Followers

Friday, October 4, 2013

:: Sudi-Sudikan Doa =) ::

Saya jarang nak masuk peraduan.  Sebabnya selalu kalau contest mesti minta reka tandatanganlah, cipta ayatlah.  Itu semua memerlukan kreativiti.

Ada juga cuba-cuba nasib sebelum ni, tak ada rezeki semuanya.  Yalah, setakat hantar 1-2 borang.  Orang lain hantar satu kotak!

Tapi hari tu, terpandang borang Peraduan Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestle.  Bila baca, tak adalah susah sangat.  Jawab soalan, isi maklumat diri, hantarkan bersama bukti produk Nestle.

Ini sudah bagus.  Rakyat Malaysia mana boleh berpisah dengan produk Nestle.  Busuk-busuk mesti ada satu jenis produk di rumah.  Paling senang MILO.

Apa lagi, gigihlah kutip pembalut luar barangan Nestle.  Selagi ada di rumah semua kena sebat dan saya hantar.  Banyak juga, lebih kurang 30 sampul surat.

Itu baru saya seorang, rakyat Malaysia lain?  Mesti penuh tong pos pihak Nestle!  Hadiah pun bukan calang-calang.  Pemenang utama boleh dapat RM100,000.  Mau tak berebut orang menghantar.

Harapnya adalah rezeki saya nak sangkut mana-mana hadiah...hehehe...Dah tamat pun tempoh peraduan.  Sekarang tunggu masa pihak Nestle umum pemenang.  

Apa kata doakan saya.  Mana tahu berkat doa rakan-rakan, merasa menang peraduan.  Kalau menang hadiah utama, boleh saya belanja..hahaha..belum apa-apa dah berangan!

Ini semua soal rezeki, kalau Allah izinkan dapatlah.  Kalau tak ada, bermakna orang yang menang itu lebih berhak.  Saya masuk atas dasar mencuba nasib, dah terlanjur semua barangan ada di depan mata.

    Harap-harap bila wakil Nestle tarik sampul surat tu, dia tarik salah satu saya punya ;)



nota:  bila nak umum pemenang ya?

2 comments :

  1. Insyaallah ... Semoga dimurahkan rezeki ... Saya selalu join contest & giveaway online jer ...

    ReplyDelete
  2. Amin... :) Online contest & giveaway kena rajin blog hop,saya jarang sgt...mana yg ade jek rajin terjah..hehehe

    ReplyDelete