Selepas entri lepas, masih mencari-cari mood untuk berkelana di sini namun tidak jua tiba. Lantas saya membiarkan sahaja diri mengikut arus emosi yang tidak ketentuan arah. Rupa-rupanya ingin dilawati teman bulanan, mungkin kerana itu segalanya serba tidak kena.
Selamat datang November! Macam tak percaya telah tiba di ambang penghujung 2011. Sepantas kilat masa beredar serasa senafas sahaja, esok pula mengunjungi. Terlalu banyak coretan air mata, luka di hati sepanjang tahun tapi tidak saya mengalah dan menanti andai ada sedikit cahaya suria di garisan penamat ini.
Bulan ini juga padat dengan kehadiran sambutan haril lahir bersilih ganti. Saya hanya mampu tersenyum kerana buat masa ini, itulah hadiah paling bermakna yang mampu saya hadiahkan buat mereka-mereka. Insyaallah jika umur panjang, tahap kerajinan membanjiri diri akan saya kongsikan kisah-kisah indah itu di ruangan serba kekurangan ini.
Seperti biasa, saya mendoakan moga rakan-rakan bakal melalui hari-hari penuh bermakna sepanjang November buat merakam kenangan manis di dalam memori. Selamat bertugas dan juga selamat segalanya!
nota: cuba untuk tersenyum dan melupakan segala yang bersarang di hati...
No comments :
Post a Comment