Awal pagi juga menerima panggilan telefon dari seorang teman. Nak kata baik pun tidak nak kata akrab juga bukan. Tapi dah menelefon, kena layan sebaik mungkin. Lebih banyak menjawab dari menyoal. Mungkin dia menghimpun segala persoalan lantas menghambur secara berterusan hari ini.
Namun saya tidak gemar tatkala dia menyoal bertubi-tubi perihal seseorang seolah ingin membandingkan dengan dirinya boleh dikatakan berjaya. Hinggalah dia mengatakan "Oh, kerja tu je? Kalau setakat kerja tu, tak belajar tinggi pun boleh dapat." Terpempan juga dengan balasan darinya. Kenapa sehingga begitu hendak membezakan di antara satu sama lain? Sekurang-kurangnya teman punya usaha di situ jika dibandingkan orang lain yang hanya tahu menangguk di air keruh.
Nasib kita berbeza di dunia. Ada dari kita belajar tinggi melangit tetapi tidak punya rezeki baik dalam bidang pekerjaan. Ada yang hanya bekerja atas tiket keputusan SPM, tetapi atas usaha keras berjaya menduduki tangga tinggi pentadbiran syarikat. Jadi perlu ke merendah martabat orang lain hanya kerana kita berada setakuk di atas?
Kecewa sebenarnya apabila ada kawan bersikap sedemikian. Di usia begini kita tidak seharusnya menambah musuh. Bukan senang mencari kawan ya! Lantas saya tidak lagi berminat meneruskan perbualan telefon dan saya matikan dengan alasan ada kerja sedang menanti. Maaf, bukan berniat mahu menipu tetapi saya merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mengelak dari terus dihambat dengan perbandingan-perbandingan lain kelak...
nota: bermusuh tak mahu, berkawan pun cuba mengelak...

No comments :
Post a Comment