Hampir seminggu sambungan internet tidak berapa baik itu yang di sini senyap seketika. Belum explore lagi macamana nak blog melalui telefon. Malas pun ya, bateri tak tahan. Letih asyik nak charge.
Entri ini pun tiada butir bicara khusus, setakat mengisi masa lapang sambil menanti waktu berbuka puasa. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak berpuasa Sunat Arafah bagi tahun ini.
Itu pun nyaris terlepas, biasalah rutin bergelar perempuan. Nasib baik "ia" macam faham, berhenti sahaja semalam saya segera membersihkan diri. Tahun lepas saya terlepas, itu yang kalau boleh tahun ini nak sangat.
Sibuk berpuasa sunat, qada' puasa pun tak selesai lagi. Baru 7 hari berbayar, berbaki 8 hari lagi. Insyaallah, minggu depan akan disegerakan.
Sayup-sayup suara di televisyen melaungkan "Labbai Kallahu Malabaik". Sayu rasa hati, adakah rezeki saya untuk ke sana satu hari nanti? Tiba-tiba pandang ke belakang, kehidupan saya sebelum ini.
Kalaulah saya meletakkan ke Rumah Allah itu satu priority, barangkali hari ini saya sudah lunaskan Rukun Islam Ke-5 ini. Betapa lalainya saya selama ini ;(
Agaknya kerana itulah satu persatu dugaan Allah menghujani saya, bersilih ganti. Ini pun saya sedang diduga. Tak terluah dengan kata-kata, hanya mampu menelan hakikat kehidupan.
Bila dah terkena baru nak beringat, malangnya sudah terlambat. Hadapilah apa jua dengan tabah dan tak putus berdoa semoga Allah masih sayangkan saya dan permudahkan segala-galanya.
Saya tidak mengeluh jauh sekali merungut cumanya saya manusia daif pasti tersentuh dengan segala bebanan diturunkan. Ada ketika saya hilang punca dan merasakan its end of life.
Tapi, tatkala khilaf segera saya kembali kepada Yang Satu. Berteleku di sejadah, bercucuran air mata mohon diampunkan sekiranya segala ini adalah balasan di atas kesilapan lampau.
Hmm, better stop now! Tak sanggup nak teruskan gusar disalah erti. Insyaallah, segalanya akan berakhir dengan baik satu hari nanti. Tiada satu pun di dunia tidak akan diduga, betul tak?
Sorry kerana mencuri masa tak tentu hala membaca luahan hati. Totally down, but I try my best to wake up, Insyaallah berkat Zulhijjah ini Allah akan kasihan pada hambaNya yang seorang ini.
nota: ;(
No comments :
Post a Comment