Tidak pasti apa sebenarnya yang melanda diri ini. Kemalasan yang menjadi-jadi mengakibatkan segala kerja ternanti-nanti. Seolah kehilangan momentum. Nak katakan ada masalah, entahlah. Rasanya tiada sebarang masalah. Nak kata letih sangat pun tidaklah juga. Keletihan yang biasa-biasa sahaja. Segalanya berjalan dengan normal, tetapi itulah. Pasti kerja Syaitan yang cuba melemahkan semangat yang berbara.
Setiap kali ingin memulakan kerja, setiap kali jugalah jari menekan kekunci Delete. Tidak sampai 5 perkataan, sekali lagi jari menekan Backspace pula. Aduhai, ke manalah perginya idea-idea? Hendak menziarah blog rakan-rakan juga perasaan menjadi sebu. Hilang keghairahan yang selama ini menyuntik rasa untuk singgah di rumah alam maya.
Moga esok segala apa yang kusut akan terurai, dan rasa malas yang begitu mencengkam membaluti akan terlerai....
nota: Tiba-tiba risau mengenangkan kerja yang semakin menimbun!!
No comments :
Post a Comment