Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Mengharungi Ramadhan dalam menunaikan Rukun Islam Ke-3. Bersyukur sangat-sangat masih diberi kesempatan untuk menghirup udara bulan penuh keberkatan dan merebut pelbagai ganjaran buat bekalan. Harap rakan-rakan semua rebut peluang yang ada selagi diberi ruang.
Buat diri ini, saya berdoa moga kehadiran Ramadhan kali ini dapat memberi kami sekeluarga sinar harapan dalam mengharungi hari-hari mendatang. Dengan keberkatan bulan penuh rahmat ini, moga Allah SWT kasihani hambaNya ini dan melimpah ruahkan rezeki dan kerahmatan.
Selamat Menjalani Ibadah, Selamat Memperkuatkan Diri Dalam Mengharungi Godaan Nafsu, Selamat Beramal, Selamat Melaksanakan Tarawikh dan Selamat dalam Segala Hal....
Gambar di ambil dari Google Image
nota: ada beberapa hajat sempena kedatangan Ramadhan kali ini. Moga Allah mempermudahkan segalanya
No comments :
Post a Comment