Followers

Thursday, November 3, 2011

::Bicara Malam::

Entah kenapa malam ni sukar betul hendak lelapkan mata.  Puas bergolek, ralit mengulit telefon, penat menukar rancangan televisyen, akhir sekali datang sini.  Mana tahu boleh meletihkan biji mata.

Bila mata tak terpejam, pelbagai perkara timbul di benak fikiran.  Terlalu banyak perkara yang ditanggung dan jika dihurai, mahu tiga hari tiga malam saya tidak bangun dari tidur.  Entahlah, terima sahaja apa yang Allah berikan.  Siapa saya mahu menolak segala apa yang melanda.  Sehingga hari ini saya mampu tersenyum, kiranya cukup kuatlah saya menentang badai.

Hati juga dipaut rindu terutamanya GP yang jauh di mata.  Juga pada insan-insan tertentu di mana selayaknya mereka saya rindukan.  Semakin meniti usia semakin penyedih orangnya.  Tak pasti mengapa saya begitu mudah tersentuh dengan pelbagai ceritera duka.  Sudah tidak kentalkah lagi hati ini?  Sehinggakan menonton drama di televisyen bisa menitiskan air mata.  Apakah yang sedang melanda....



nota:  masa untuk tidur...


 

No comments :

Post a Comment