Followers

Monday, October 7, 2013

::AF vs The Voice::

Akademi Fantasia (AF) dah masuk minggu ke berapa ntah, sampai hari ini saya tidak pernah meluangkan masa betul-betul menonton diari dan juga konsert mingguan.  
 
Setelah di bawa semula, AF sudah tidak lagi menarik minat saya.  Faktor usia barangkali?  Di awal-awal AF dahulu sayalah paling terkinja-kinja menonton.  Walhal bukan mengundi pun!
 
Siap bergaduh dengan Abang sebab tak mahu keluar, takut terlepas menonton konsert saban minggu dan juga diari segala bagai.  Dulu mana ada PVR.
 
Bila AF nak kembali saya dapat agak ianya akan tawar.  AF patut direhatkan lebih lama lagi, dan bukannya setakat 1-2 tahun.  #my 1cent words#
 
Masuk malam semalam, adalah 2 kali saya tonton konsert mingguan.  Nama dan wajah peserta tiada seorang pun yang captured my interest except Azheal, peserta duo.  
 
Kebetulan minggu lepas dia nyanyi lagu Khayalan yang memang saya minat sesangat, ditambah dengan susunan muzik segar.  Itu yang terpikat.  Tapi minggu ini, persembahan mereka biasa sahaja.
 
Belum nampak lagi calon juara meski dah ramai yang tersingkir.  Oh, ada yang saya betul-betul minat, Sharifah Amani.  Aci tak undi dia?  
 
Walaupun kata-kata yang keluar dari mulut semuanya speaking habis meski pun ini rancangan Melayu tapi dia lontar pendapat-pendapat begitu bernas.  
 
Siapa kata orang tak menyanyi tak boleh komen rancangan nyanyian.  She proves it!  Kalau ada tak setuju its okay.  Again its #my 1cent words#
 
On the other hand, ujibakat rancangan The Voice (TV) Season 5 sedang rancak disiarkan di saluran AXN dan maaf saya lebih teruja menonton TV dari AF walaupun bari peringkat saringan.
 
Season kali ini menyaksikan kembalinya semula Christina Aigulirea dan Ceelo Green di samping Adam Lervine dan Blake Shieldon sebagai mentor yang bakal memilih peserta akan bernaung di bawah jagaan mereka.
 
Kenapa rancangan luar lebih menarik?  Why?? Why?? Why??  Baru di peringkat pemilihan saya lebih sanggup menonton TV dari AF.  I even watch again and again their selection level.
 
Suka menonton gelagat 4 mentor berebut mahukan peserta memilih mereka sebagai jurulatih.  They fight each other for the best.  Siapa tak pernah menonton, please give a try.  You will fall in love with TV.
 
Malaysia tak nak beli format TV?  Agak-agak kalau TV di Malaysia akan berjaya ke seperti di Amerika?  Rasanya ramai yang berbakat di luar sana cuma nasib untuk muncul di kaca televisyen seperti AF tiada rezeki.
 
Maaflah AF, you failed.  Mungkin 1-2 minggu lagi akan menarik minat saya, entahlah.  Setakat hari ini tidak sama sekali.  
 
And thank you TV caused you cheer up my day.  Biarlah orang nak kata saya menyokong lebih produksi luar.  Nak buat macamana, memang TV jauh lebih berkualiti dari AF baik dari segi program juga pesertanya.
 
Those penyokong AF dan masih lagi boleh terima AF, teruskan sokongan anda dan jangan lupa undi peserta betul-betul layak mewarnai persada seni negara.  Bukannya setakat konsep tangkap muat dan kemudian hilang begitu sahaja
 
 


VS




.
 
        

nota: gambar semua dari Google Image...
   

2 comments :

  1. betul la kak...masa merubah dulu AF2 AF3 kita galak sangat...now memang tak kisah sgt...tak tengok pun takpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. da penat kot dgn realiti show nie tu yg jd mcm tu...hehehe

      Delete