Salam Jumaat semua!!! Pasti hari ini merupakan hari terakhir mengabdikan diri di pejabat sempena cuti panjang bagi meraikan Syawal. Jika bertanya siapa pun, mood untuk berhadapan dengan tugasan di atas meja telah hilang sepenuhnya. Doa bersilih ganti supaya jam berputar pantas mencecah angka 5. Perbualan di antara rakan juga 90% bertemakan Hari Raya.
Saya?? Masih belum dirasuk aura Syawal. Boleh tak kalau skip beraya tahun ini? Satu persiapan pun tak ada. Kalau ada pun sepasang kurung ditempah awal sebelum berpuasa. Lain-lain....??? Inilah dugaan kami sekeluarga, namun redha dan sabar ubat segala-galanya.
Benar, ada hikmah disebalik kepayahan yang ditempuhi ini. Lagi pula bukan tidak pernah meraikan Syawal dengan begitu gemilang dan buat kali ini sudah tiba masa untuk bermuhasabah diri. Masih ramai di luar sana tidak dapat meraikan Syawal. Masih ramai hidup melarat dan tidak pernah memikirkan untuk beraya.
Semalam ibu Abang telah keluar dari hospital. Barulah nampak seri di muka, ini tidak monyok sahaja bila bertanyakan perihal ibunya. Anak mana tidak gundah jika ibu tiada bersama di pagi Syawal. Pasti segalanya tampak janggal. Apa pun, Alhamdulillah doa mereka semua dimakbulkan Allah. Saya tumpang gembira dan memanjat kesyukuran. Siapa tak hiba melihat orang tersayang bermuram durja?
Ke mana arah tuju entri ini saya tidak pasti sebenarnya. Jemari begitu gatal untuk menari tetapi akal dan minda tidak mengalunkan rentak yang sama. Ini yang bercelaru, dan hilang fokus. Menziarah ke ruangan peribadi rakan-rakan blogger pun tak banyak cerita baru. Masing-masing semakin teruja menanti ambang Syawal. Mungkin saat ini hanya saya sahaja begitu setia menatap skrin komputer dan menantikan keajaiban.
Masih ada beberapa hari lagi buat penghujung Ramadhan, moga saya serta rakan sekalian menerima ganjaran berganda di garis akhir ini. Saya juga masih menanti sinar Syawal yang kelam ini akan terang jua akhirnya bila tiba saat dan waktu sesuai. Salam Ramadhan hari ke-26....Salam Jumaat....Salam Syawal buat anda semua yang akan meninggalkan dunia maya ini untuk beberapa hari akan datang!!!
nota: ENTAHLAH.....
No comments :
Post a Comment