Followers

Wednesday, October 2, 2013

::Maut Makan Kenduri::

Inilah dinamakan ajal, hanya kerana makan di kenduri sudah beberapa orang maut mangsa keracunan makanan.  Kejadian berlaku di Kedah.

Bilangan mendapat rawatan pun boleh tahan lebih dari 100 orang.  Menurut Jabatan Kesihatan, ianya berpunca dari ayam masak merah.  

Ayam dihantar oleh penjual sudah busuk dan setakat semalam, Jabatan mengesahkan ayam tersebut punya wabak Salmonela.  

Lepas ini haruslah berhati-hati bila makan kenduri.  Tapi hairan juga, waktu orang kampung masak ayam tersebut tak perasan ke ianya busuk?

Tak baikkan penjual tu hantar ayam busuk.  Entahlah atau mungkin dia tak sedar yang bekalan ayam dia dah tak elok



Kalaulah saya berada di tempat kejadian, rasanya saya antara terawal menerima kesan.  Silap-silap tak payah tunggu lebih 24jam dah keluar masuk bilik air. 

Setiap kali berkunjung ke kenduri kahwin, ayam masak merah memang menjadi idaman hati.  Saya tak makan daging lembu/kambing jadinya bila makan tu mesti ambil lebih dari 2 ketul.

Agak muka tak malu dan lauknya sedap tambah berulang kali.  Kadang-kadang siap meratah tanpa sebarang nasi.

Mula-mula dapat tahu berita ini, terdetik di hati takkan ada unsur sabotoj majlis kenduri tersebut.  Manalah tahu, ada pesaing marahkan katering tu ke.

Tapi rupanya kenduri kahwin tersebut dilakukan secara bergotong-royong.  Yang masak tu pun orang kampung itu sendiri.  Zaman sekarang susah dah nak nampak konsep gotong-royong nikan?

Kita doakan penduduk Tanjung Dawai yang menjadi mangsa keracunan makanan akan kembali pulih seperti sedia kala dan mari kita beramai-ramai sedekah Al-Fatihah buat mangsa maut.




nota:  musibah datang untuk menguji...

 

No comments :

Post a Comment