Followers

Saturday, October 26, 2013

::Graduation & Sports Day::

Hujung tahun ni ramai berkongsi kisah hari sukan anak-anak.  Orang yang tak ada anak seperti saya tumpang cerita anak buah.  Siapa lagi kalau bukan Buah Hati, kejap sahaja dah 6 tahun.

Masih terbayang lagi saat lahir ke dunia.  Dari sekecil-kecil anak sehinggalah sekarang, sesaat tidak terlepas dari pandangan mata.  Dia membesar di depan kami semua.  

Tahun hadapan dah masuk darjah 1, apa pula karenah bakal dipamerkan nanti.  Lagi dua orang pula menanti giliran meniti usia.  Semakin tualah saya!  

Buah Hati masuk sekolah seawal usia 4 tahun.  Tiap-tiap tahun kami hadir menyaksikan persembahan dan hari sukan cuma saya tak cerita di sini.  Dasar pemalas memang begitu.

Kali ini istimewa sedikit sebab sekali dengan acara graduasi.  Harapnya satu hari nanti dia akan berjaya mengenggam segulung ijazah sebenar pula, Insyaallah.

Nak cerita panjang pun tak ada intipati, jadi saya kongsikan gambar sahaja ya!

 Beratur untuk ambil scroll, katanya



Group photograph.  Majoriti student di Spring Montessori ni berbangsa Cina.  Buah Hati dan 2 orang lagi rakan melayu sahaja di dalam kelas



 "Yeah, finally I graduate"


Gym session, one of additional class for student.  Bagus juga dia join gym class ni, kuat skit badan dia.  Takde lembik-lembik


Warm-up session.  Bersungguh dia.  Adik-adik kat tepi melonjak-lonjak nak join sama


Marching session.  Since he is six years old so appointed as leader of Yellow House


Sempat tu senyum bila lensa dihalakan


Masuk acara selingan pula.  Bab menari bagi pada dia, nak ikut jejak langkah Along dia agaknya, terror menari..ahaks!



Antara acara yang Buah Hati masuk.  Kalau tak silap ada 4 game kesemuanya.  Pemenang dikira melalui pengumpulan mata


Finally Yellow House won!  Last time he got 2nd place, so a good achievement for final year


We are dedicated cheer leader for yellow team...hahahah...asyik la menjerit and guess what, Yellow House won almost every race!


Here we are to give him full support!  Satu kampung turun padang


Abang berlari, diaorang pun sibuk berlari sana sini.  Tak sabar nak join sport day.  Sabar ya Cayang dan Manje, next year your guys turn pula!

   


nota:  penghibur hati di kala duka lara..........



No comments :

Post a Comment