja lawak. Pasti ramai akan menyokong Zizan sementelah sejak akhir-akhir ini prestasinya begitu baik. Tetapi saya tetap memilih Nabil. Bagi saya sewaktu menjadi peserta Raja Lawak dahulu, Nabil adalah antara pelawak yang bijak dan mampu mengaitkan penceritaan serta suasana dengan begitu baik sekali. Tak pasti pula sekiranya prestasi Nabil kini tidak berkualiti, saya hanya perlu menunggu program tersebut ke udara barulah saya boleh berkata lebih mengenai program tersebut.
Bulan April juga sebuah lagi program yang saya looking forward untuk menonton. Apa lagi kalau bukan Akademi Fantasia (AF). Secara jujur selepas Aznil meninggalkan Medan AF, minat saya terus kendur. Sejak dari musim pertama lagi, Aznillah magnet buat kami semua untuk terus menonton AF. Ada sahaja gelagat beliau dan Aznil sememangnya seorang profesional yang boleh menangani apa sahaja situasi. Kembalinya Aznil ke pentas AF bermakna penonton AF akan bertambah semula. Harapnya prestasi Aznil akan sama seperti sebelumnya.
Kenapa saya berborak pasal siaran Astro pula ni? Inilah tandanya saya tiada sebarang fokus untuk menulis. Apa sahaja yang terlintas di kepala, itulah yang akan dibebelkan. Ok inilah masanya yang dinanti. Mata mulai mengantuk. Jika umur panjang kita bersua lagi ye, Insyaallah.
nota: tidur tidak sampai dua jam pasti akan dipanggil untuk menyambung kerja
No comments :
Post a Comment