Followers

Wednesday, November 2, 2011

::Semakin Bosan::

Perasan tak sejak akhiran ini, Facebook (FB) semakin membosankan.  Apatah lagi terpaksa melihat gelagat mereka-mereka yang saya tidak berapa berkenan.  Inilah masalah manusiakan.  Dah tahu tak suka tak perlulah lagi hendak menjenguk dan mengambil peduli.  Tapi tetaplah juga nak melihat dan bila ke sana hati sakit membara!   Masalah betul saya ni.

Saya merancang untuk menamatkan akaun FB tetapi tengoklah.  Biasalah bila dilanda emosi berbaur semua tindakan drastik ingin diambil tanpa memikirkan baik buruk.  Benar saya boleh delete sesiapa yang tak berkenaan malah ada yang telah saya senarai hitamkan tetapi itulah, sifat menyibuk tebal juga dalam diri, kerana itu jalan terbaik tutup terus.

Dan kerana itu jugalah saya semakin menyepi dari dunia FB.  Tak perlu rasanya memberikan sebarang interaksi mahupun komunikasi, bimbang lain pula jadinya.  Tak mengapalah, saya bukannya orang penting dan yakin bukan ada yang peduli pun.  Cuma saya sahaja yang terlebih-lebih sedikit emosinya.  

Bagi sesiapa yang berminat boleh sahaja sertai saya di Twitter.  Sekurang-kurangnya di sana lebih aman dan hanya berbalas dengan orang yang disenangi sahaja tanpa mengikut gelagat mereka-mereka yang menyakitkan mata.  Bila atau benarkah saya akan menutup akaun,tidak dapat dipastikan lagi.  Jika masih ternampak kelibat di sana, adalah tu tetapi sebaliknya faham-faham sahajalah. 

Tidak perlu memeningkan kepala hanya perihal laman sosial.  Lagi pula selama ini kita bisa hidup tanpa kehadiran benda-benda ini semua dan ternyata masih lagi senang bernafas di muka bumi.  Itu sudah cukup membuktikan ini semua tidaklah penting mana.  Tapi ingat, saya tidak menyalahkan FB kerana ianya merupakan medium terbaik menghubungkan ikatan yang lama terpisah serta mengukuhkan pertalian sedia terjalin.
nota:  atau mungkin saya yang membosankan...


No comments :

Post a Comment