Followers

Tuesday, August 2, 2011

::Alhamdulillah::

Alhamdulillah, hari ini selesai puasa hari pertama.  Bab tidak makan seharian bukan satu masalah besar, alah bisa tegal biasa.  Cuma entah mengapa sedikit lesu apa pun itu semua bukan penghalang.  Usia begini tetapi tidak dapat menahan nafsu, nampak sangat hodohnya.

Sunat Tarawih juga berjaya disempurnakan hari ini.  Sayang ganjaran malam semalam terlepas.  Pada malam ini, jika melakukan Solat Sunat Tarawih dengan sempurna, Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa beserta dosa kedua ibu bapa.  Insyaallah, moga saya beroleh ganjaran tersebut.  Pada awal bercadang ingin turut serta berjemaah di masjid berhampiran, tetap hasrat dibatalkan dan saya menunaikan solat sunat bersendirian.  Insyaallah, esok lusa pasti akan saya rebut ganjaran berjemaah pula.  

Acara biasa sebelum berbuka, pastinya mengunjungi bazar Ramadhan dan sekali lagi tidak melepaskan peluang walau hanya ke kawasan berhampiran rumah.  Sayangnya kami tiba lewat, habis licin semua hasil jualan.  Mujur ada peniaga di pinggir jalan menjual kuih-muih.  Jadilah dari tiada langsung.  Itu pun penuh juga meja hasil dari air tangan GM.  

Cuma agak menghairankan, kali ini saya seolah putus nafsu terhadap makanan.  Pengalama yang sudah pada hari pertama puasa pasti teringin macam-macam.  Ini tidak, macam pelik pula dengan diri sendiri.  Atau adakah kerana jiwa kacau serta hilang fokus maka membantutkan selera makan.  Entahlah!!!

Mata mula layu, adalah lebih elok membaringkan diri di atas peraduan.  Rutin harian masih berjalan seperti biasa, tiada alasan untuk bermalas-malas.  Esok baru hari kedua, perjalanan masih jauh lagi dan saya berharap Allah perkenankan segala doa dipohon... Amin!!
nota:  tidak harus kalah dengan situasi

  

No comments :

Post a Comment