Followers

Wednesday, October 16, 2013

::Salam Aidil Adha::

Salam Aidil Adha!  Ramai dah masuk kerja semula?  Rasanya ramai tak ambil cuti panjangkan?  Berhari raya di mana pun sama sahaja, yang penting pengertian hari raya tersebut dalam diri kita.  Betul tak?

Saya seperti biasa, berada di sini sahaja.  Kata anak kota metropolitan, nak menuju ke mana lagi? ;)  Apa pun semalam merupakan hari makan sedunia, sengkak perut sampai ke malam.

Kalau beraya di kampung barangkali makan sampai pengsan!  Hehehe...Mesti ramai pergi melihat acara korban di masjid dan surau.  Bukan selalu dapat peluang melihat dengan sendirikan?

Saya tak pergi pun dan kalau boleh tak nak pergi :(  Orang mabuk darah memang tak sesuai melihat acara korban.  Nanti jenuh nak pula mengangkat saya.  

Tak percaya saya mabuk darah?  Tengok darah sendiri pun dah pening dan seram sejuk, apatah lagi darah lembu yang menyembur siap dengan bau, memang tak tahan.  Mengigil satu badan.

Tapi itu tak beerti saya tidak suka ibadah korban.  Mana yang dituntut dalam agama, sebaik mungkin kita laksanakan kerana setiap apa yang kita lakukan seikhlas hati akan ada ganjaran menanti. 

Seronok dan terhibur hati bila dengar kisah GP di Tanah Suci walaupun berulangkali bercerita.  Rasa dekat Makkah Al-Mukarramah dengan diri ini.  Insyallah, akan saya jejak kaki ke sana satu hari nanti.

Teringat waktu sekolah dahulu, pernah Ustazah pesan beri keutamaan kumpul duit untuk ke rumah Allah.  Lain-lain susul kemudian. 

Nak didik anak-anak di rumah inilah, sehari RM1 simpan setahun ada RM365.  Cukup 25 tahun dah boleh tunggu giliran ke sana.  Kita yang dah tua ni pun belum terlambat nak kumpul!

Apalah sangat sehari RM1 jika dibanding dengan segala apa dibelanjakan demi duniawi.  Ada tau saya dengar orang kampung menabung sehari RM0.20 untuk ke menunaikan Haji.  Punya lebih simpan lebih, betapa tekad mereka untuk menunaikan rukun Islam ke-5.

Musim raya dah habis, umur panjang berjumpa kita di tahun hadapan.  Hari ini makan baki rendang semalam.  Kalau nak lagi kena tunggu tahun depan juga, GM bukan senang nak masak rendang..hehehe....



nota:  saja suka-suka....

 

  

 

No comments :

Post a Comment