Followers

Friday, January 27, 2017

::Selamat Hari Jadi::

SELAMAT ULANG TAHUN KE 37 buat diri sendiri.  Setiap kali menjengah tahun baru, hati sentiasa galau memikirkan usia bakal bertambah.  Rasanya semua bayi Januari akan rasa seperti apa yang saya rasa..hehehehe..Denial mode betul!

Apa pun saya bersyukur Allah panjangkan umur sehingga ke angka sebegini.  Waktu sekolah dulu tak pernah terfikir akan mencecah ke nombor 37.  Serasa jauh betul nak sampai ke tahun 2017.

Pejam celik pejam celik sampai juga kitakan.  Lagi tiga tahun di ambang 40 pula!  Hai la usia.  Waktu macam ni rasa nak patah balik ke 20 tahun lampau.  Tak kisahlah nak duduk semula SPM ke kan, sekurang-kurangnya tak banyak masalah nak difikirkan.

Macam banyak benar kemelut dalam diri gaya terjemahnya.  Nama pun kehidupan kalau tak ada itu semua tiada keindahan bakal terpahat di kotak memori.

I never plan for any celebration during my birthday.  Kalau ada yang samba, Alhamdulillah.  Tak ada pun tak apa, no big deal.  No present also it's okay.  I am easily to satisfied but I love to make people happy.  Macam satu kemestian pula sebab itu saya rajin planning sambut birthday family members and close friends.

Walau tiada sebarang perancangan rapi, my family did celebrate my 37 age achievement. Makan-makan sekeluarga, potong kek sebiji dikongsi berdua bersama Manje Yash.  His birthday is on 28th of January so it's look like he will share his birthday cake with me forever.  Ahaks!  

As usual no picture could be share.  Saya bersiaran dari satu laptop ke satu laptop yang lain.  Rumah sendiri tak ada internet, pinjam laptop GM.  Kadang-kadang pinjam hak milk adik.

Sebelum mula mengarang, singgah sebentar ke page Nuffnang.  Am not a committed blogger so for the past few years baru sekali cash out.  Dari 2013 hingga ke hari ini konsep sendu melanda.

Tak kisahlah, saya hanya suka-suka di sini.  More on enjoying and stalking..ngeh..ngeh..ngeh..Don't worry saya tak jaja cerita belakang.  Am not that kind of person but I really salute with those bloggers who have achieved their goals using this platform. 

Back to my birthday, saya hanya mampu mengangkat tangan dan berdoa moga Allah SWT sambut segala doa yang saya pohon dan juga doa-doa ahli keluarga.  Harapnya tahun ini akan memberi sedikit sinar buat kami sekeluarga.

Yes, we are in a doomed for few years.  Struggle and keep struggle continuously.  Andai saya tak bisa kecap kejayaan, biarlah Allah memberi restu untuk suami, ibu bapa dan adik-beradik saya serta beberapa rakan akrab juga yang hebat di duga berubah kehidupan.

For me, Allah beri peluang umur bertambah setahun lagi sudah seribu rahmat.  Ada lagi peluang perbaiki khilaf.  Kita manusia tak sempurna, tergelincir dari landasan itu selalu!

Berhenti di sini dahulu, ada peluang sambung bersiaran lagi :)  Itu juga salah satu doa, nak kuat semangat untuk berblog.  Kenangan yang bisa saya warisi pada sesiapa yang sudi kelak.


nota:  dirahmati...










Saturday, January 21, 2017

::Mengenang dan Memikir::

Assalam 2017 hari ke-21.  Tanpa sedar kita menghampiri penghujung Januari dan bakal berganti ke Februari pula.  Inilah dia namanya masa tidak akan berhenti walau sesaat.

Tiada perancangan untuk berada di sini, just for a while maybe.  Rasanya ramai blogger dah tak meriah macam dulu.  Faktor usia barangkali tapi channel media sosial yang lain juga antara penyumbang kenapa ramai tak update.

Hujung minggu macam ni rakan-rakan buat apa?  Seronokkan dapat bergolek-golek atas katil lama sedikit?  Tapi saya susah sikit, mata dah tune certain hours mesti celik.  Hari-hari biasa bangun awal, bila Sabtu Ahad pun macam tu juga.

Saya tak siapkan pun lagi sambungan entri terdahulu.  Entahlah, boleh diteruskan atau tidak?  Malas betul nak buka laptop sambil jari menari.  Rasa dah makin lembab diri ni.  Huhuhu....

Minggu depan ada cuti panjang.  Masih tiada sebarang perancangan.  Mungkin hanya duduk berteleku di rumah sambil menghitung detik bila agaknya cuti akan sampai ke penghujung.

Zaman sekarang zaman duit.  Segala-galanya perlukan RM RM RM RM!  Bukan Makcik Rosmah Mansor tau.  Am not her fan at all.  Siapa peminat tegar dia saya mohon maaf ya. Perasaan suka atau tidak bukan boleh dipaksa.

Berbalik pada isu RM RM RM, sejujurnya saya takut untuk keluar rumah!  Belum keluar lagi dah terbayang berapa banyak yang bakal terbang.  Tak keluar rumah pun duit boleh mengalir deras apatah lagi berada di luar.

Besar betul cabaran kita di tahun-tahun mendatang.  Nilai matawang Malaysia semakin kecil.  Adakah akan sampai masa suatu hari nanti duit kita sudah tiada nilai?  Takut memikirkan segala kemungkinan.

Sekarang kena betul-betul bijak berbelanja dan rancang kewangan terutamanya yang tiada jaminan pekerjaan.  Bila-bila masa sahaja boleh jadi mangsa kemelesetan ekonomi. Lebih seriau kalau kita ada tanggungan yang ramai :(

Semoga kita akan terselamat dari musibah sebegini.  Saya tau betapa peritnya bila kuasa membeli "kosong".  Saya lalui bagaimana terpaksa ikat perut bagi memastikan apa yang ada mencukupi.

Juga pernah tebalkan muka pinjam duit sana-sini demi meneruskan badai kehidupan yang ganas tanpa henti dan ramai sebenarnya di luar sana ujian datang tanpa henti.  

Lelah di dada bila berbicara soal begini.  Meruntun jiwa mengingatkan pelbagai perihal yang datang dan pergi dalam diri malah kepala tidak pernah berhenti memikirkan apa pula bakal menjelma.

Had to go!  Idea semakin kering dan ayat merapu banyak keluar.  Selamat berhujung minggu!  Enough of "mengenang" dan "memikir" nanti lain jadinya.



nota:  kacau-bilau...  









  

Saturday, December 31, 2016

::Selamat Tinggal & Selamat Datang::

Ini boleh dikira sebagai entri terakhir 2016, walau tak semeriah mana saya update tetapi setiap masa tak pernah lupa akan ruang peribadi yang saya miliki ini.

Setiap tahun punya al-kisah tersendiri begitu juga tahun ini.  Suka-duka, tangis-tawa, gembira-hiba, dan macam-macam lagi tidak terlepas mewarnai kehidupan sepanjang tahun.

Azam terlaksana?  Tak pasti!  Sudah lama rasanya tak menyenaraikan.  Bukan tak mahu capai sebarang target, hmm...Sukar nak diluahkan.  Biarlah saya terus berjalan ke laluan gerak hati di pacu.

Tak tahu nak bebel apa sebenarnya.  I have mixed feelings today due to PMS.  More or less, am having such a sad..sad..sad..feelings!  Tap tak nak terbawa-bawa sangat, kelak menjengah padah.

End of entry, good bye 2016..Welcome 2017!  My dear Allah, please give us something best in this year and ease our pain smoothly.  Hanya pada Mu kami bermohon dan hanya pada Mu kami serah segala-galanya...



Nota:  terima kasih 2016

Saturday, October 29, 2016

::Selamat Bercuti::

Betul-betul tak sangka cuti Deepavali sekarang lebih dari sehari.  Pernah dengar Kerajaan nak beri lebih memandangkan Hari Raya dengan Tahun Baru Cina dapat minimum dua hari.  Ingat tak laksana lagi.

Atau sebenarnya memang belum dapat cuti dua hari lagi tapi boss baik hati beri extra sehari.  Entah.. Sepatutnya ada lebihan cuti seronoklah sedikit, masalahnya sedikit dirundung murung :(

I'm suffering from slip disc (SD).  Dah bertahun-tahun lamanya.  Most of the time okay, kadang-kadang terkehel juga.  Bila sakit, katil peneman setia.  This round already being suffered few days back.

Konon nak lawan rasa sakit gagahkan diri pergi kerja.  As a result, sampai hari ni sakit berpanjangan.  Nak serah diri ke hospital takutlah sebab confirm kena tahan.  Warded pun setakat berehat kemudian kena jalan buat fisio.

Feel miserable bila cuti hanya mampu baring although bukan dapat berjalan ke mana pun but at least nak feel the holiday mode.  Nasib baiklah banyak cerita record belum tengok lagi.  Best time to catch up and delete!

Nak dijadikan cerita, or maybe another little kifarah for me, i missed few steps of staircase while come down.  Terhentak badan & now can feel the pain gettin stronger.  Hmm...dugaan betul.

Tengok FB kawan-kawan meriah berjalan-jalan.  Anak-anak paling seronok especially for those who just completed  school exams.  Retreat time for them.  Walaupun setakat hang out dekat-dekat, wajah ceria jelas kelihatan di muka mereka.

Well, I get used with this situation.  Melepak sambil tengok TV di rumah.  Nak keluar ke mana-mana, kantung poket harus diambil kira.  

With nowadays economic situation, kehendak untuk berbelanja harus disekat.  Mana yang ada better save and try to get rid those debt slowly.

Tak naklah cerita perihal keadaan semasa yang sangat mencemuihkan.  Pusing-pusing benda yang sama juga berlaku, pengakhiran rakyat juga terpaksa menerima dengan berat hati.  Jalan penyelesaian membantu kehidupan rakyat yang tersepit tidak pernah ada.

Hari inikan Deepavali.  Kalau dulu zaman persekolahan meriah juga.  I still remember, walaupun tak meraikan saya tetap beli kad ucapan dan hantar pada rakan-rakan yang menyambut perayaan tersebut.

Kalau tak beli pun, I'll asked Mama/Papa to bring home their company's card so that I can send to my Hindu's friends.  Those days are so memorable.  Don't think our kids did the same way like us.

Maruku is one of my favourite crisp.  Memang takkan malu minta kawan-kawan bawakan sebagai kudapan and YES they did prepare special for me.  Now, I have less Indian friends (most of them migrate to other country) kalau teringin beli jelah jawabnya but the taste hmm..bolehlah!

While doing this entry, keadaan di luar rumah sangatlah meriah dengan dentuman mercun.  Although not from my neighbourhood area, sebab my housing area ni tak ramai kaum India but I still can roam the festive mood.

I know most of us feel uncomfortable dengan kemeriahan mercun ni tapikan apa salahnya.  Kalau raya kita, orang kita main sampai ke Subuh pun tak ada orang nak marah sangat, when their time's come we give them a chance.

Sometimes, this tiny issue we don't have to take serious.  I do understand especially those who having babies and small kids.  Nak buat macamana, this is Malaysia.  We celebrate all races celebration so "give and take" shall pun into the counter.  

Apa pun, pandangan kita berbeza.  If you asked me, I more favour on building harmonies surrounding.  Tak suka nak ada persisihan kaum yang ketara.  If you have the other way round of opinion it's okay =)

Well, its about time now!  Pinggang makin mencucuk-cucuk rasa sakit.  I can't spend longer period in seat while pain.  Selamat Bercuti semua dan Happy Festive Malaysian!


nota:  nanti saya sambung kisah ya...

   

 

Tuesday, October 25, 2016

::Langkah Bermula::

Last entry basically how I made up my mind to move on.  Not that easy for me cause I used to be as what I am.  Sebenarnya selesa dengan apa yang dah ada, malas nak fikir lebih-lebih.

Seriously, once I reached home after that night I hardly sleep.  Terfikir-fikir betul atau tidak keputusan yang diambil yet I haven't share with anybody in my family.  

At this point, you guys can imagine how pushy he is.  Almost everyday asked about the same things "GETTING MARRIED" and keep repeating the same phrase "WHEN WE CAN ANNOUNCE THE  GOOD NEWS?"

Kebetulan within the period, my lil sister Ayu Bam-Bam wanted to go to Johor for attending her friend's wedding so I offered her to be her chauffer and at the same time, I told Abang let's visit his brother and discuss further.

Abang ada seorang adik, Anuar tinggal di Johor Bharu.  Demi bertugas untuk negara, dia agak sukar mendapat cuti.  Since our planned just a few months ahead adalah lebih baik bincang dengan dia untuk aturan cuti.

So we went there and have a brief discussion.  Terukkan?  Belum pun lagi berbincang dengan keluarga sendiri dah pergi berbincang dengan bakal adik ipar..hehehe...

Bukan untuk membelakangkan sesiapa tapi nak buat aturan dengan rapi sebab tempoh tersangat pendek.  Yes, we decided to get marry somewhere around October/November.  

Some more, we plan not to have both side wedding reception since Abang's side have less-hand.  Orang tua-tua pun susah dah nak beri komitmen maka adalah lebih baik dibuat sebelah pihak sahaja.

Sebab itulah penting to put everybody's consideration before we can get our exact date.  I'm sure Abang will try harder to get every single person in his family to gather on his big day.    

I guess no big deal from my side since my siblings all are around includes relatives.  Sebelah Papa mostly stay in KL,Perak & Kedah so I know I can't held reception on Sunday.

Sebelah Mama paling senang sebab mereka semua memang tinggal di KL & Selangor.  Just give them one month notice more than enough ;}

Approximately we get the answer and blessing from them.  Berdebar juga hati bila di saat itu.  Masakan tak berdebar, I still keep shut my mouth for my side.  Buatnya Papa & Mama disagree?!

Dalam berdebar, tetap juga jelajah JPO.  Cari barang hantaran kaedahnya!  Tapi ended up bila barang Abang sahaja sebabnya I still need my family blessing.  Tak best buat kerja tapi diaorang tak tahu.

So, the first person get to know my best friend Mimie and second to know are this couple,  Anuar and his wife, Nina.  

Starbuck JPO.  Waktu ni belum jadi biras lagi.  Sekarang, she's one of the best Biras I have.  Actually semua pun okay.  Mungkin semua pangkat adik itu yang boleh ngam.  I told you, I am a good big sister!  
 

Makan malam di.....alamak dah lupa tapi restoran yang dekat dengan Dataran Johor.  Apa yang kami makan??  Tengok next picture..


 Seafood yeah!!  Sedap sangat terutamanya ketam black paper tu.  Sebagai pencinta makanan laut, saya sangat-sangat menghargai lauk sebegini.  Makan sehingga ke titisan akhir!

Walaupun pergi dua hari, sempat juga jalan-jalan sekitar JB.  Well, it's not my first time been there so just visit new places never being before. 

A day before say goodbye to JB, sempat ke Lat's Place.  Restoran bertemakan "Kampung Boy" oleh kartunis tersohor Datuk Lat.

My review, just so-so!  Mostly from menu not available cause they handling big group's visitor.  We just ordered drinks, syrup & ABC.  Price wise?!  For sure bukan harga tepi jalan, nama pun dah restoran.





Banyak lagi gambar tapi I choosed a few.  Macam tak best bila gambar tak watermark, sebabnya ada orang lain di dalam gambar.  Lat's Place ni kalau tak silap di Puteri Harbour.  

 Once settled walk-a-bout, it's time to say goodbye JB and welcome a new reality.  Reality that I'm getting married...hehehe..

Nanti kita sambung lagi..wink..wink...



nota:  terimbau..
 

 

Sunday, October 23, 2016

::Sebuah Permulaan::

'Ter' rajin buka laptop dan scroll gambar-gambar yang dah agak basi tersimpan.  Inilah bila bermasalah dengan software, di mana saya tidak begitu up to date dengan segala software yang ada.

Bukan masalah besar pun cuma tak tahu nak buat watermark.  Itu sahaja!  Fikir beribu kali nak upload gambar tanpa sebarang signage..he..he..he..macam popular sangat romannya.

Abaikan sahajalah watermark.  Saya bersangka baik gambar-gambar saya tidak akan disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.  Lagi pun gambar bakal dikongsi taraf biasa-biasa sahaja.

Gambar ni ada kenangan sebenarnya.  It was Abang's 38th birthday!  Sekarang umur dah 40.  Kebiasaan bila sambut harijadi kami akan keluar bertiga pergi makan-makan and of course at nice cafe or restaurant.  Kata hari istimewakan ;)

Apa yang lebih special, hari itulah kami berbincang secara serius untuk ke peringkat seterusnya dalam hubungan kami, genap 16 tahun bercinta on that year.  Ramai juling mata dengar tempoh "saling kenal-mengenali" kami.

Kalau kahwin di awal perkenalan, I already have a teenager kid by this time.  Ini semuakan perancangan Allah SWT so no regret or no question at all.  

Kenapa ya saya tak made up my mind before that?  Ada juga pertikaikan saya terlalu mementingkan diri sendiri sehingga Arwah Ibu Mertua saya tak sempat lihat kami bersatu.  Well, you are not in my shoes!

I know am being so practical in my life.  Apa sahaja berlaku I will let time decide for it.  In between, terlalu banyak perkara menguasai fikiran sehingga saya takut untuk memberi komitmen pada sesuatu yang saya anggap sangat-sangat besar!

I love being in free and easy relationship without put any weight in future.  Yes, he did asked me several time or maybe almost every year when all this will come to good end.  My answer would be "belum masanya".

Sepanjang bercinta we never cheat with each other.  Bergaduh hanya pada perkara yang lebih menjurus kesefahaman yang sememangnya sukar mendapat titik persamaan di dalam setiap perhubungan.

Tapi kesabaran yang dimiliki buatkan saya begitu kagum.  Tell me in 16 years hubungan mana tidak akan dilanda badai?  Percintaan mana yang tidak akan diuji?  There's a point I almost give up but than he make me belive we can go through successly.

Sehinggalah dia berhenti bertanya BILA dan saya pula terjentik di hati untuk go further.  Di saat itu juga Abang dianugerahi ujian yang sangat-sangat besar buat dirinya. 

He nearly gave up with those obstacle tapi Allah tidak akan membebani umatnya dengan perkara di luar kemampuan.  Pada detik itu saya bertekad to be with him for the rest of my life and I don't want to be someone outside his circle.

So on his special date, dengan bersahaja saya beritahu why not we make this year more special?  Mustahillah dia tak nak.  Lama gila dia tunggu!  We share the news with our best friend, Mimie The Diva (MTD) yang mengenali kami di kala susah dan senang.

Why he?  Because we need his involvement in our special day.  Not only on the day but through out the journey until to the end.  Terukkan?  Bukan nak bincang dengan keluarga dahulu.  It's actually a spontaneous moment.  

Beside celebrating Abang's Birthday we discuss lot of thing tapi perkara-perkara basic.  Sebabnya mestilah kena dapat persetujuan keluarga walaupun secara dasar keluarga akan bersetuju.  I still a daughter to my parents and he still have father+sibilings to get involved :)  

Di situlah sebuah permulaan, di Plan B Cafe Bangsar.  Kami bertiga dan saya memberanikan diri untuk membuka langkah ke depan.  Bila ingat-ingat semula, nak tergelak pun ada.  

Well, inilah namanya kenangan.  Kenangan dua tahun lalu ;)

 Kebetulan Abang's friend's wife bekerja di situ so we got complimentary cake from her.  Rezeki namanya tu sebab bukannya tahu pun dia kerja di situ

Next story, kalau saya rajin nanti saya kongsi lagi ya.  Not that easy tau!  It tooks how many years baru nak buat entri ni...hehehehe...


nota:  niat baik di balas baik...


 

Saturday, October 22, 2016

::Meriah Viral::

Tanpa disedari "viral" yang sentiasa berada disekeliling kita sudah menjadi sebahagian dari kehidupan seharian.  Setiap hari ada sahaja isu/cerita mahupun video yang bertali arus ditekan butang "share".

Kita sama sekali tidak pernah terfikir akan kehadiran "viral" ini satu hari nanti.  Jika dahulu, kita menggunakan kuasa mulut untuk "viral" kan sesuatu.  Akan ada kumpulan-kumpulan gosip yang takkan penat menyebarkan berita :}

Hari ini, hanya dengan ketukan di hujung jari nah, segalanya terus dikongsi.  Baik vs Buruk, Benar vs Dusta, Sedih vs Gembira, Info vs Berita, Gambar vs Video semua ini akan beredar berpusing-pusing di laman sosial.

Di sinilah tahap akal memainkan peranan.  Pertimbangan sewajarnya harus diambil sebelum kita menjadi sebahagian dari dunia "viral" kerana ianya juga umpama KATA, sekali terlajak tidak akan sama sekali bisa diundur.

Secara jujur seram saya bila melihat pentas "viral".  Sewenang-wenangnya caci-maki menjadi warna utama dari jaguhan keyboard yang kental melampias kemarahan pada sesuatu isu tidak mereka gemari.

Tanpa sebarang usul periksa, apa sahaja terhidang di depan mata akan terus menerima pelbagai reaksi.  Seringkali ketidakadilan akan wujud bila mana hanya sebelah pihak sahaja bakal dihakimi.

Setiap negetif pasti ada sudut positif.   Kita sentiasa inginkan apa sahaja berita sampai secepat mungkin.  Jika boleh janganlah jadi orang terakhir mengetahui apa yang sepatutnya.  Oleh itu "viral" mengambil posisi dan menjadi salah satu sumber dalam sebaran maklumat.    

Acap kali ia juga membantu situasi-situasi cemas serta perlu mendapat bantuan umum.  Hidup di dunia bukan berseorangan, tolong-menolong melalui laman sosial sering juga mengambil tempat.    

Kepesatan teknologi benar-benar menguasai kehidupan.  Betapa kuat kebergantungan kita ke atas kemajuan dunia sosial.   


nota:  sedih sebenarnya...

Tuesday, October 4, 2016

::Lost a.k.a Hilang::

Setelah sekian lama, hari ini terlintas menjenguk ruang peribadi yang lama ditinggal sepi. I am lost!! Lost within the transition, the best word to described on.  Terlalu banyak perubahan dialami.

Asal nama kehidupan mana pernah kering dari air mata namun hilai tawa bersilih menjadikan hari dilalui mencipta kenangan tersendiri.  Setiap detik ternyata milik mutlak 
Allah SWT.

Andai diberi keizinan untuk terus gagah di sini mungkin ada perkhabaran akan dikirim namun jika sebaliknya segala apa menjadi coretan biarlah terpahat seperti seadanya.

Yang penting Maha Pencipta masih sudi meminjamkan segala apa dimiliki sehingga detik waktu di mana tiada insan bisa ketahui rahsia penamatnya.  

36 tahun bukan tempoh singkat tetapi masih terlalu banyak untuk dicari demi kebahagiaan hakiki.  Sering terfikir adakah 36 tahun lampau tidak diisi sebaik mungkin sehingga masih merangkak dan kerap tersungkur?

Atau ianya bahagian yang telah tertulis sejak di Loh Mahfuz, barangkali juga :) 


nota:  terus berfikir...   

Wednesday, May 11, 2016

::Borak Kosong Lagi::

Tinggal lagi beberapa minggu Mei 2016 pula melabuhkan tirai kemudian Jun pula menjengah.  It's going to be a busy month sebabnya adik ipar bakal menamatkan zaman dara tak lama lagi.

Lepas ni dah tak ada majlis perkahwinan sebelah Abang.  Tunggu giliran anak-anak buah pula, jika panjang usia dapatlah turut serta :)  Macam tak percaya budak kecil yang saya kenal seawal usia 8 tahun bakal menjadi suri hati sang jejaka pilihan.

Begitulah putaran hidup!  As for me, semua ini tak terasa sebab kahwin pun di hujung usia hehehe....Belum lagi rasa dah tua walaupun hakikatnya, SEDIH!!!  Lagi empat tahun menjengah usia 40 tau seiring dengan Wawasan 2020.

Bila kenangkan usia :( sedih pula rasanya.  Kehidupan saya tidaklah gemilang, senang cerita masih merangkak-rangkak mencari dataran yang kuat tetapi sejujurnya saya tidak pernah kecewa dengan ketentuan kerana Allah lebih mengetahui apa yang tersirat.

Kesibukan dengan majlis kahwin pastinya saya terkenangkan apa yang dilalui dua tahun lalu.  Memang betullah ianya kenangan manis yang tak akan dapat dilupakan tapi azab kepenatan, fffuuhhh....Boleh tahan!!  

Terlalu banyak benda yang hendak diuruskan dalam tempoh begitu singkat.  Walaupun dah buat perancangan teliti serta persediaan awal tetapi semakin hampir pada harinya ada sahaja tambahan kerja.  Tak kuat mental dan fizikal boleh break down.

Alhamdulillah saya tidak berdepan masalah-masalah besar.  Kalau baca di internet pengalaman pengantin dengan pelbagai isu terutamanya berkaitan PENIPUAN memang menggerunkan.  

Mujur saya banyak buat tempahan dari orang sekeliling dan boleh dipercayai.  Sebelum close deal ada juga survey dengan orang luar tapi Allah dah mengarahkan hati memilih mereka yang terdekat.  Lega sangat.

Lagi pun rancangan untuk majlis sangatlah singkat.  Bertunang tak sampai tiga bulan, terus langsungkan perkahwinan.  Tak ada dalam perancangan melalui tempoh pertunangan tetapi bagi menghormati permintaan keluarga kita jalankan sahaja.

Kalau ada masa nanti saya ceritakan semuanya di sini.  Lagi senang kalau buat per-entry.  Manalah tahu satu hari nanti boleh jadi tatapan generasi saya akan datang.  



nota:  ada masa lapang sedikit..


Monday, May 2, 2016

::Borak Kosong Lagi::

Alhamdulillah, musim panas dah beransur pergi.  Hampir setiap hari hujan membasahi bumi.  Syukur sangat-sangat!  Tak adalah badan lemau sentiasa.

Tak lama lagi Ramadhan akan kembali.  Lap peluh sekejap sebab rasa pantas benar masa beredar.  Seriously, puasa lalu tak habis ganti lagi.  Insyaallah mulai esok kena buat force regime.  Mujur tak seperti tahun-tahun ke dahulu.  Tahun lepas hanya 5 hari sahaja!

Inilah manusia, benda yang sepatutnya didahulukan ambil ringan.  Bukan susah pun setakat 5 hari, dalam tempoh seminggu dah settle tapi tetap buat tak endah.

Tahun ni rasanya tak meniaga, buat Popiah Bersira pun bergantung pada permintaan.  Sekarang dah makan gaji, kena beri perhatian lebih.  Nanti prestasi menurun bos tak suka pula.  Bukan tak seronok berniaga nak-nak pendapatan sangat Alhamdulillah.

Sebab itulah Ramadhan bulan penuh rahmat dan keberkatan.  Insyaallah, ada sahaja rezeki menanti bagi yang berusaha.  Berdasarkan pengalaman, bukan senang nak berniaga sambil berpuasa.  Dugaan dan cabaran ffuuhhh!!!  Letih jangan cakap tapi bila tengok hasil niaga habis, lupa semua tu.

Okaylah, nanti sambung semula kalau rajin.  Borak kosong ni susahkan sebab tak ada hala tuju.  Inti pati berterabur sana-sini.  Nampak sangat saya seorang yang membosankan sebab tak boleh nak berborak lebih-lebih.  

Selamat menghabiskan saki-baki cuti Hari Buruh!




nota:  jom solat Asar...

 

 

::Berharap Kau Setia::

Dua tiga hari lepas kecoh di laman sosial seorang gadis dikatakan SMULE dengan bekas kekasih yang sudah berkahwin.  Yang menjadikan gempar sebab gadis tu menangis teresak-esak bila "bekas kekasih" cium pasangannya, konon-konon nak tunjuk rasa bahagia pada gadis tu.

Tapi dah ada penafian pun yang sebenarnya mereka tak mengenali antara satu sama lain.  Budak perempuan tu menangis sebab terharu dengan keromantisan yang ditunjukkan sementelah dia baru putus cinta.  Aduhai, macam-macamkan!  By the way, they are from Indonesia.  Kalau dari Malaysia, sahih budak perempuan tu popular.

Dah terlanjur tengok video tersebut, saya pulak terpikat dengan lagu yang mereka duet.  Gigih dengar berulang-kali walaupun diaorang menyanyi tak adalah sedap mana.  Kata versi karaoke instant, mana boleh tandingi penyanyi asal.    

Otak tak berhubung waktu tu, walhal boleh je cari di YouTube tapi ni dah refresh sikit kepala apalagi kita dengar ulang-ulang versi asal lagu Berharap Kau Setia dari Kumpulan D'Wapinz.  Kumpulan dari negara seberang juga, tapi oklah.  Kitakan serumpun :)

Saya agak susah nak tahu lagu-lagu top dari Indonesia sebab jarang online melainkan kalau lagu tersebut dimainkan di corong-corong radio tempatan.  Once its caught my ears, forever will fall in love.  Makanya tak pasti ini lagu baru atau lama.   

For those who in love, lagu ni memang sesuailah dilagukan.  Ala-ala minta pasangan tu setia. Hehehe... Eh, zaman bercinta dulu-dulu, cinta dan lagu tak dapat dipisahkan.  Kiranya kalau ada lagu yang sesuai mesti nak bagi pada pasangan.  Putus cinta pun macam tu juga.

Agak-agak budak sekarang ada ke gigih nak dengar lagu + hayati lirik semata nak bagi pada Sang Kekasih?!  Kalau tak ada sangatlah rugi rasanya tak melalui momen sebegitu.  Kasih berkekalan atau tidak tu belakang cerita tapi benda-benda sebegini gerenti buat kita tersengih sentiasa bila mengingatkannya.

Okaylah, selamat mendengar dan menghayati! 



BERHARAP KAU SETIA

Aku yang tak pernah bisa
Bila jauh dari mu
Aku tak ingin engkau ada
Di samping yang lain

Bila waktu izinkan
Untuk terus bersamamu
Akukan selalu menjagamu
Di setiap nafas hidupku

Bila kau jauh ingat aku
Dekap bayangku bersamamu
Bila kau dekat peluk tubuhku
Janjilah padaku tetap setia

Aku tak ingin engkau pergi
Aku tak ingin engkau jauh
Aku sangat mencintaimu
Sungguh-sungguh ku cintai mu

Ku hanya ingin kau mengerti
Ku hanya ingin kau fahami
Ku harap kau tetap di sini
Untuk sama-sama setia



nota:  dulu-dulu bagi lagu apa ya? hmm... =)

Monday, April 25, 2016

::Cuba Kembali::

Ya Allah, apalah nak jadi dengan blog ni?!  Dah nak masuk Mei 2016, ruang peribadi terbiar sepi.  Ternyata semangat saya bukan di sini sentiasa.  Rindu tidak pernah sesaat mengetuk pintu hati.

Pernah menganyam cita agar satu hari kelak akan punya ramai teman yang rajin berbalas komentar dan saling mengenali tetapi jika begini kesudahannya, 10 tahun akan datang belum tentu bersua teman baru..hehehe...

Dari mana harus saya mula ya?  Hendak bercerita kisah-kisah lepas serasa tiada teruja lagi apatah lagi khabar tahun-tahun ke belakang.  Nampak gaya biarlah saya simpan utuh kejap di dalam peti memori.

Melewati 4 bulan di 2016, terasa getir meniti sehari-hari.  Andai mampu diluah pasti saya muntah segala rasa akan tetapi kehidupan harus terus berlangsung.  Tidak putus doa dikirim semoga Allah SWT mengurangi bebanan yang dianugerahkan.

Ramai lagi di luar sana terpaksa mengharungi pahit maung kehidupan yang sungguh mencabar.  Ada yang harus mengubah haluan secara drastik setelah tekanan gagal dikurangi.

Saat mendengar keluh-kesah, terdetik di hati betapa apa yang sedang dihadapi buat masa ini tidak separah orang lain.  Meski kemewahan gagal dikecapi, belum ada kurang setiap hari.    

Semoga Allah SWT menyuntik kekuatan dan kecekalan bagi mereka yang sedang diuji.  Kehidupan semakin singkat, andai seringkali berteman airmata, bila masanya kemanisan Sang Senyum akan bertamu? 

Oleh itu ambillah seberapa banyak warna untuk melorek hari-hari indah bakal tiba.  Dengan keindahan itu dapatlah kita menyalur tenaga positif dalam diri dan juga buat insan sekeliling untuk terus melawan pancaroba yang tak pernah putus.



nota:  merapu tengah malam

Friday, December 25, 2015

::Salam Maulidur Rasul::

Assalam,

Cuti panjang ya semua orang? :)  Saya cuti atau tidak tiada biasa kerana agenda sepanjang tahun telah terisi terutamanya hari biasa.  Bukan macam dulu lagi boleh keluar bercuti dari Isnin hingga Jumaat.

Hujung minggu bolehlah rancang, itu pun kalau ada rezeki.  Takpe, nanti satu hari kelak saya kongsi di sini kenapa, so hows your guys holiday?

Seronok betul tengok rezeki rakan-rakan di FB rancak melancong.  Ada yang melancong luar negara sampai ke negara-negara yang boleh tahan mahal.  Rezeki masing-masingkan, Alhamdulillah.

As for me, semalam buat ziarah marathon ke kubur.  Friendlist FB mostly know bout this. Raya hari tu tak berkesempatan tu yang rasa lamanya tak ke kubur.  Sekarang kalau pergi ada list panjang untuk ziarah kubur.  

Bila ada kelapangan apa salahnya.  Satu hari kita akan ke sana juga.  Boleh juga muhasabah diri dan sentiasa beringat betapa kematian hanya di belakang kita.

Awal pagi ke kubur Arwah Nina, Mak & Onyang di Jalan Ipoh.  Boleh tahan semak juga, tak pasti di situ ada orang jaga atau tidak.  Tapi tak adalah sampai susah nak jalan cuma rumput sekeliling dah hebat tumbuh.

Di situ kawasan tanah perkuburan lama.  Banyak juga kubur-kubur yang dah tak berjaga mungkin waris pun dah tiada.  Keadaan pun tak tersusun, bersimpang siur batu nesan. Mujur kubur Arwah Mak, Nina & Onyang berdekatan.

Waktu sampai, tiada orang pun.  Mungkin masih pagi, rasa hening dan sayu.  Rindu pada arwah-arwah menggebu di dada.  Terutama pada Mak & Onyang yang membesarkan dan jaga saya sehingga akhir hayat mereka.  Besar jasa mereka pada kami adik-beradik.

Rindu juga pada adik (Nina).  Selepas solat tak pernah alpa kirim doa meski tahu dia ahli syurga.  Kalau ada hayat dah 27 tahun umur adik.  Mesti dah kahwinkan.  

Tak banyak kenangan bersama Nina sementelah dia pergi di usia kecil, 4 tahun dan saya berusia 12 tahun pada ketika itu.

Selesai ziarah ketiga-tiga kubur, jengah tanah perkuburan Batu Muda pula.  Bersemadinya jenazah ibu Abang juga Arwah Nova, Ijam dan bayi syurga mereka Annisa.

Di sana konsep kubur jauh lebih cantik, teratur dan sistematik.  Allahyarham dan Allahyarhamah dipisahkan mengikut kawasan-kawasan.  Setiap tanah kubur telah bernombor lot dan ada papan penunjuk bagi yang jarang datang.  Hanya perlu ingat nombor lot.

Orang datang berziarah pun boleh tahan.  Ada juga kubur-kubur yang sedang digali, mungkin ada yang meninggal dunia semalam.  Innalillahiwaiinailahirajiun

Senang saja tuju kubur Arwah Mak.  Anak sendiri kalau tak tau memang melampaulah namanya.  Tak perlu ingat nombor lot pun, kaki laju melangkah.

Arwah Mak meninggal sebelum kami berkahwin.  Tak ada rezeki nak lihat anak sulung dia bergelar suami meski waktu hayat selalu berzikir di telinga Abang supaya lekas-lekas naik pelamin.  

Hampir tiga tahun juga Arwah dah pergi.  Saya sempat kenal :) lebih kenal lama kot dari menantu-menantu yang lain.  Kata 16 tahun bercinta!

Selesai di kubur Mak tuju pula kubur Arwah Nova.  Tercari-cari juga sebab ingat-ingat lupa. Terakhir pergi sewaktu hari pengkebumian bulan 5 hari tu.  Berdasarkan ingatan berjaya juga sampai hasil bantuan nombor lot yang diperoleh dari adik arwah.

Saat menghadiahkan Al-Fatihah mengalir airmata.  Yang lain-lain bukan tak sedih cuma dengan Nova ni mungkin baru lagi itu yang tak dapat tahan.  Macam-macam rasa ada, sedih+rindu bersilih ganti.  Rasa kehilangan tu besar sangat.

Cari kubur Arwah Ijam pula.  Waktu nak kebumi dulu, ahli keluarga ada minta mereka disemadikan satu liang tapi peraturan tanah perkuburan situ dah ditetapkan sebab tu asing-asing.

Jenuh juga Imam nak baca talkin sampai tiga kali pada hari mereka dikebumikan.  Dahlah jarak jauh juga antara satu sama lain tapi dah tugas, Alhamdulillah Imam lunaskan tanpa sebarang rungutan.

Nak tergelak juga bila Abang dengan selamba berbual dengan kubur seolah Arwah Ijam masih ada.  I know he missed him a lot.  Ada-ada masa terkeluar dari mulut dia "Kalaulah Arwah ada...."  

Lelaki bukan macam kita.  Mereka simpan rapi rasa hiba di hati tapi semalam bila dah hadiahkan Al-Fatihah berubah juga raut wajah Abang.  Masing-masing terdiam seketika melayan perasaan atau barangkali kami saling mengimbas kenangan bersama arwah sekeluarga.

Ada rezeki panjang umur nanti saya kongsi memori indah kami bersama Arwah sekeluarga. Memang kami tak ada declare BFF ke apa tapi hubungan persahabatan kami istimewa. 

Saya kenal Arwah Ijam dari sebelum dia kahwin lagi malah saya kenal lebih lama Arwah Ijam berbanding Abang cuma tak bertegur sapa.  How I wish to hold those moment so that they will stay longer.  Suratan Illahi, mereka pergi di usia begitu muda.

Maut tak kenal usiakan?  Bila-bila sahaja kita akan dijemput cuma cara bagaimana itu yang berbeza.  Wallahualam...

Alhamdulillah hasrat nak ziarah kubur dah lunas kebetulan jatuh pada cuti Maulidur Rasul. Dah lewat sehari tapi saya tetap nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua Muslimin.

Perbanyakkan berselawat buat Kekasih Allah moga-moga kita akan mendapat shafaat dariNya.  

Tak lupa juga pada rakan-rakan yang sedang menyambut perayaan.  Enjoy your celebration guys and Happy Holiday!

Wasalam..



nota:  nak pergi mana hari ni? 





  


Wednesday, December 23, 2015

::Izinkan - Adeep Nahar::

Saya selalu terdengar sebuah lagu yang sedap dihalwa telinga bila nak dekat waktu solat di radio.  Terngiang-ngiang melodi dan lirik.  As usual, terus Google.  Sayangnya tiada di You Tube.  

Cari-cari ada di Sound Cloud tapi tak pandai pula saya nak download di sini.  Saya share link jelah.  https://soundcloud.com/bhsbadrul/adeep-nahar-izinkan  

Lagu dendangan Adeep Nahar (AN).  AN ni bekas ahli kumpulan Fabulous Cat.  Sekarang beliau dah beralih arah ke lagu ketuhanan, Alhamdulillah.

Semoga AN terus hasilkan karya yang baik dan mesej-mesej berguna seperti lagu IZINKAN. Saya share lirik lagu tersebut:  

Tika terbenam suria
Berbisik suara hayat ku terjaga
Saat ku bermula hingga ku terlupa
Di mana batasnya

Baru kini aku sedari
Hidup yang kau beri tiada ku penuhi
Dunia yang ku kejari bukan Firdausi
Tiada yang kekal abadi

(*)Oh Tuhan izinkanlah
Aku bersujud memohon rahmat mu
Kau bimbinglah aku terangi hatiku
Teguhkan imanku

Oh Tuhan izinkanlah
Aku bersujud memohon rahmat Mu
Kau bimbinglah aku terangi hatiku
Teguhkan imanku

Tika terbenam suria
Berbisik suara hayat ku terjaga
Dunia yang kekejari bukan Firdausi 
Tiada yang kekal abadi

Jangan lupa dengar tau.  Tak rugi, mesti jatuh cinta juga seperti saya :) 




nota:  slow and steady..
There was an error in this gadget