Isu hangat sejak semalam pastinya perihal Chef Riz anak Chef Wan menaik taraf profail kerjaya bagi memastikan dirinya mendapat tempat sebagai juri rancangan Master Chef. Setelah memohon maaf atas kesilapan itu, ramai menanti pandangan telus dari bapanya, seorang Chef bertaraf antarabangsa.
Dengan berani dan rendah hati, Chef Wan mencemuh tindakan kurang bijak anaknya lantas mencemari nama baik bukan sahaja perjalanan kerjaya seorang Chef tetapi keluarga secara keseluruhan. Pada awalnya ramai menjangka Chef Wan akan membela kesalahan anaknya, tetapi sebaliknya berlaku.
Melalui FB, Chef Wan menyatakan apa yang terbuku di hati berkaitan insiden ini. Bagi sesiapa yang ingin cerita penuh boleh sahaja lawati laman web Beautifulnara kerana Beautifulnara adalah antara terawal membuka kisah ini pagi tadi. Atau pun pergi sahaja ke FB Chef Wan, tiada apa dirahsiakan di sana. Like sahaja Fan Page FB Chef Wan
Di sini saya tertarik dengan beberapa perkara. Satu darinya, mengapa The Malaysian Insider (MI) berminat benar menggali perihal Chef Riz? Apa tujuan sebenar pihak MI hingga sanggup menghubungi restoran tersebut untuk semakan. Adakah Chef Riz membahayakan negara dengan pemalsuan data itu?
Bukan saya mahu menyelar atau pun menyokong Chef Riz tetapi saya terfikirkan begitu nekad sekali aturcara MI seolah ada komplot ingin menjatuhkan Chef Riz. Seolah ada yang tidak senang dengan Chef Riz hingga ingin membuktikan yang dia tidak layak berada di dalam program Master Chef. Andaian saya sahaja ya...
Benar, Chef Riz tidak harus menipu kerana dia harus punya intergriti dalam apa jua dilakukan. Jika kali ini dia menipu, entah apa lagi yang Chef Riz pernah tidak berkata benar. Cuma cara pembocoran maklumat tersebut seolah ingin memalukan pelbagai pihak. Jika benar ingin penjelasan, MI boleh sahaja bawa berita ini ke pihak Astro dan dapatkan kepastian daripada melakukan serangan hendap sebegini.
Mujur juga Chef Riz mengaku yang dia menambah asam garam di dalam profail tersebut. Jika tidak saya rasa mahu panjang berjela lagi isu ini akan ditarik keluar. Adakah ini perancangan dilakukan pihak program demi memastikan rating Master Chef naik mendadak? Bukanlah saya menuduh, tetapi secara tidak langsung perkara ini telah membantu rating rancangan kerana mereka yang tidak pernah menonton telah mula bergerak ke hadapan televisyen. Andaian saya ye...
Chef Wan pula tetap dengan pendiriannya dan saya amat memuji tindakan beliau. Walau darah daging sendiri, salah tetap salah. Bait kata punya nada kecewa namun kenyataan harus dia depani, jika tidak ramai lagi menanti di luar untuk menghentam dia dek kerana kelantangannya menyuarakan pendapat. Boleh juga kita katakan, isu ini sebenarnya ingin mengheret Chef Wan dalam kancah perbalahan supaya mana-mana hati sakit terbalas jua. Andaian saya sahaja ya...
Entahlah, biar apa pun andaian yang bermain di kotak fikiran, Chef Riz telah memohon maaf. Ada yang menerima tak kurang menolak permohonan maaf tersebut kerana rasa ditipu. Kini, saya menanti apa tindakan susulan pihak Astro berkenaan isu ini. Jika di awal rancangan Master Chef, ramai tidak gemar akan gelagat Chef Priya dan Chef Yahya. Lantas penerbit rancangan mengambil langkah susulan dengan menggantikan mereka. Kali ini bagaimana pula?
Apa pun, seharusnya kita jangan samakan rancangan ini dengan kelolaan luar negara malah penonton tidak harus meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menyaingi program luar. Banyak faktor harus diambil kira kerana kita punya perbezaan budaya dan kumpulan penonton.
Mungkin penonton jangan meletakkan emosi berlebihan kerana pokok pangkalnya, Master Chef adalah sebuah rancangan baru dan ianya adalah yang pertama. Banyak kekurangan akan dapat dikesan dan dari masa ke semasa, pihak penerbit akan berusaha untuk menaik taraf mutu sedia ada. Namun tidaklah beerti kita tidak boleh menyuarakan pendapat. Boleh sahaja cuma jangan letak harapan tinggi melangit!!
Harap janganlah disalah ertikan entri ini. Saya tidak menyokong mana-mana pihak, apa yang saya katakan di sini datang dari hati. Siapa saya untuk menentukan siapa salah siapa benar. Segalanya diniat untuk dikongsi bersama. Andai telahan saya salah tidak mengapa, benar pun tidak memberi sebarang impak. Bagi saya, setiap dari kita punya hak untuk menyuarakan rasa!
Gambar di ambil dari Google Image
nota: manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan
sy suke tgk masterchef. tp bkn masterchef malaysia. kali ptama sy tgk masterchef malaysia, terus hilang minat sy sbb masterchef malaysia terlalu serius seolah2 kalu ada ksilapan kecil pon di dapur seolah2 peserta tu buat kesalahan bsr. Juri pon x bg komen yang bernas. Berbeza sgt dgn rancangan masterchef yang lain.
ReplyDeleteApepun, sy setuju dgn akak.. MI mcm sengaja nak mengaibkan org. Pdhal benda tu pun bukannya hal yang bsar.
B4 dis akak x pnah tgk Masterchef tp bila Msia hold dis programe akk tgk start wit Msian version dulu.Mula2 tgk mmg stress tp x tau la klu konsep dia mcm tu ke kan...
ReplyDeleteThan wat comparison dgn version luar,of cz byk beza..afterall akak yakin Msia punya byk terikat dgn guideline,script,stesen tv n mcm2 lg la..tp lately nie bila dorang mula wat cabaran2 blh jugak la tgk.. :)