Followers

Tuesday, August 2, 2011

::Coretan Petang::

Saat ini pastinya rakan-rakan sedang sibuk mempersiapkan diri untuk berbuka.  Ada yang sedang membeli-belah di bazar, tak kurang juga yang berperang di dapur dan pastinya juga sebahagian dari kita sedang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dikhabarkan maha hebat dalam 2-3 hari ini.

Alhamdulillah, kita hampir ke penghujung hari kedua di bulan Ramadhan.  Malam ini pula merupakan malam ketiga bagi sesiapa berpeluang menunaikan Solat Sunat Tarawih.  Satu-satunya solat sunat mengurniakan seribu satu rahsia ganjaran.  Insyaallah, malam ini saya akan menunaikan tanggungjawab tersebut samada secara bersendirian atau pun berjamaah.  

Baru sahaja melayari laman-laman internet berkaitan Solat Sunat Tarawih dan malam ini ganjaran buat umat Islam ialah :  PARA MALAIKAT DI BAWAH 'ARASY MENYERU KEPADA MANUSIA YANG MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TARAWIH ITU AGAR MENERUSKAN SOLATNYA PADA MALAM-MALAM LAIN, SEMOGA ALLAH SWT MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MEREKA (saya dapat dari sini)

Moga kita sama-sama manfaatkan segala kelebihan yang diturunkan Allah dalam memperkuatkan keimanan.

Rakan-rakan berbuka apa ye?  Saya masih belum punya keinginan terhadap sesuatu jenis makanan.  Selera masih belum ada, tetapi apa yang dimasak GM sudah cukup berselera.  Selamat Berbuka dan Selamat Bertarawih...



nota:  hati kembali berkecamuk....Ya Allah, bantulah hambaMu ini!!!

No comments :

Post a Comment