Followers

Tuesday, September 30, 2014

::Borak-Borak::

As-salam...Dah lama tak ke udara, rasa canggung pula untuk berkomunikasi.  Sebenarnya baru sahaja pulih dari demam.  Kepala+badan semua masih rasa berat dan lemah-lemah.  Biasalah, sakit ni sekali datang macam ribut, nak baik ibarat semut jalannya.

Tapi bila baik sahaja demam, selera makan Masyaallah...Semua ada depan mata, kalau boleh nak dibaham.  Tak beragak teringinnya.  Bahaya betul!  Sakit hilang 2-3kg, dah sihat nai berganda-ganda.  Risaunya!!

Hujung minggu ni Aidil Adha.  Boleh saya terlupa!  Inilah simptom orang duduk di rumah, bab tarikh tak kira apa pun.  Tau, hari ni Isnin, esok Selasa sampailah ke Ahad pastu masuk balik Isnin.

Mulai esok bermakna lagi sebulan sahaja lagi 'hari besar'.  Persiapan macam tak ada apa-apa pun.  Bukan tak risau tapi entah, rasa biasa sahaja.  Masih belum sampai tahap menggelupur..hehehe...

Semakin dekat, semakin banyak pula tugasan menanti.  Inilah namanya dugaan.  Bila sebut bab dugaan, cabaran bagai rasanya tahap ujian saya masih lagi paras minimal.  Ada yang saya dengar sampai mengarut-ngarut jadinya.  Minta dijauhkan semua tu, Insyaallah.

Tapi ada juga perkara-perkara yang merisaukan.  Harap sangat dengan doa dan bantuan dari Allah SWT, ianya boleh diselesaikan dan berjalan seperti dirancang.  

Eh, hari ni kertas ulangan UPSR ya?  Ke semalam?  Kasihan adik-adik Tahun 6, mesti kusut kepala memikirkan perkara-perkara belum selesai.  Kalau saya pun kalut juga.  

Maunya tidak, waktu mula-mula exam kita dah keluarkan habis apa yang berat dalam kepala, sekali tak dikira.  Sakit hati oooo!!  Tapi saya terfikir juga, perlu ke sampai ke tahap ulang peperiksaan?

Benar, soalan bocor tapi siapa sahaja yang dapat soalan tersebut?  Satu Malaysia ke yang dapat soalan bocor?  Saya tak follow sangat isu UPSR hari tu, mungkin ada info tidak lengkap dalam kepala saya.

Cumanya, jika sedikit sahaja murid peroleh soalan bocor rasanya tak perlu ulang semula.  Bagi negeri / kawasan tersebut, naikkan skim permarkahan dari biasa atau mereka sahaja yang ulang peperiksaan.

Betullah tak adil, tapi UPSR sahaja pun.  Kalau SPM saya faham juga kerana ianya penentu masa depan.  Mereka yang galak menggunakan soalan bocor bukan selamanya bijak pun.  Sampai masa akan terserlah juga tahap IQ sebenar.

Melalui pengalaman, keputusan UPSR tidak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan.  Ramai sahaja rakan sekolah saya keputusan darjah 6 mereka tidak cemerlang tapi hari ini dahsyat kerjayanya.

Sebahagian dari kami yang boleh dikatakan cemerlang pun tak boleh tandingi mereka yang pernah terkandas satu waktu dahulu.  Yalah, UPSR kan stepping stone.  Bila tak dapat flying colors, pada yang punya kesedaran mesti bangun berusaha.  

Berapa banyak Kerajaan rugi hanya untuk peperiksaan semula ini?  Ada hari tu saya terbaca perihal seorang murid tahun 6 tidak akan menduduki UPSR ulangan kerana jadual penerbangan menunaikan Haji telah sah.  Kasihan adik tu!

Tolonglah!  Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.  Apa agakya yang mereka peroleh menyebarkan soalan bocor ni?  Jika ada yang membeli, BODOH juga ya!  Macam yang saya kata tadi, UPSR je kot!!!!

Apa pun, semoga adik-adik yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini tabah dan mendapat ketenangan sewaktu menjawab soalan.  Insyaallah, mungkin jawapan diberikan kali ini lebih baik dari hari tu.  Sekurang-kurangnya adik-adik dapat perbaiki kesilapan sewaktu menduduki peperiksaan sebenar tempoh hari.

Dah melalut ke isu UPSR pula.  Biasalah, bila agak lama jemari tidak menari inilah natijahnya.  Merepek mengikut alunan malam yang dingin.  Bila-bila senang saya sambung lagi ya!

Wasalam.....




nota:  musim hujan...


Saturday, September 13, 2014

::FFFFUUUHHHHH.....::

Sangat lama diam seribu bahasa.  Masa sangat-sangat mencemburui ruang waktu sedia ada. Bergerak seolah tidak berpijak di bumi nyata.  Seharian berlari ke sana sini.

Clock is ticking!  Semakin menghampiri hair ITU.  Banyak perihal mahu dikongsi sama, apakan daya mengah sentiasa menyungkurkan diri.  Bukan rebah tidak bermaya cuma perlu senafas untuk sambung berjalan.

Insyaallah, akan kembali jika diberi kesempatan.  Buat masa ini, hanya mampu membaca mana-mana blog sering dikunjungi.  Meninggalkan jejak pun sudah lama tidak buat tapi bila sedikit masa terluang tetap baca :)

Hujung minggu nan permai, namun sudah punya tugasan dan agenda menanti.  Mungkin sasaran waktu hingga ke hujung malam.  Saya doakan rakan-rakan gembira di hujung minggu dan khabarnya ramai sambung cuti sehingga hari Selasa.




nota:  pening lar....

Wednesday, August 6, 2014

::Turun Sedikit, Naik Banyak::

Saban tahun bila Ramadhan, saya antara paling seronok kehilangan kilo di badan.  Bukan sekilo dua, lebih dari itu.  Mahu tak senyum sampai ke telinga!  Ditambah pula letih buat kuih, memang meriah angka di penimbang.

Sebab itu kalau tempah baju sebelum puasa, confirm bila sarung akan ada masalah.  Suka atau tidak haruslah juga tunggu baju dibaik pulih.  Ketatkan mana perlu.

Masalahnya, tuntutan nafsu sejak 1 Syawal boleh mengakibatkan angka hilang naik berganda-ganda.  Tak sampai sebulan, diri di depan cermin dengan perasaan bercampur baur.

Risau juga ni, tadi panjat mesin penimbang sudah ada tanda-tanda kenaikkan secara agresif.  JANGANLAH!!!  Ada misi harus disempurnakan dalam tempoh kurang dari tiga bulan.

Selain supplement dari Shaklee saya berusaha kawal nafsu makan menggebu.  Seboleh mungkin elak makan nasi dan makanan berat.  Harap-harap supplement+displin bisa bantu misi penurunan berat badan.

Anda semua macamana?  Banyak tak kehilangan kilo?  Musim-musim raya jangan terlalu ghairah.  Nampak semua di mata teringin mencuba walhal padah menanti seandainya mengikut nafsu.

Agak-agak dapat ke berat badan ideal?  Tak apa, janji kita usaha!




nota:  sangat gemuk...  

 
 

::Kalender 2015::

Minggu lepas kalau tak silap terperasan satu perkongsian di Facebook mengenai Kalender 2015 yang punya cuti hujung minggu panjang sebanyak 11 kali.

Alamak, 2014 tak habis sudah intai kalender tahun baru!  Tapi menarik juga terutamanya bagi rakan-rakan yang ingin merancang percutian, mungkin 2015 adalah masa terbaik.  Kurang sikit usik cuti tahunan.

Untuk mereka bekerja sendiri seperti saya, tak adalah ghairah mana.  Bolehlah sekadar perkongsian.  Seronok juga melihat kawan-kawan belek kalender.  

Dulu waktu makan gaji, saya pun begitu juga.  Tak sabar bertemu cuti umum, boleh rehat puas-puas.  Boleh rancang jalan-jalan cuci mata.  

Saya ambil dari FB.  Klik pada imej jika kurang nampak.

Eh, tahun depan raya pertengahan Julai ya?  Ialah, tahun ni hujung bulan 7, tahun berikut anjak ke hadapan lagi.  Harus ganti puasa segera, kalau tidak senang terbabas.

Belum berkesempatan berpuasa enam.  Harap-harap punya peluang tersebut.  Ganjaran pahala percuma bukan senang nak peroleh.  Dah ada ruang, apa lagi sambar segera!




nota:  siapa tak suka cuti?!

Tuesday, August 5, 2014

::Dunia...Dunia...::

Setiap hari kita dihidang kisah kekejaman Yahudi Laknatullah terhadap saudara di Palestin.  Tiada siapa sukakan peperangan, tetapi di Palestin ianya harus demi membela nasib umat Islam yang telah lama tertindas.
 
Kita di sini hanya mampu berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberi perlindungan dan kemenangan akan berpihak pada yang benar.  
 
Ekoran peperangan tersebut, semakin kuat kita memboikot produk dari Israel dan negara sekutu.  Paling teruk terima bahana, McDonalds.  
 
Sedari pagi hinggalah ke malam, bertubi-tubi mesej/whatsapp masuk minta boikot McDonalds pada hari Jumaat ini secara besar-besaran. 
 
Ianya bertujuan memberi tekanan kepada McDonalds supaya tidak lagi menyalur sumber kewangan bagi membantu Israel.  
 
Tesco sudah menerima bahang, akan datang banyak lagi produk yang akan disenarai hitam oleh Masyarakat Islam khususnya, dunia secara amnya.
 
Kelakarnya ada pula ura-ura mengatakan McDonalds akan memberi burger dan air secara percuma pada hari tersebut di masjid-masjid terpilih.  Kesahihan berita ini masih belum diterima sepenuhnya. 
 
Seandainya McDonalds menjalankan misi tersebut, ternyata mereka akan menerima kecaman lebih hebat, seolah mahu mencabar operasi boikot tersebut.
 
Apa pun, boikot secara berhemah dan bukannya mengikut emosi.  Tak perlu dicemuh dan keluarkan kata-kata kesat pada pekerja restoran McDonalds.  Mereka hanya mencari rezeki, malah saya yakin jika punya peluang lain pasti mereka tidak teragak-agak meninggalkan syarikat makanan segera tersebut.
 
Selain mengenang nasib saudara Islam di sana, kita rakyat Malaysia tidak pernah dan tak akan lupa musibah melanda negara sepanjang tahun.  Antara terkesan di hati sudah pasti kehilangan MH370 dan kecelakaan menimpa MH17.
 
Spekulasi demi spekulasi keluar dan tundingan jari dituju ke sana sini.  Allah sahajalah Maha Mengetahui segala rahsia kebenaran.  Senjata ampuh yang kita ada hanyalah berdoa dan terus berdoa minta ditunjukkan segala kenyataan tersembunyi.
 
Macam-macam hal, semuanya menampakkan betapa rapuh kehidupan di dunia.  Tiada yang kekal!  Segalanya semakin tenat, pergolakkan merata pelusuk.  Musibah serta bencana alam tidak pernah surut.
 
Sebagai hambanya, sentiasa muhasabah diri dan bergerak ke arah lebih baik.  Benarlah, bumi sudah terlalu uzur buat penghuninya.
 
 
 
nota:  insaf...
 
  
 
 

::Salam Eidul Fitri::

Sebulan lebih juga blog ini kesepian tanpa sebarang perkhabaran.  Biasalah, bila masuk Ramadhan, tak cukup tangan jadinya semata menyempurnakan segala tempahan.

Alhamdulillah, sudah tiga tahun menjual masih mendapat tempat di hati pembeli.  Secara am, mereka yang membeli adalah customer tahun-tahun sudah.  Terima kasih tak terhingga di atas kesudian membeli POPIAH SIRA SAMBAL.

Bila dah terlalu lama, canggung pula nak bersiaran.  Pusing keliling mencari idea perkongsian.  Nak borak kisah-kisah yang dah berlalu serasa tak releven.  Azam pandan ke hadapan katanya..hehehe...

Tak adalah, boleh sahaja berkongsi cerita, cumanya tak tahulah ingat lagi atau tidak.  Bukan ada simpan bahan bukti pun.  

Tapikan, Ramadhan kali ini saya rasa pantas benar peredarannya.  Tup-tup Syawal menjelma.  Sejujurnya saya tidak punya ruang rehat mahupun lebihan masa.  Akhir zaman benar dah ni. 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan MINNAL AIDIL WAL-FAIZIN buat semua yang mengenali secara nyata dan juga di laman maya.  Andai tutur kata saya bisa menyinggung dan merobek hati, sepuluh jari saya susun mohon kemaafan. 

Saya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesalahan dari sekecil-kecil kuman sehinggalah sebesar-besar gajah (eh, ada yang besar lagi dari gajahkan?!)  Apa pun, saya dengan rendah hati memohon maaf di atas segala-galanya.

 Lengkap sekeluarga, di pagi Syawal.  Alhamdulillah!  Moga Allah beri keizinan untuk meraikan seperti ini di masa hadapan. 

Insyaallah, nanti sambung berbual kisah Syawal.  Alamak, tak ada gambarlah!  Cerita kosonglah nampak gayanya.  Kenapalah berat sangat tangan ni nak click-click?!

Hari ini Syawal ke-9 dan kebanyakkan dari kita sudah kembali ke rutin harian.  Hujung minggu adalah waktu sangat dinanti, jemputan rumah terbuka bersilih ganti.  Buncitlah kembali perut.. hahaha...




nota:  Syawal sangat bermakna...  

Sunday, July 20, 2014

::Promosi Raya Kembali::

< STICKY POST>

Seperti tahun-tahun sudah, tahun ini pun saya masih lagi jual Popiah Bersira Sambal, Kuih Siput dan Sambal Daging Dendeng.

Terima kasih pada return customer yang tak sabar-sabar bertanyakan sejak sebelum puasa lagi dan pada customer baru, jangan segan-segan nak cuba hasil jualan.

Lagi best, harga ditawarkan tiada pertambahan dari tahun lalu meski segala kos barangan dan keperluan naik.  Bukan setaka itu, berat Popiah Bersira Sambal juga ditambah bagi memberi kepuasan kepada pembeli.   

Jangan segan-segan nak bertanya ya.  Boleh Email ke:  iluvclothez@gmail atau Whatsapp terus ke saya.  Nanti saya akan advice Terms & Condition pembelian.  Saya ada juga buat COD tapi restricted area.  Kalau keluar dari lingkungan kawasan, kos penghantaran akan dikenakan.

Jom beli ya!  


 POPIAH BERSIRA SAMBAL 
HARGA:  RM18/paket  Berat:  +-850gm


SAMBAL DAGING DENDENG
HARGA:  RM25/1/2kg   RM45/1kg


KUIH SIPUT
HARGA:  RM23/1kg


*Tempahan dibuka sehingga 18 Syawal / 16 Julai 2014
*Harga tidak termasuk kos penghantaran
*Sekurang-kurangnya 50% deposit bagi tempahan, baki dibayar sebelum hari penghantaran
*Deposit hangus sekiranya pembatalan disaat-saat akhir
*COD hanya di Kota Damansara, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Sentul.  

 Buat tempahan segera!!!



nota:  teruja..

Saturday, June 28, 2014

::Lama Tak Bercerita::

Sangat lama tidak bermadah helah!  Dihambat kesibukkan tugas harian serta kesihatan turun naik antara punca ruang ini terdampar kesepian.  Nampak gaya ianya akan berterusan sehingga satu waktu yang tidak pasti bila pengakhirannya.

Lusa 1 Ramadhan kembali semula.  Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus merebut segala ganjaran dikurnia Allah SWT.  Harap sangat tahun ini puasa tidak tergelincir seperti tahun lalu.  Jenuh nak mengganti!

Ramai juga tanya saya tak jual POPIAH BERSIRA SAMBAL ke?  Insyaallah jual jika diberi kesempatan cuma belum ada masa untuk mewar-warkan secara hebat di laman sosial.

Banyak cerita sebenarnya mahu dikongsi tapi itulah tak punya kesempatan untuk berlama di hadapan komputer.  Lagi pun sekarang jadual kehidupan banyak berubah.  Jarang-jarang ada di rumah.  Penghujung malam baru cari katil.

Oklah, nanti saya kembali dengan pelbagai ceritera.  Untuk sementara waktu, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga kita semua berjaya melawan segala rasa lapar, dahaga dan nafsu di bulan mulia dalam misi mengumpul seberapa banyak bonus.





nota:  hati berbunga...

Monday, May 19, 2014

::Kera Sumbang::

Adalah sekali entah macamana, timbul isu KAWAN sewaktu berbual-bual.  Biasalah bila sebut sahaja KAWAN teruslah masing-masing terlintas siapa yang rapat ataupun tidak.

Dicongak-congak, baru sedar yang saya ni tidak mempunyai ramai kawan..hehehe..boleh dibilang berapa kerat sahaja.

Nampak sangat KERA SUMBANG!! Basically, saya suka sahaja berkawan tapi itulah ada malfunction pada mulut.  Saya lebih gemar mendengar dari bertutur.  Senang cerita, agak boring juga berkawan dengan saya ni.

Lagi satu, saya ni macam rimas sahaja kalau orang ramai kenal.  Bukan perasan bagus ke, diva ke, atau seangkatan dengannya.  Tapi itulah kelemahan-kelemahan yang menyebabkan saya kurang mempunyai kawan.

Zaman sekolah dulu nak kata popular sangat tu tidaklah, tapi mostly senior & junior kenal saya.  Aktif sesangat especially dalam Kebudayaan, so setiap kali atas stage ada sahaja muka saya manalah orang tak kenal.

Unfortunately, saya tidak kenal mereka :( Sejak habis sekolah sampailah ke hari ini, ada sahaja yang mengenali dan menegur, siap tahu nama bagai.  Saya pula macam blur, "eh, siapa ya dia ni?"

Bila masuk zaman kolej/universiti pun ramai juga kenal saya walau pun tak seaktif di zaman sekolah.  Kenapa?  Simple answer!  Mostly pakai tudung, adalah 2-3 orang macam saya yang tak bertudung, of course people easily restore dalam memory.

Again, saya kekok juga untuk berkawan.  Selalu pergi kelas balik kelas bersendirian.  Dalam kelas adalah few friends yang still keep in touch until today.  Others, NO!

Bila bekerja pula, lagilah tak ramai kawan sebabnya saya tidak berpeluang bekerja di organisasi besar kecuali sewaktu di Toyota.  Sayangnya saya tak lama di sana, dan masuk pun antara termuda so ada rasa segan-segan.

Bekerja sendiri lagilah teruk!  Terus tak ada kawan..hahahahaha...Dulu pekerja tengok kita pun segan-segan nak tegur.  Kawan jelah dengan adik-beradik.

Teman-teman rapat tu adalah.  Kalau tak ada langsung tu dah taraf melampau pula.  Agaknya sebab dah berkawan dengan Abang seusia muda, itu yang tak ramai kawan.

Bukannya dia tak bagi saya spent time dengan kawan-kawan tapi most of the time selesa keluar dengan dia.  Ramai juga kenalan Abang yang saya kenal dan rapat.  

Dari bujang sampai mereka berumah tangga.  Sekarang isteri mereka jadi kawan tapi sekadar kenalan biasa.  Bila berjumpa boleh sembang-sembang, tapi nak ada sesi meluah perasaan tu memang tiada calon.

On thing about Abang, he know how to blend with others.  Maybe sebab dia sedikit berusia dari saya.  Kawan-kawan sebaya saya sukalah kalau dia ada.  Bergurau sesaja sampai kejang perut.

Regret?! Alhamdulillah, setakat hari ini tak pernah rasa sedemikian.  Kadang-kadang bersyukur lagi, at least saya tidak terperangkap dalam drama dunia kawan tikam kawan, kawan makan kawan, kawan bunuh kawan dan macam-macam lagi.

Pernah juga kena benda-benda begitu tapi circle tak besar, kesan tu tak adalah teruk sangat.  Dah terkena, jawabnya sampai hari ni tak bertegur sapa.  Mungkin itu yang terbaik barangkali?

Okaylah, dah nak masuk Maghrib.  Hari ini puasa ganti.  Lagi 40 hari nak masuk Ramadhan baru terhegeh-hegeh nak lunas hutang.  Akibatnya, macam pecutan marathon.  Non-stop berpuasa.



nota:  juadah berbuka hanya air kosong, Alhamdulillah...
 

  

::Sudah Sampai Masa::

Dalam dua minggu lalu, bertalu-talu saya dikejutkan berita pemergian beberapa insan yang saya kenali dan agak rapat.  Tatkala mendapat berita tersentak seketika dan hati dirundung hiba.
 
Ramai benar yang saya kenali, sama-sama bergelak ketawa kembali kepada Maha Pencipta.  Sudah semakin dekat saya dengan kematian.  
 
Toleh ke belakang seketika, tiada apa menggamit rasa bangga.  Hmm..Panjang lagi perjalanan tetapi rasa semakin singkat waktu dikurnia.
 
Am not going to mention who they are, yalah..Yang dah pergi tetap pergi, kita di dunia menanti detik penghuluran jemputan, entah bila agaknya?  
 
Al-Fatihah dan Yassin mengiringi pemergian mereka, moga-moga mereka tenang dan aman di sana, Insyaallah.

Lately, tersangat sibuk.  Ada masa buat-buat sibuk =) tapi berbunga di hati.  Lama berdoa dan gigih berusaha, Alhamdulillah semakin menampakkan hasil.  Bila dah ada depan mata baru rasa puas.

Itu yang bila dapat khabar duka, feel down sangat-sangat.  Tak bermaya nak menghadap kerja-kerja.  Fikiran menerawang entah ke mana mengimbau kenangan indah sewaktu bersama arwah-arwah.

Tipulah kalau tiada tergigit lidah.  Ada ketika dendam terbuku di hati tetapi ambil jalan mudah, enggan memperbesarkan cerita, kasih kembali bertaut.

Sayangnya kekangan masa menjadi faktor utama, perhubungan terjalin rasa jauh walhal boleh sahaja curi detik bersua barang seketika.

Bila dah tiada, terselit juga sesal.  Pemergian mereka diuji kesihatan tidak stabil.  Selama terlantar sakit, saya tidak berpeluang menziarah.  Ada sahaja halangan ;(

Tak apalah, nak buat macamana.  Mereka akan saya kenang dalam setiap doa.  Memori pelbagai rasa akan sentiasa terkunci rapi.  Semoga kita semua bersua di SANA satu hari kelak.






nota:  kehidupan perlu diteruskan...
 
 

Tuesday, April 29, 2014

::Sembang Malam::

Tak berapa nak sihat, malas rasanya nak buat segala macam kerja yang menanti di depan mata.  Emosi pun tak berapa stabil, mudah tersinggung.  Borak kosong sahajalah!

Tadi masa mula-mula masuk ke sini tangan pantas menaip URL lama.  Menggelabah juga bila tiba-tiba keluar "blog does not exist".  Sekali teringat dah tukar, barulah denyutan jantung kembali normal.

Sendiri buat sendiri lupa, sah kena telan kismis banyak.  Ketajaman daya ingatan semakin tumpul, banyak perkara simple gagal restore dengan baik.

List blog yang saya follow juga masih gagal muatnaik.  Mana silapnya kurang pasti.  Barangkali harus dibuat berkali-kali baru menjadi.  Ini saya ulang 2-3 kali terus malas bila tak mendatangkan hasil.

Punyalah sejak akhir-akhir ini saya jarang bersidai di laman internet, Fizz Fairuz dan Almy Nadia langsungkan pernikahan pun baru diketahui.  Semoga perkahwinan mereka kekal sampai bila-bila dan tidak lagi dilanda badai seperti suatu ketika dahulu.

Itu satu kisah, satu lagi cerita bilamana Fizza Elite sah bercerai dengan Adam AF di Mahkamah pagi tadi.  Apa sebenarnya masalah mereka ya? 

Perkahwinan dibina tidak sampai sempoh setahun sudah berakhir di meja hakim.  Waktu mula-mula mereka berkahwin saya pandang tinggi ke pasangan ini.  

Manakan tidak, Adam hanya berkenalan dengan Fizza dalam satu tempoh agak singkat kemudian terus mahu mendirikan mahligai cinta.  Tup-tup sudah berpisah.

Sebenarnya kahwin cerai ini biasa sahaja dalam kehidupan seharian cumanya bila memegang title selebriti, suka atau pun tidak kehidupan peribadi sudah menjadi hak milik masyarakat terutamanya peminat.

Kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka dan sesiapa sahaja hubungan sedang dilanda badai.  Bersabar dan berserah pada Allah SWT.  Jodoh pertemuankan ke di tanganNya.

Dua hari lepas Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia.  Tak seronok pun, menyusahkan lagi adalah.  Terutamanya bila dia mahu prosedur mengikut apa pihak mereka tetapkan.

Ingat kita negara pengganas ke? Perdana Menteri kita ke sana tak ada pula sampai tahap sedemikian.  Nampak sangat Presiden US ramai musuh sebab itu curiga sentiasa.

Nasib baik setakat dua hari.  Buatnya lawatan beliau dalam satu jangka waktu lama, macam-macam lagi kehendak beliau harus dipenuhi.  

Menanti apa benefit yang bakal kita peroleh.  Saya ni dengan Amerika ada rasa sakit hati kerana dia suka bersekutu dengan mana-mana pihak sealiran kemudian ambil kesempatan atas kebaikkan.  

Mostly Muslim's country being a victim.  Kasihan melihat saudara Islam ditindas demi mencapai matlamat Si Perancang.  

Okaylah, dah menguap berkali-kali.  Cepat pula mengantuk malam ni.  Barangkali badan kurang sihat itu yang mudah sikit.  

Ada kesempatan, sambung bicara lagi....




nota:  apa-apa aje...






 

   

Saturday, April 26, 2014

::Dah Bertukar::

Sebenarnya dah lama berhajat untuk menukar blog address tapi asyik tertangguh.  Kenapa tangguh tak pasti walhal bukan berisiko pun.
 
Tadi tangan gatal, akhirnya bertukar juga dari bwitme.blogspot.com ke b3autyfullmaria.blogspot.com
 
Masa mula-mula buka blog dulu, jenuh fikir nama sesuai.  Buka blog tanpa bantuan sesiapa, nama yang dicadang semua kena reject.  Dah ada orang pakai katanya.  
 
Akhirnya dapat idea "bwitme", asalnya "bewithme" tapi dipendek-pendekkan.  Kononnya bersama-sama saya menelurusi dunia blog milik persendirian.
 
Masalahnya nak bersama macamana bila mana entri tidak pernah up-to-date.  Ikut dan mana sempat, kalau tidak bertapuk jadinya.
 
Risiko bila bertukar alamat blog ini sudah pasti kehilangan orang yang sering bersama di sini.  Tak apalah, ada rezeki jumpa semula.  Lagipun bukan ramai mana pengikut, tiada benda perlu digusarkan.
 
Harapnya selepas ini rajin-rajin update blog.  Kalau ada yang baru singgah, salam perkenalan dihulur.  Notify me so that I can follow back your blog, Insyaallah.
 
Alamak, senarai blog yang saya follow sebelum ni semuanya hilang.  Nak kena godek blogspot nampak gayanya supaya tidak bercelaru.
 
Akhir kata, selamat berhujung minggu!
 
 
 
nota:  jadi orang baru...
 
 

Saturday, April 19, 2014

::Suamiku Jururawat Isteriku Doktor::

Best juga cerita #Suamiku Jururawat Isteriku Doktor.  First time menonton, dah mampu mencuit hati.  Tapi tak pasti pula dah episod ke berapa. 
 
Malas pula nak Google story line. Basically, berkisar konflik antara suami (jururawat/Tomok) dan isteri (doktor/Yana Samsudin) yang dipaksa berkahwin.  Rasanya permintaan bapa isteri.
 
Jika tiada aral, mungkin saya akan jadi pengikut setia cerita ini.  Hari tu jatuh cinta sekejap dengan cerita Projek Memikat Suami.  Itu pun dah separuh jalan baru ikut.
 
Tapi Tomok ni macam masih  kaku lagi ya?  Adalah peningkatan dari Istanbul Aku Datang, cuma kena menjiwai lagi.  Mesti lebih berkesan.  Ini pun dah kelakar tengok gelagat dia, kalau polish up mesti superb!   

Yana Samsudin ni as usual, excellent.  Seniorlah katakan.  Okaylah nak sambung menonton.  Tak fokus pula rasanya.  Jom ramai-ramai kita tonton #Suamiku Jururawat Isteriku Doktor di TV3 setiap Sabtu jam 9.00 malam.

Gambar saya ambil dari Google
 
 
 
nota:  enjoy..
 
 

Thursday, April 17, 2014

::Budak-Budak Sekarang::

Melihat gelagat segelintir budak-budak sekarang sedikit sebanyak membimbangkan kita semua.  Betul tak?  Macam-macam kes bukan sahaja kita dengar tetapi lihat dengan mata sendiri.
 
Sudah banyak kali saya terserempak dengan adik-adik yang sedikit tersasar dari kehidupan seorang pelajar.
 
Muka selamba lalu depan sekolah tetapi tidak melangkah masuk terus melencong duduk berlonggok tanpa rasa bersalah.
 
Zaman saya bersekolah dulu, ponteng sekolah ini bukanlah perkara luar biasa tetapi para pelajar melakukannya curi-curi takut ditangkap tetapi mereka melakukannya secara terangan.
 
Nak ditegur pandai naik angin mereka ni.  Pernah ada beberapa dewasa menegur dengan cara berhemah tetapi dibalas dengan makian dan ejekan.  Mana hilang rasa hormat?
 
Tak cukup dengan itu, bila dah berkumpul pasti ada gejala kurang sihat terutamanya merokok.  Pernah depan mata saya mereka mengajar rakan agak innocent merokok.  
 
Tak dituruti habis kena sumpah seranah.  Silap-silap tangan kaki naik ke badan.  Yang pelik apa motif budak innocent itu ikut kawan yang memang dah tentu melakukan kesalahan?
 
Bukan mereka peduli pun bila saya berjalan melepasi mereka.  Buat muka bangga lagi adalah dan saya sempat menjeling tajam.  
 
Inilah pengaruh namanya.  Anak-anak bakal membesar nampak gaya harus kuat semangat dan iman supaya tidak mudah menuruti perkara negetif.
 
Pernah juga saya berjalan waktu malam, di kawasan kediaman yang agak gelap.  Amboi duduk beramai-ramai.  Itu tak kisahlah, yang buat saya rasa sedih bila ada diantara mereka duduk bertindih-tindih berlainan jantina :(
 
Suasana gelap agak sukar melihat apa sebenarnya mereka lakukan tapi mana hilangnya rasa malu?  Walhal ada sahaja orang ramai lalu-lalang.  Mereka boleh dengan bersahaja bergelak ketawa.
 
Banyaklah lagi, tak mampu untuk saya menceritakan.  Saya yakin pasti kalian pernah berhadapan keadaan sebegini kerana masalah ini sudah menjadi virus.  Ada sahaja di mana-mana.
 
Risaunya memikirkan anak-anak di rumah semakin membesar, makin hampir dengan dunia luar.  Kadang-kadang bukannya ibu bapa tidak didik, tidak pantau tapi hati anak-anak sukar sikit untuk difahami.
 
Pandai-pandailah ibu bapa mencari pendekatan bersesuaian demi memastikan anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat.  
 
Paling penting jangan culas berdoa semoga anak-anak sentiasa tetap imannya dan dijauhi dari perkara tidak diingini.  
 
Buat adik-adik dan anak-anak yang sedikit tergelincir dari landasan, kembalilah ke jalan asal.  Tiada istilah terlambat!  
 
Sebelum buat perkara-perkara di luar dugaan, cuba fikirkan siapa menanti kepulangan di rumah?  Siapa menaruh harapan untuk tumpang gembira bila kejayaan digenggam kelak?
 
Gunakan sebaik mungkin usia muda dengan perkara berfaedah dan tuntut ilmu setinggi mungkin demi masa depan diri, keluarga, agama dan negara.  Jangan satu hari kelak menyesal dengan semua ini.
 
Tak tahu kenapa malam ini rasa hiba mengenangkan nasib mereka yang majoritinya beragama Islam.  Perjalanan jauh lagi, sayangnya jika mereka tidak nampak musibah sekiranya tidak ambil langkah untuk berubah.
 
 
 
nota:  runsing...
  
 
 
 
 
 
 
 
 
  

::Karpal Singh Dalam Memori::

Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita kemalangan maut Mendiang YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Sebenarnya malam tadi jam 1 lebih macam tu ada terbaca mengenai kemalangan tersebut tapi ingatkan satu penipuan.  Yalah, hari tu ada satu blog beritahu Awie maut dalam kemalangan.  Rupanya wajah seakan-akan Awie.

Pagi tadi buka FB rupanya berita kemalangan adalah benar.  Tersentap juga seketika!  Saya memang begitu, sesiapa sahaja menemui ajal hati bergalau hiba :(

Figura Karpal saya kenali sejak awal sekolah rendah.  GP merupakan ahli politik tegar memihak kepada Pro-Kerajaan.  Marah sesaja dia pada mendiang bila ada perkara berbangkit tidak berkenan di hati.

Membesar dengan propaganda bahawa BN dan UMNO sahaja layak untuk rakyat Malaysia, sedikit sebanyak geram dan benci pada mendiang wujud.  Lagi pun dia amat lantang menentang isu-isu berkaitan perlaksanaan undang-undang Islam.

Namun GP tidak pernah sekat sebarang informasi.  Mana baik dan buruk dikongsi dalam mendewasakan kami dengan dunia realiti.  Yang disokong tidak semesti selamanya baik dan yang disanggah tidak semesti selamanya buruk.

Pandai-pandai guna akal pertimbangan dalam memilih dan menyatakan sokongan kerana tiada siapa sempurna benarnya dan tiada siapa tangguh kesalahan berlarutan. 

Semakin luas pengetahuan saya mengenai politik, semakin saya faham akan sepak terajang permainan duniawi.  Siapa tidak mahu berkuasa dan siapa tidak mahu memiliki kuasa?

Sedikit sebanyak prespektif saya mengenai pembangkang dan Mendiang Karpal berubah.  Harus diingat tiada dia dan barisan MP Pembangkang, akan banyak kekhilafan pihak Kerajaan tersorok.

Dek kerana ketegasan beliau dalam beberapa perkara kita sudah dapat nikmatinya hari ini.  Tapi jangan ingat saya tak marah bila dia hina agama junjungan!  

Bagi saya mudah, dia bukan beragama Islam dan tidak pernah akan faham segala hukum.  Penentangan terhadap hukum terutamanya Hudud berasas buat mereka bukan beragama Islam.

Cumanya dia terlupa Malaysia hak milik umat Islam, akibat kelancangannya puluhan ribu makian diterima.

Apa pun dia sudah dijemput ke dunia abadi.  Kesalahan dilakukan bukan kita membuat hukuman.  Banyak hati perlu dijaga terutama ahli keluarga mendiang.

Lagi pun Islam tidak ajar kita bermusuh dan menghina sesama sendiri meski berlainan agama.  Itulah keindahan Islam yang wajar kita tonjolkan supaya lebih ramai di luar mengerti kenapa perlu perlaksanaan undang-undang Islam.

Jentera pilihanraya harus bersiap sedia bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor.  Siapa bakal mengganti kerusi beliau?

Takziah buat keluarga Mendiang Karpal Singh, parti pembangkang dan sesiapa sahaja yang bersedih di atas pemergian beliau.





nota:  mula hidup pengakhiran mati..