Followers

Wednesday, August 3, 2011

::Perlukah Menggelar Sedemikian?::

 (klik di link untuk berita penuh dan gambar)

Tak pasti berita panas atau tidak, tetapi saya yakin saat ini peminat Harimau Malaya pastinya sedang membara di hati. Sesiapa pun jika disamakan dengan binatang pasti akan tersinggung seolah darjat sebagai manusia dipijak-pijak. Kewajaran Safee Sali untuk terasa hati ada benarnya lagi pula gelaran tersebut dikeluarkan di laman sosial Twitter. Berapa ramai pula yang komen selepas ia dikeluarkan terutamanya penyokong Singapura.

Saya sendiri tatkala membaca berita ini turut sama kecewa. Seharusnya sebagai isteri kepada pemain profesional, tidak seharusnya menunjukkan emosi sebegitu apatah lagi sukan bukannya medan peperangan. Malah suaminya dan pemain Malaysia adalah sahabat. Kita nantikan balasan dari pihak sana mengenai hal ini dan samada isteri kepada pemain bola itu akan meminta maaf atau tidak. 


nota:  Cakap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar

No comments :

Post a Comment