Followers

Friday, November 11, 2011

::Biasa-Biasa Sahaja::

Dari pagi lagi ramai memperkatakan tentang keindahan tarikh hari ini.  11-11-11 tarikh keramat bagi sebahagian dari kita samada baik atau sebaliknya.  Saya bukan seorang fanatik terhadap perkara sebegini kerana itu agak bingung juga tatkala riuh berkicau pagi tadi.  Apa pun hari ini akan tetap berlalu pergi yang tinggal kenangan abadi.  

Bagi yang memilih menamatkan zaman solo hari ini, tahniah diucapkan.  Khabarnya, merata tempat kadi adalah insan paling sibuk sepanjang hari.  Bayangkan, seorang kadi terpaksa menikahkan hampir 15 pasangan dari pagi sampailah ke malam.  Itu yang saya tahu melalui seorang teman, yang kita tak tahu....Pengsan Tok Kadi!  he..he..he..

Ada juga memilih tarikh ini untuk melahirkan zuriat.  Teman saya berbangsa Cina, setelah melalui tilikan feng shui dia akan bersalin melalui proses pembedahan walaupun mengikut perkiraan doktor belum tiba masa.  Saya yakin ramai juga diluar sana berbuat sedemikian demi mencatatkan sesuatu yang indah di dada nombor ini. 

Tak kurang juga ada menerima perkhabaran sedih atas pemergian orang yang disayangi.  Ajal maut di tangan Tuhan, tiba masa dijemput siapa kita untuk menidakkannya.  Kita yang tinggal di ruang fana ini panjatkan doa moga roh mereka telah tiada sentiasa dicucuri rahmat.    

Sebenarnya ini semua berlaku dalam kehidupan kita seharian bukan?  Suka duka bersilih ganti tanpa mengira samada tarikh itu cantik atau tidak.  Cuma kelebihan hari ini, keunikkan tersebut diangkat dan kerana dunia kini berputar tanpa sempadan, keghairahan mengenainya tersebar merata.

Apa yang pasti, sebagai Muslim seharusnya kita tidak fanatik.  Janganlah kerana urutan nombor begitu cantik lantas kita mengharap tuah darinya.  Jangan kerana tarikh tersebut tersusun sempurna kita mengharap ada keramat disebaliknya.  Tidak wajar perlakuan sedemikian kerana ketentuan, Qada' dan Qadar datangnya dari Allah SWT.  Berlakunya ia pada 11-11-11 merupakan satu kebetulan.

Entri ini bukan untuk menasihati sesiapa tetapi lebih catatan peringatan buat diri sendiri kerana sesekali lalai mahu terikut juga dakyah sebegini.  Hari ini mungkin berpedoman, esok lusa siapa tahu.  Tatkala Syaitan rancak berbisik mahu terpedaya juga.  Iman setipis kulit bawang tiada yang mustahil namun saya berdoa moga Allah SWT menjauhkan saya dari hasutan Syaiton Nirrajim!!

Nikmati keluhuran hari ini sebaik mungkin kerana yang pasti 11-11-11 tidak akan kembali semula di dalam kehidupan kita.  Salam Jumaat penuh Barakah dari saya insan kerdil masih mencari-cari diri.... 



nota:  tetap menjalani hari ini seperti hari sebelumnya...

::Isu Hangat Master Chef Malaysia::

Isu hangat sejak semalam pastinya perihal Chef Riz anak Chef Wan menaik taraf profail kerjaya bagi memastikan dirinya mendapat tempat sebagai juri rancangan Master Chef.  Setelah memohon maaf atas kesilapan itu, ramai menanti pandangan telus dari bapanya, seorang Chef bertaraf antarabangsa.

Dengan berani dan rendah hati, Chef Wan mencemuh tindakan kurang bijak anaknya lantas mencemari nama baik bukan sahaja perjalanan kerjaya seorang Chef tetapi keluarga secara keseluruhan.  Pada awalnya ramai menjangka Chef Wan akan membela kesalahan anaknya, tetapi sebaliknya berlaku.  

Melalui FB, Chef Wan menyatakan apa yang terbuku di hati berkaitan insiden ini.  Bagi sesiapa yang ingin cerita penuh boleh sahaja lawati laman web Beautifulnara kerana Beautifulnara adalah antara terawal membuka kisah ini pagi tadi.  Atau pun pergi sahaja ke FB Chef Wan, tiada apa dirahsiakan di sana.  Like sahaja Fan Page FB Chef Wan

Di sini saya tertarik dengan beberapa perkara.  Satu darinya, mengapa The Malaysian Insider (MI) berminat benar menggali perihal Chef Riz?  Apa tujuan sebenar pihak MI hingga sanggup menghubungi restoran tersebut untuk semakan.  Adakah Chef Riz membahayakan negara dengan pemalsuan data itu?  

Bukan saya mahu menyelar atau pun menyokong Chef Riz tetapi saya terfikirkan begitu nekad sekali aturcara MI seolah ada komplot ingin menjatuhkan Chef Riz.  Seolah ada yang tidak senang dengan Chef Riz hingga ingin membuktikan yang dia tidak layak berada di dalam program Master Chef.  Andaian saya sahaja ya... 


Benar, Chef Riz tidak harus menipu kerana dia harus punya intergriti dalam apa jua dilakukan.  Jika kali ini dia menipu, entah apa lagi yang Chef Riz pernah tidak berkata benar.  Cuma cara pembocoran maklumat tersebut seolah ingin memalukan pelbagai pihak.  Jika benar ingin penjelasan, MI boleh sahaja bawa berita ini ke pihak Astro dan dapatkan kepastian daripada melakukan serangan hendap sebegini. 

Mujur juga Chef Riz mengaku yang dia menambah asam garam di dalam profail tersebut.  Jika tidak saya rasa mahu panjang berjela lagi isu ini akan ditarik keluar.  Adakah ini perancangan dilakukan pihak program demi memastikan rating Master Chef naik mendadak?  Bukanlah saya menuduh, tetapi secara tidak langsung perkara ini telah membantu rating rancangan kerana mereka yang tidak pernah menonton telah mula bergerak ke hadapan televisyen.  Andaian saya ye...

Chef Wan pula tetap dengan pendiriannya dan saya amat memuji tindakan beliau.  Walau darah daging sendiri, salah tetap salah.  Bait kata punya nada kecewa namun kenyataan harus dia depani, jika tidak ramai lagi menanti di luar untuk menghentam dia dek kerana kelantangannya menyuarakan pendapat.  Boleh juga kita katakan, isu ini sebenarnya ingin mengheret Chef Wan dalam kancah perbalahan supaya mana-mana hati sakit terbalas jua.  Andaian saya sahaja ya...

Entahlah, biar apa pun andaian yang bermain di kotak fikiran, Chef Riz telah memohon maaf.  Ada yang menerima tak kurang menolak permohonan maaf tersebut kerana rasa ditipu.  Kini, saya menanti apa tindakan susulan pihak Astro berkenaan isu ini.  Jika di awal rancangan Master Chef, ramai tidak gemar akan gelagat Chef Priya dan Chef Yahya.  Lantas penerbit rancangan mengambil langkah susulan dengan menggantikan mereka.  Kali ini bagaimana pula?

Apa pun, seharusnya kita jangan samakan rancangan ini dengan kelolaan luar negara malah penonton tidak harus meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menyaingi program luar.  Banyak faktor harus diambil kira kerana kita punya perbezaan budaya dan kumpulan penonton.  

Mungkin penonton jangan meletakkan emosi berlebihan kerana pokok pangkalnya, Master Chef adalah sebuah rancangan baru dan ianya adalah yang pertama.  Banyak kekurangan akan dapat dikesan dan dari masa ke semasa, pihak penerbit akan berusaha untuk menaik taraf mutu sedia ada.  Namun tidaklah beerti kita tidak boleh menyuarakan pendapat.  Boleh sahaja cuma jangan letak harapan tinggi melangit!!

Harap janganlah disalah ertikan entri ini.  Saya tidak menyokong mana-mana pihak, apa yang saya katakan di sini datang dari hati.  Siapa saya untuk menentukan siapa salah siapa benar.  Segalanya diniat untuk dikongsi bersama.  Andai telahan saya salah tidak mengapa, benar pun tidak memberi sebarang impak.  Bagi saya, setiap dari kita punya hak untuk menyuarakan rasa!    


Gambar di ambil dari Google Image



nota:  manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan

Thursday, November 10, 2011

::Minta Bantuan Rakan-Rakan::

Dua buah lagu yang saya letakkan di sini benar-benar menganggu emosi.  Bukan apa, iramanya bersilih ganti berkumandang hingga asyik terbuai.  Betul-betul melalaikan!  Hari ini dapat sakit baru pula.  Mulut penuh ulser.  Nak makan tak lalu langsung, berjangkit dari Buah Hati Farysh ke?  Eh, ulser boleh berjangkit ke?

Nak minta bantuan rakan siber budiman, tahu tak mana-mana individu mahupun kedai yang boleh buat kek berkarektor?  Saya ada dapat dua tiga orang, tetapi jika boleh mahu beberapa senarai supaya boleh buat perbandingan.  Saya sebenarnya membantu adik ipar mencari kek buat harijadi anak sulung, Buah Hati Al-Farysh.  Karektor kartun tersebut, samada Optimus Prime atau Bumble Bee.  

Jika ada sesiapa kenalan dan juga yang ingin mencabar diri mengadun kek sedemikian, boleh sahaja hubungi kami, kita berbincang.  Tahun lepas saya ada menempah melalui laman maya juga, Alhamdulillah memuaskan hati.  Tahun ini kami memulakan pencarian semula.  Buah Hati semakin besar dan sudah pandai bersikap selektif, kerana itu perlukan beberapa pilihan.  Payah nanti sekiranya dia tidak berpuas hati.  

Harap ada sudi membantu kami!  



nota:  masuk bulan November, biasalah.... 

::Lagu Lagi::

Dalam kepala punya macam-macam cerita.  Tatkala terbayangkan blog, rasa nak kongsi 1001 kisah di sini tetapi bila menghadap monitor segalanya bertukar kosong.  Badan dan fikiran seolah terpisah jauh.  Relatifnya, terlalu banyak perkara menghimpit benak, kerana itu sukar untuk mentafsirkan sesuatu secara nyata.

Terus emosi mendayu tiba.  Dengar pula lagu tema dari filem Hingga Hujung Nyawa, lakonan Erra Fazira dan Yusry KRU satu ketika dahulu.  Agak terkesan lirik lagu ini di hati.  Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kekhilafan dan harus redha dengan setiap balasan yang diberikan.

Melihat diri ini, benar pernah melalui landasan tersasar.  Saya bukan manusia sempurna dan ada ketika hati dan nafsu mengawal fikiran.  Namun saya cuba untuk perbaiki segala kelemahan, walau tidak sempurna tetap berusaha dan kerana itu juga saya terima segala yang perit dan pedih sebagai ganjaran setimpal.  Moga di penghujung jalan kelak, saya tidak lagi terseksa.

Sempat muat turun klip video ini dari You Tube.  Penyanyinya adalah Liyana Samsudin, yang sekarang popular sebagai pelakon.  Boleh tahan juga suaranya dalam menghayati bait-bait lirik.  Bersama ini saya sertakan lirik sekali.  Bagi sesiapa yang tidak pernah dengar, selamat menikmati ya. 

Hingga Hujung Nyawa

Ku berjalan sendirian
Mengutip dosa silam
Ku meniti perjalanan
Menghitung hari


Apa mungkin ada ruang
Untuk ku tebus dosa semalam
Dan bisakah  terhapus
Kenangan yang lalu


Biar ku sendiri 
Merawati diri ini 
Walau tiada arah
Ku temui


Biar ku sendiri 
Melewati hari yang berduri
Terhukumlah diri 
Tidak ku pasti


Oh Tuhan ampuni segala dosaku
Tidak ku tersesat mencari sinar mentari
Oh Tuhan ampuni segala dosa nan silam
Tidak ku ingini hidup sengsara
Apa masih ada
Jalan yang hakiki
Ingin ku mencari 
Cahaya diri


Hingga hujung nyawa
Kan ku terus jua
Menanti serinya 
Pudar bermadah

Ku pergi untuk selamanya
Tinggalkan apa yang ada
Moga diriku damai di sana
Hingga hujung nyawa





nota:  biarlah dengan cara sendiri...

::Miss Him Like Crazy::

By this time I guess GP already completed his task and officially hold a title of Al-Haj.  Almost two weeks now his been apart from us, and we missed him like crazy.  GP did send news via sms in rotation mode.  Today I might received from him, tomorrow maybe not.  Not that cheap the costs seems GP did not convert to local prepaid.

Can't wait for the day he will be back.  There must be a bundle of story and experiences that we love to hear and now we continue praying he will be ok until the day appear.  I Love Him and I Do Miss Him!!  Hope the next day, my turn to conceive news from Makkah ;).  By the way, who's turn today yea?  Forgot to ask them...huh..huh..


  My FB friends and Twitter Follower already get used with this picture..he..he..he..GP insist to call him Al-Haj.  No idea where he got that title or maybe am the one never know the existance




note:  Greatest Papa for me and my familia..

::Ombak Rindu::

Tak pasti samada saya pernah membaca novel yang kini diangkat menjadi filem, OMBAK RINDU.  Mungkin ada cuma sudah tidak dapat mengingatinya kerana satu ketika dahulu saya adalah ratu novel.  Berkoyan-koyan novel dimiliki.  Pantang ada terbaru pasti antara terawal mengenggamnya.  

Bakal ditayangkan di pawagam dalam masa terdekat, entah kenapa saya tidak begitu teruja untuk menontonnya.  Mungkin mahu melihat dahulu komentar sebelum turut sama tenggelam di dalam filem tersebut.  Cuma buat masa ini, pihak Astro kerap memainkan klip video lagu tema Ombak Rindu.  Pertama kali mendengar saya telah jatuh cinta.  Barangkali setelah beribu kali menghayati lagu ini, akan terbuka pintu rasa untuk menonton filem ini.  Tengoklah nanti macamana.

Jom saya kongsikan lagu tema Ombak Rindu di sini.  Buat sesiapa belum lagi mendengarnya, moga halwa telinga anda dapat menerima lagu ini seadanya.  Jika tidak mencakupi tahap selera anda, abaikan sahaja entri ini ya.. =)

Nyanyian:  Hafiz AF7 & Adira AF8

*  Tuhan Tolong Lembutkan Hati Dia
Untuk Terima Ku Seadanya
Kerna Ku Tak Sanggup
Kerna Ku Tak Mampu
Hidup Tanpa Dia Di Sisi Ku

Tuhan Aku Tahu Banyak Dosa Ku
Hanya Ingatkan Mu Kala Duka Ku
Namun Hanya Kamu 
Yang mampu membuka 
Pintu Hatinya untuk cintaku

Malam Kau Bawalah Rindu Ku
Untuk Dirinya Yang Jauh Dari Ku
Agar Dia Tidak Kesepian Selalu Rasa Ada 
Cinta Agung

Hujan Bawa Airmata Ku 
Yang Mengalir Membasuh Luka Ku
Agar Dia Tahu Ku Terseksa 
Tanpa Cinta Dia Di Hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Ulang *


Di ambil dari You Tube



nota:  hargai setiap apa yang ada di sekeliling...

::Perlu ke sedemikian?::

Awal pagi juga menerima panggilan telefon dari seorang teman.  Nak kata baik pun tidak nak kata akrab juga bukan.  Tapi dah menelefon, kena layan sebaik mungkin.  Lebih banyak menjawab dari menyoal.  Mungkin dia menghimpun segala persoalan lantas menghambur secara berterusan hari ini.  

Namun saya tidak gemar tatkala dia menyoal bertubi-tubi perihal seseorang seolah ingin membandingkan dengan dirinya boleh dikatakan berjaya.  Hinggalah dia mengatakan  "Oh, kerja tu je?  Kalau setakat kerja tu, tak belajar tinggi pun boleh dapat."  Terpempan juga dengan balasan darinya.  Kenapa sehingga begitu hendak membezakan di antara satu sama lain?  Sekurang-kurangnya teman punya usaha di situ jika dibandingkan orang lain yang hanya tahu menangguk di air keruh.

Nasib kita berbeza di dunia.  Ada dari kita belajar tinggi melangit tetapi tidak punya rezeki baik dalam bidang pekerjaan.  Ada yang hanya bekerja atas tiket keputusan SPM, tetapi atas usaha keras berjaya menduduki tangga tinggi pentadbiran syarikat.  Jadi perlu ke merendah martabat orang lain hanya kerana kita berada setakuk di atas?  

Kecewa sebenarnya apabila ada kawan bersikap sedemikian.  Di usia begini kita tidak seharusnya menambah musuh.  Bukan senang mencari kawan ya!  Lantas saya tidak lagi berminat meneruskan perbualan telefon dan saya matikan dengan alasan ada kerja sedang menanti.  Maaf, bukan berniat mahu menipu tetapi saya merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mengelak dari terus dihambat dengan perbandingan-perbandingan lain kelak...



nota:  bermusuh tak mahu, berkawan pun cuba mengelak...    

Tuesday, November 8, 2011

::Eid Adha 2011::

Orang seronok berhari raya, saya bersin tanpa henti di pagi hari.  Itulah saya!  Jika tidak sakit pada hari pertama, penyakit menyusul pada hari berikutnya.  Ada-ada sahaja yang menanti.  Masuk hari ini sudah tiga hari selsema melekat di hidung dan disusuli pula sakit tekak.  Tidak berjangkit dari sesiapa, tiba-tiba sahaja datang menyerang.  Akibat dari itu, GM dan Manje Fyrash pula sekarang sedang mengerang sakit sama :(

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tiada perancangan khusus di Eid Adha.  Cuma tahun ini, Macho Man dan Abang sekali lagi membakar lemang.  Gemar betul mereka mengerjakan aktiviti 'berlemang' ni.  Merancang saat akhir namun jadi juga, tapi tidak sebanyak Hari Raya lepas.  Hanya 17 batang sahaja.  Bolehlah buat makan keluarga.  

Kebetulan tahun ini, keluarga Abang pulang ke kampung bagi mengerjakan korban dan Abang tidak dapat turut serta.  Jadinya dia ada bersama saya di pagi Eid Adha.  Tetapi disebabkan pagi raya saya diserang selsema, mood untuk bergambar terus pudar.  Selesai solat sunat dan makan di rumah, kami ke pusara.  Aktiviti wajib setiap kali di hari raya, tak kira samada Aidilfitri mahupun AidilAdha.  


Saat mendengar laungan takbir, kepala menerawang mengenang GP yang jauh di mata, sedang ralit mengerjakan rukun Haji.  Walau setiap hari berita dikirim, hati tetap digayut pilu.  Tak sabar menanti tibanya Disember, Insyaallah GP akan pulang ke tanah air.  

Malam GM berangkat ke Kelantan dengan kapal terbang.  Ninie buat Aqiqah buat Cayang Ejiki.  Selesai di lapangan terbang, kami adik beradik ke rumah adik saudara di Wangsa Maju bagi sambutan harijadi kedua-dua anaknya.  Berlarutan hingga lewat malam juga.  Pakej menghadiri sambutan dan sekaligus beraya.  Mereka semua dari sebelah GM, seronok bersua!

Semalam pula banyak menghabiskan masa di jalanan.  Abang kerja hingga jam 2 petang.  Kemudian dia mengarah ke kedai tayar.  Ada episod luka di situ namun beri pengajaran kepada kami.  Memang lepas ni takkan jengah lagi ke kedai tersebut.  Selesai di sana Abang segera pulang ke rumah ibu bapanya.  Tak lama pun di sana tapi sempat jugalah kami makan tengahari berlaukkan daging semata.  Musim korban, maka lauk terhidang menerima tempias dagingan.


Selepas Asar, kelam kabut pulang ke rumah.  Mimie dan Soraya nak datang menziarah.  Rumah tiada siapa haruslah bergegas.  Ayu Bam Bam tidur tak tahu jam berapa bangun.  Nanti nak hidangkan apa pula.  Nasib baiklah Ayu Bam Bam bertindak pantas, ada jugalah makanan terhidang buat mereka.

Dari petang hingga ke tengah malam berbual, macam-macam cerita keluar.  Sebenarnya lama juga tak jumpa mereka berdua.  Kalau jumpa pun tak lama jadinya banyak kisah tidak dapat dikongsi.  Kiranya konsep balas dendam.  Sambil makan sambil menceceh.  Sedap ok!  

Akibat dari itu, hari ini bangun pagi lemau.  Ingatkan selesema akan berkurangan, rupanya tidak.  Bertambah teruk diiringi pedih tekak.  Kiranya minggu ini bermula dengan segala sakit dan kepayahan.  Sekejapan sahaja Eid Adha berakhir.  Bagaimana sambutan rakan-rakan?  Maaf saya tiada sebarang gambar untuk dikongsi, selamat menjamu mata dengan patah perkataan yang disusun tunggang-langgang dan mengikut rentak hati.  



nota:  maafkan daku duhai kawan....bukan sengaja tetapi terpaksa rela....

Friday, November 4, 2011

::Salam Jumaat & Salam Aidil Adha::

Salam Jumaat rakan-rakan.  Hari terakhir sebelum ramai dari antara kita bercuti panjang.  Pastinya tidak sabar hendak menggerakkan jarum jam ke angka 5 supaya segera sampai ke penamat.  Sejak pagi cuaca juga begitu dingin lantas membuahkan rasa kemalasan untuk bergiat dengan lebih produktif.  Adat bekerja di pejabat begitulah, saya juga pernah merasai perasaan sedemikian sewaktu menggalas tanggungjawab sebagai pekerja pejabat suatu waktu dahulu =)

Berita dari Tanah Haram, GP akan memulakan perjalanan ke Arafah keesokkan hari bagi melunaskan rukun haji.  Kemajuan teknologi membolehkan kami berhubung saban hari serta merawat kerinduan hilang dari pandangan mata.  Alhamdulillah kesihatan GP juga beransur baik, hanya tinggal batuk keras mungkin dek terlalu masyuk menghisap rokok.  Moga segala akan berjalan lancar buat GP di sana, kami tidak putus-putus mengiringi doa.

Apa rasa berhari raya tanpa GP di sisi?  Entah!  Benar sebelum-sebelum ini, Aidil Adha disambut dalam erti kata lain pengisian sebagai umat Islam.  Tidak pernah beria-ia seperti sambutan Aidilfitri, malahan pernah juga tidak menyarung baju kurung.  Tetapi tidak pernah tanpa kehadiran GP dan ini julung kali buat kami semua.  Saya yakin GM juga sedemikian.  Sepanjang bergelar isteri, inilah pertama kali GM tidak bersama suami tercinta di pagi Aidil Adha.

Nampaknya tiada perancangan khusus, hanya berada di rumah bersama GM, Ayu Bam Bam dan Macho Man sekeluarga.  Ninie akan pulang ke negeri Serambi Mekah kampung suaminya, melakukan ibadah Aqiqah buat Cayang Ejiki.  Tak acikan, Aidilfitri balik Kelantan ni pun balik sana juga..he..he..he..Di tambah pula dengan faktor-faktor lain yang menyumbang ke arah tidak dapat untuk kemana-mana, maka duduk sahaja di rumah.

Buat rakan-rakan bakal memulakan perjalanan, sedang dalam perjalanan dan yang telah sampai ke destinasi dituju, saya mendoakan selamat segalanya.  Moga Allah SWT menjauhkan kita dari segala merbahaya dan kecelakaan yang mengundang musibah.  Masa yang ada gunakan sebaik mungkin bersama insan-insan tersayang dan hargai mereka selagi nyawa di kandung badan.  Insyaallah, Aidil Adha kali ini akan membawa sinar rahmat tak terperi buat kita semua.

SALAM AIDIL ADHA....


nota:  rindu yang tak tertanggung denyutnya 
   

Thursday, November 3, 2011

::Maharaja Lawak Mega::

Mulai minggu lalu, program baru Maharaja Lawak Mega (MLM) telah bersiaran dengan  menggunakan konsep yang sama seperti Maharaja Lawak, bezanya MLM menghimpunkan antara pelawak-pelawak tempatan, Singapura dan Indonesia dan bukannya pemenang-pemenang dari program Raja Lawak.

Saya menjangkakan persaingan bakal sengit, jika tidak takkan mereka ini digelar pelawak terkenal.  Terlalu awal untuk membuat penilaian, masing-masing masih belum menampakkan taring.  Cuma setakat minggu lalu, saya senang dan berpuas hati dengan persembahan PIMAI iaitu gabungan di antara Imuda, Sulaiman Yassin dan Sathiya.  Mereka amat bersahaja seolah mementaskan rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Selain mereka, kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harus Salim Bachik juga boleh tahan.  Begitu juga dengan persembahan kumpulan BP, persembahan mereka berjaya mengudang tawa.  Lain-lain biasa sahaja tetapi seperti yang saya katakan, pertandingan masih awal.  Momentum persembahan belum dikuasai sepenuhnya.  

Pelawak solo juga bagus cuma bila tiada side-kick usaha mereka harus berganda jika tidak tenggelam dengan peserta berpasukan.  Ada dua tiga kumpulan lain mampu memberi saingan sengit terutamanya dari negara jiran Indonesia.  Awas pelawak Malaysia, jika kurang berusaha mereka pasti memukul anda sehabis mungkin.


Selain dari peserta, perihal juri MLM juga hangat dibincangkan.  Ramai tidak bersetuju dengan barisan juri tetap, tetapi saya melihat sebaliknya.  Benar ketiga-tiga juri iaitu Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Siti Nurhaliza bukan datang dari dunia lawak, tetapi mereka manusia biasa dan adegan kelakar serta mencuit hati amat perlu.  Jika ketiga-tiga mereka tidak ketawa, ini beerti peserta tersebut gagal.  Sebenarnya juri-juri ini adalah cerminan kita semua.

Para peserta tidak perlu pandangan berunsur teknikal mahupun panduan-panduan untuk berlawak, ini kerana ianya merupakan makanan mereka.  Antara bagus dengan tidak sahaja kita nantikan.  Berjaya mengundang tawa, berjayalah para peserta.

Alasan lain pula, siapa yang boleh dipanggil untuk menjadi juri?   Ingin memanggil seseorang yang arif dalam bidang lawak, bukankah mereka datang dari medium yang sama.  Pastinya mereka-mereka mempunyai hubungan baik di antara satu sama lain.  Kelak sikap berat sebelah boleh timbul.  Jadinya adalah selamat memilih juri-juri dari luar skop supaya tidak berlaku ketidakadilan.

Okay, kita nantikan sahaja persembahan para peserta di minggu ini.  Siapa bakal menjadi mangsa pertama untuk disingkirkan?  Pendapat saya masih terlalu samar, kena tonton pada minggu ini untuk melihat prestasi mereka.  Anda mengundi?  Saya hanya akan mengundi jika dapati mereka benar-benar layak mendapat undian dari saya =)

Apa pun, saya sokong program tempatan dan berharap peserta tanah air akan menang kelak.  Apa hadiah utama ya?  Mungkin hanya akan diketahui pada penghujung episod sama seperti Maharaja Lawak yang lalu.



nota:  hidup tanpa tawa ibarat air kopi tidak bergula... 

::Bicara Malam::

Entah kenapa malam ni sukar betul hendak lelapkan mata.  Puas bergolek, ralit mengulit telefon, penat menukar rancangan televisyen, akhir sekali datang sini.  Mana tahu boleh meletihkan biji mata.

Bila mata tak terpejam, pelbagai perkara timbul di benak fikiran.  Terlalu banyak perkara yang ditanggung dan jika dihurai, mahu tiga hari tiga malam saya tidak bangun dari tidur.  Entahlah, terima sahaja apa yang Allah berikan.  Siapa saya mahu menolak segala apa yang melanda.  Sehingga hari ini saya mampu tersenyum, kiranya cukup kuatlah saya menentang badai.

Hati juga dipaut rindu terutamanya GP yang jauh di mata.  Juga pada insan-insan tertentu di mana selayaknya mereka saya rindukan.  Semakin meniti usia semakin penyedih orangnya.  Tak pasti mengapa saya begitu mudah tersentuh dengan pelbagai ceritera duka.  Sudah tidak kentalkah lagi hati ini?  Sehinggakan menonton drama di televisyen bisa menitiskan air mata.  Apakah yang sedang melanda....



nota:  masa untuk tidur...


 

Wednesday, November 2, 2011

::Semakin Bosan::

Perasan tak sejak akhiran ini, Facebook (FB) semakin membosankan.  Apatah lagi terpaksa melihat gelagat mereka-mereka yang saya tidak berapa berkenan.  Inilah masalah manusiakan.  Dah tahu tak suka tak perlulah lagi hendak menjenguk dan mengambil peduli.  Tapi tetaplah juga nak melihat dan bila ke sana hati sakit membara!   Masalah betul saya ni.

Saya merancang untuk menamatkan akaun FB tetapi tengoklah.  Biasalah bila dilanda emosi berbaur semua tindakan drastik ingin diambil tanpa memikirkan baik buruk.  Benar saya boleh delete sesiapa yang tak berkenaan malah ada yang telah saya senarai hitamkan tetapi itulah, sifat menyibuk tebal juga dalam diri, kerana itu jalan terbaik tutup terus.

Dan kerana itu jugalah saya semakin menyepi dari dunia FB.  Tak perlu rasanya memberikan sebarang interaksi mahupun komunikasi, bimbang lain pula jadinya.  Tak mengapalah, saya bukannya orang penting dan yakin bukan ada yang peduli pun.  Cuma saya sahaja yang terlebih-lebih sedikit emosinya.  

Bagi sesiapa yang berminat boleh sahaja sertai saya di Twitter.  Sekurang-kurangnya di sana lebih aman dan hanya berbalas dengan orang yang disenangi sahaja tanpa mengikut gelagat mereka-mereka yang menyakitkan mata.  Bila atau benarkah saya akan menutup akaun,tidak dapat dipastikan lagi.  Jika masih ternampak kelibat di sana, adalah tu tetapi sebaliknya faham-faham sahajalah. 

Tidak perlu memeningkan kepala hanya perihal laman sosial.  Lagi pula selama ini kita bisa hidup tanpa kehadiran benda-benda ini semua dan ternyata masih lagi senang bernafas di muka bumi.  Itu sudah cukup membuktikan ini semua tidaklah penting mana.  Tapi ingat, saya tidak menyalahkan FB kerana ianya merupakan medium terbaik menghubungkan ikatan yang lama terpisah serta mengukuhkan pertalian sedia terjalin.
nota:  atau mungkin saya yang membosankan...


::Tekanan Melanda::

Sempena Aidilfitri lalu saya menempah dua pasang baju kurung dari ibu mertua Macho Man tapi disebabkan kehambatan masa, hanya sepasang sahaja mampu disiapkan.  Knowing me not that fussy, I let it be.  After all Aidil Adha awaiting ahead so not a big deal.

Monday, Siti Cutie bring back for me and guess what??  I am out of shape!!  Totally out!!  Rasa nak menjerit pun ada saat menyarungkan baju tersebut.  How come I put on weight extremely?  Persoalan yang sering dilontarkan oleh sesiapa sahaja yang living in deniel.  Me one of it, konon-konon tak boleh terima kenyataan walhal nafsu makan membuak-buak.

Hajat hati nak juga panjat weighing scale but am afraid enough.  Tak boleh menerima jarum tersebut mengarah ke nombor yang mana satu.  Frankly speaking, I realized bout it and so wondering.  Kalau dulu orang kata makanan di luar menggemukkan but now...  most of my meal are home cooked but still....

Planning to wear back my Premium Beautiful (PB) but I doubt sebab doktor dah nasihatkan untuk mengelakkan dari memakainya.  GM pun not in my side in this matter.  Now my PB is with Ninie, due to his overweight after delivery our Cayang Ejiki.  Yes, I should do something!!!  Bahaya ni, because am not planning to refurbish my wardrobe in mean time.  

Peninglah kepala, sepening entri ini yang diselang seli dengan dua jenis bahasa.  Maaf, bukan berniat untuk rojakkan bahasa berdaulat tetapi ini adalah entri jujur dari hati.  Luahan ikhlas merisaukan tanggungan beban dipikul oleh kaki.  

Am gonna slap my face in front of mirror just to wake up and keep on watching closely my weight.  Terpaksa jika tidak sakit lain pula menanti!!!



nota:  uuurrrggghhhh.............!!!!!!!! 

::Lambaian Kaábah buat GP::

Pada yang mengikuti Twitter saya, pasti tahu GP telah ke Tanah Suci buat menunaikan Rukun Islam ke-5 dan hari ini hampir seminggu dia telah berada di sana.  Khabar dari sana setakat ini, GP mengalami batuk dan selsema agak teruk disusuli demam dan sakit tekak.  Cuaca panas dan kepadatan manusia menyebabkan penyakit normal ini mudah merebak.  Kami iringi doa moga GP selamat dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Sebenarnya pemergian GP ke Tanah Haram diluar jangkaan, tapi jika telah tertulis nama dia  akan terpilih sebagai tetamu Allah pada kali ini, biar apa sahaja berlaku tetap akan ke sana juga.  Menyorot kisah lama, GP sering melafazkan pada usia 55 tahun dia akan menunaikan ibadah haji.  Itulah, orang kata, setiap lafazan adalah doa dan ternyata Allah menyambut doa-doa GP itu.


Tahun ini memang genap usia 55 tahun GP.  Ikut perancangan serta berbekal wang tabungan di KWSP, GP hendak mendaftar terus ke Tabung Haji.  Apa yang diperoleh selama menghambakan diri dengan bekerja jauh lebih mampu dan jika dia hendak menunaikan haji berkali-kali juga tidak punya masalah.  

Sayangnya, keluarga kami dirundung kesempitan lantaran wang sedia ada harus disalurkan ke arah lain, meant for survival dan GP menangguh hasrat menjadi tetamu Allah.  Tanggungjawab beliau sebagai ketua keluarga dan bapa menuntut dia mengorbankan niat tersebut.  Namun kami berjanji, tiba masa sesuai GP akan dihantar juga bersama GM.  

Tapi itulah, jika memang tersurat dan rezeki GP siapa dapat menghalang takdir Allah.  Lebih kurang tiga minggu sebelum tarikh 27 Oktober 2011, GP mendapat pengesahan yang dia akan turut serta di dalam rombongan seorang Menteri untuk menunaikan ibadah haji.  Terpempan juga kami sekeluarga mendapat berita tersebut dan disusuli dengan kesyukuran.

Siapa Menteri itu dan bagaimana GP boleh turut serta tidak perlu saya khabarkan di sini.  Sememangnya GP mempunyai talian persahabatan erat dengan beberapa orang Menteri di Malaysia, namun tidak digunakan untuk kepentingan.  Mereka bersahabat sehinggakan GP punya kelebihan untuk masuk ke dalam rumah VVIP ini dan salah seorang dari merekalah yang menyenaraikan nama GP sebagai menyambut Lambaian Kaábah.

Bila mengetahui sahaja, GP mula membuat persiapan ala kadar termasuklah dengan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan.  Tetamu dijemput dikalangan saudara mara terdekat dan rakan-rakan rapat.  Anggaran jemputan hanya lingkungan 50 orang sahaja.  Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.  Sekali lagi Allah SWT menampilkan bukti betapa GP amat dipanggil menjadi tetamuNya.  Tiada sebarang halangan ditempuhi GP sejak dari mengetahui akan ke sana sehingga berlepas ke Tanah Suci.  

Pada tarikh tersebut, kami sekeluarga berkumpul di KLIA mengiringi pemergian GP.  Perasaan hiba benar-benar menghambat rasa.  Sepanjang usia saya, GP sering ke luar negara hingga memakan masa berbulan lamanya.  Kami biasa dengan keadaan sedemikian sehinggakan ada satu ketika hampir 2-3 bulan tidak bersua muka dengan bapa tercinta.  Tetapi kali ini perasaannya lain benar.  Sukar diungkap dengan kata-kata walaupun perasaan tersebut sedikit dicemari.  Biarlah kami yang berhadapan sahaja mengetahuinya.

Serasa berat melepaskan pemergian GP namun kami redha kerana bukan senang untuk dipanggil dan turut serta di dalam jutaan umat di sana.  Moga GP berjaya mendapat Haji Mabrur dan segala ibadahnya diterima Maha Pencipta.  Apa yang saya kesalkan, GP pergi di kala saya tidak punya apa-apa untuk dikongsikan.  Perit rasanya di usia sebegini tiada apa mampu saya hadiahkan melainkan kalungan doa serta nilai Riyal yang tidak seberapa langsung.

Setiap kepayahan, kedukaan dan keperitan sepanjang tahun telah Allah balas dengan hadiah paling bermakna buat GP.  Ketentuan dan takdir itu semakin kuat membuktikan bahawa Allah tidak pernah menzalimi umatnya.  Namun, kami masih berdoa biarlah segala apa yang sedang kami harungi ini akan mendapat belas ihsan dariNya dan diberikan sesuatu yang manis dipenghujung.  

Saya kongsikan sedikit gambar dari lensa Macho Man :)

 GP ke Tanah Suci menggunakan Saudi Arabian Airline dan dia juga tidak berkumpul di Tabung Haji kerana ianya merupakan kumpulan khas  


Kerana berlepas dari KLIA, kami berkumpul di McDonalds sahaja.  Berhampiran dengan pintu perlepasan, sambil melayan si kecil makan, kami berbual riang :).  Gambar ini Macho Man yang rakam kerana itu kelibatnya tiada


Kali ini giliran suami Ninie pula mengambil tempat Macho Man.  Tengok gelagat Buah Hati tu, tak pernah serius.  Dah besar susah betul nak bergambar!


GP memberi kucupan buat isteri tercinta.  Ok, sebak waktu ni dan saya sepantas kilat bergerak keluar.  GM nampak cool and steady tapi dalam hati siapa yang tahu


Sekeluarga sebelum melepaskan GP masuk ke Balai Perlepasan


Bersalaman dan memohon maaf di atas segala kesalahan.  Menguatkan diri supaya empangan tidak pecah, namun sesuatu berlaku di luar jangkaan dan kesedihan berbaur geram.  Tak apalah, malas hendak bercerita panjang!  Yang penting GP tersenyum bahagia


Pengganti GP sepanjang dia berada di sana.  "Adikku, berat tanggungjawab yang digalas tapi Along tahu adik mampu melaksanakannya"


Drama King yang bisa membuat hati meruntun kesedihan.  Siapa ke lagi jika bukan Buah Hati.  Waktu ini boleh pula dia melambai keluar sambil berkata "Babai Aki, Aysh sayang Aki.."  hwa..hwa..sedih ok!!


Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi biasalah saya agak lembab untuk menempek watermark jadi mana yang ada sahaja sudah mencukupi buat kenangan di satu hari kelak.  Insyaallah, jika diizin Allah SWT, GP akan kembali ke tanah air pada 9 Disember 2011 dan kami menghitung hari buat GP melaksanakan Rukun Islam kelima dan pulang ke pangkuan keluarga tercinta.




nota:  saya bakal anak Pak Haji...he..he..he.. 

:: November??!! ::

Selepas entri lepas, masih mencari-cari mood untuk berkelana di sini namun tidak jua tiba.  Lantas saya membiarkan sahaja diri mengikut arus emosi yang tidak ketentuan arah.  Rupa-rupanya ingin dilawati teman bulanan, mungkin kerana itu segalanya serba tidak kena.


Selamat datang November!  Macam tak percaya telah tiba di ambang penghujung 2011.  Sepantas kilat masa beredar serasa senafas sahaja, esok pula mengunjungi.  Terlalu banyak coretan air mata, luka di hati sepanjang tahun tapi tidak saya mengalah dan menanti andai ada sedikit cahaya suria di garisan penamat ini.

Bulan ini juga padat dengan kehadiran sambutan haril lahir bersilih ganti.  Saya hanya mampu tersenyum kerana buat masa ini, itulah hadiah paling bermakna yang mampu saya hadiahkan buat mereka-mereka.  Insyaallah jika umur panjang, tahap kerajinan membanjiri diri akan saya kongsikan kisah-kisah indah itu di ruangan serba kekurangan ini.

Seperti biasa, saya mendoakan moga rakan-rakan bakal melalui hari-hari penuh bermakna sepanjang November buat merakam kenangan manis di dalam memori.  Selamat bertugas dan juga selamat segalanya!

nota:  cuba untuk tersenyum dan melupakan segala yang bersarang di hati...