Followers

Thursday, October 3, 2013

::Shopping Saya Anak Malaysia 2013::

Hari tu saya share projek bakal dijalankan Komuniti Telekung Project (TP).  Dah "LIKE" FB?  Kalau belum segera lakukan sementelah TP sedang mengumpul dana dan sumbangan pakaian terpakai.

Bila sebut sumbangan dana, ramai dari kita fikir ianya harus melibatkan ratusan mahupun ribuan ringgit.  Kalau itu tanggapan anda, sebenarnya salah tau.

Serendah RM1 pun kita boleh sumbangkan.  Macam apa yang TP lakukan, mereka minta RM7 untuk sebungkus nasi ayam.  Apalah sangat RM7 pada zaman sekarang. 

Ada di antara kita di luar sana, belanja sekolah anak pun lebih dari RM7 sehari.  Semua ini boleh anda ketahui di FB TP.  Jangan lupa ya.
 
Sebenarnya bukan nak borak pasal TP tapi seperti tajuk di atas, Projek Iqra' kembali dengan projek terbaru mereka.  Kali ini projek Shopping Saya Anak Malaysia (SSAM) di Rumah Vivekananda (RV), Rembau.

Sama seperti #shoppingraya2013, kali ini sukarelawan akan membawa anak-anak di sana membeli barangan keperluan harian.  Sudah semestinya mereka memerlukan penaja dan sukarelawan.

Berminat nak jadi penaja pun boleh, sebagai sukarelawan pun boleh, nak terlibat dua-dua sekali pun lagi bagus.  Apa kata kita war-warkan projek mereka ini.

Program akan berlangsung pada 16 November 2013 dan anak-anak dari RV akan di bawa membeli-belah di Mydin Seremban.  Bagi yang berminat nak menyumbang, bolehlah menaja RM188 untuk seorang.

Kalau agak berat, ajak dalam 10 orang share RM18.80, boleh dapat RM188kan?  Yang penting kita ikhlas menghulur apa yang ada semampunya.

Seriously I call anyone who interested to become the volunteers than you will know how I feel.  Satu perasaan yang sangat halus dan tak mampu dilafazkan, hanya kalimat syukur sahaja tidak berhenti keluar dari mulut kerana dilahirkan dalam keadaan sempurna baik dari segi fizikal mahupun material.

Kerana itu saya tidak teragak-agak untuk terlibat dalam SSAM dan Insyaallah ada rezeki terpilih sebagai sukarelawan.  Nak tahu lebih lanjut mengenai SSAM ini boleh ke blog mereka, Projek Iqra' atau FB Projek Iqra'.




 nota:  hasil yang ada dikongsi bersama...
 

No comments :

Post a Comment