Followers

Thursday, November 10, 2011

::Lagu Lagi::

Dalam kepala punya macam-macam cerita.  Tatkala terbayangkan blog, rasa nak kongsi 1001 kisah di sini tetapi bila menghadap monitor segalanya bertukar kosong.  Badan dan fikiran seolah terpisah jauh.  Relatifnya, terlalu banyak perkara menghimpit benak, kerana itu sukar untuk mentafsirkan sesuatu secara nyata.

Terus emosi mendayu tiba.  Dengar pula lagu tema dari filem Hingga Hujung Nyawa, lakonan Erra Fazira dan Yusry KRU satu ketika dahulu.  Agak terkesan lirik lagu ini di hati.  Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kekhilafan dan harus redha dengan setiap balasan yang diberikan.

Melihat diri ini, benar pernah melalui landasan tersasar.  Saya bukan manusia sempurna dan ada ketika hati dan nafsu mengawal fikiran.  Namun saya cuba untuk perbaiki segala kelemahan, walau tidak sempurna tetap berusaha dan kerana itu juga saya terima segala yang perit dan pedih sebagai ganjaran setimpal.  Moga di penghujung jalan kelak, saya tidak lagi terseksa.

Sempat muat turun klip video ini dari You Tube.  Penyanyinya adalah Liyana Samsudin, yang sekarang popular sebagai pelakon.  Boleh tahan juga suaranya dalam menghayati bait-bait lirik.  Bersama ini saya sertakan lirik sekali.  Bagi sesiapa yang tidak pernah dengar, selamat menikmati ya. 

Hingga Hujung Nyawa

Ku berjalan sendirian
Mengutip dosa silam
Ku meniti perjalanan
Menghitung hari


Apa mungkin ada ruang
Untuk ku tebus dosa semalam
Dan bisakah  terhapus
Kenangan yang lalu


Biar ku sendiri 
Merawati diri ini 
Walau tiada arah
Ku temui


Biar ku sendiri 
Melewati hari yang berduri
Terhukumlah diri 
Tidak ku pasti


Oh Tuhan ampuni segala dosaku
Tidak ku tersesat mencari sinar mentari
Oh Tuhan ampuni segala dosa nan silam
Tidak ku ingini hidup sengsara
Apa masih ada
Jalan yang hakiki
Ingin ku mencari 
Cahaya diri


Hingga hujung nyawa
Kan ku terus jua
Menanti serinya 
Pudar bermadah

Ku pergi untuk selamanya
Tinggalkan apa yang ada
Moga diriku damai di sana
Hingga hujung nyawa





nota:  biarlah dengan cara sendiri...

No comments :

Post a Comment