Followers

Thursday, August 4, 2011

::Sampai ke hari 4::

Hari ini memang tiada mood untuk berbicara di ruangan ini.  Cuaca pun seolah merestui gejolak di hati, lantas tidak senyum mesra.  Bukan kerana berpuasa lalu merembeskan hormon tidak stabil.  Mungkin ada yang telah mula menyampah dek kerana asyik tiada ketentuan dalam emosi atau adakah saya sedang mengalami krisis usia pertengahan (mid-life crisis)..ha..ha..ha..

Entah kenapa tahun ini saya rasa seronok sangat menjalani ibadah berpuasa.  Tatkala malam, Sunat Tarawih adalah antara rutin yang kini menggembirakan hati.  Tak sabar-sabar menanti untuk menunaikan tanggungjawab tersebut walaupun melakukannya berseorangan di rumah.  Mungkin inilah timbal balik di peruntukkan saya oleh Maha Pencipta, tatkala sedang dirundung durja ketenangan sewaktu berhadapanNya menjadi milik saya.

Apa pula hikmah menunaikan Sunat Tarawih pada malam ini ya?  Ok, dah dapat :  Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa, Wallahualam.  Wah, besarnya ganjaran!!  Untuk menjejakkan kaki ke sana pun belum ada rezeki, ini dah ada peluang mengutip pahala, mengapa tidak direbut.  


Bagi rakan-rakan yang berpuasa, Selamat Berbuka dengan juadah yang enak.  Bagi yang tidak berpuasa, nantikan giliran untuk sambung beribadah ya, Insyaallah.  Dalam sekelip mata, hari ini dah masuk hari ke-4.  Pantas sungguh masa berlalu!!!



nota:  moga Allah perkenan segala doa di bulan mulia ini 


No comments :

Post a Comment