Followers

Thursday, October 31, 2013

::Pengawal Keselamatan::

Pengawal keselamatan yang membuat onar masih lepas bebas dan dipercayai masih berada di dalam negara.  Senangnya hidup dia ya, dah bunuh orang kemudian boleh gerak ke sana sini.
 
Not pointing to anyone so lets police do their job.  Sama-sama kita berdoa penjenayah tersebut berjaya diberkas dan menerima pembalasan setimpal baik undang-undang dunia mahupun akhirat kelak.
 
Sejak kejadian tersebut, isu pengawal keselamatan menjadi tumpuan sementelah ramai yang berkhidmat di negara kita bukan berstatus warganegara.
 
Isu ini bukan semudah yang kita sangka sebenarnya.  Pelbagai pihak telah menyumbang kepada kebanjiran warga asing menjadi pengawal keselamatan.
 
Apa yang saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman sendiri deal dengan syarikat pengawal keselamatan kemudian nilaikan sendiri akan kebenarannya dan renung kenapa perkara sebegini berlaku.
 
Our business services oriented.  Sepanjang masa kami menyediakan servis kepada lebih 400 pelatih dan tenaga pengajar dalam satu penempatan bermajoriti warganegara Malaysia berusia bawah 20 tahun.
 
Sudah pasti isu keselamatan menjadi faktor utama dan kami harus menyediakan tahap pengawasan 24 jam sehari tanpa berhenti.  
 
So we decided to go with licensed security company kerana kami memerlukan lebih dari 10 orang pengawal berwibawa dan berdedikasi.
 
Syarikat sekuriti memberi kami sebut harga bagi yuran bulanan.  Pengawal keselamatan tempatan, sekian harga, pengawal keselematan bukan warga negara sekian harga di mana warga tempatan jauh lebih murah berbanding warga luar.

No argument sebabnya kos membawa pekerja luar pasti lebih mahal berbanding rakyat sendiri.  We go for local sebab merasakan satu tanggungjawab membantu rakyat sendiri.

They send security as what we want.  Tapi terkejut juga, sebahagian dari pekerja mereka itu merupakan penduduk tempatan yang baru sahaja diambil bekerja.  Tak kisahlah, asal ada pengawal keselematan.

Kesilapan kami, tidak bertanya mereka semua berkaliber atau tidak.  Sudah menjalani kursus pengawal keselamatan atau tidak, malah tak terfikir untuk bertanya boleh ke individu berusia 60 tahun ke atas berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

Kami tidak bertanggungjawab ke atas jadual kerja shift pengawal.  Semuanya dilakukan oleh syarikat.  Cukup bulan just pay their services.
 
Guess what?  Less than a month macam-macam masalah terpaksa berdepan.  One thing about local people mereka sangat-sangat berkira dengan kerja.  Kalau dah kata tugas mereka setakat angkat palang pintu, sampai ke sudah dia buat kerja itu sahaja.
 
Nak tolong buat kerja orang lain, haram!  Cukup masa cabut sehinggakan ada ketika pos pengawal ditinggalkan kosong tak berjaga.
 
Banyak masalah timbul, seperti menerima sogokan dari orang dalam supaya tak diperiksa keluar masuk terutamanya waktu malam, membuat hubungan sulit dengan peserta di dalam, tidur sewaktu bertugas, barang hilang tanpa pengetahuan dan banyak lagi.
 
Penggantian pekerja perkara biasa, katanya gaji diberikan rendah.  Tanya juga berapa dan perbezaan dengan yuran yang kami bayar memang jauh.  Ternyata syarikat mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
 
Ada-ada masa bila mereka keputusan pekerja, dihantar pengawal Indonesia which is against our agreement.  As a client of course we rejected.  Bimbang perkara tak diingini berlaku.  Kami juga nanti berhadapan masalah!
 
Syarikat sekuriti menegaskan memang masalah bila menggunakan khidmat warga tempatan.  Berilah sebanyak mana gaji mereka tetap dengan sikap sedemikian.  Ada sahaja masalah akan timbul.

Kerana itu mereka lebih senang menggajikan pekerja asing.  Tapi untuk kami ianya tidak boleh dilaksanakan lagi pun mereka yang memberi keyakinan tiada sebarang masalah. 

Due to poor services, we decide to stop using that particular company after 3 months. Sebelum tu mereka offer juga gunakan pengawal keselamatan seperti Nepal, Gurkha dan sebagainya tapi budget is beyond our capabilities.
 
Mahal tau, sekali ganda dari harga warga tempatan.  Bila buat business mahal murah kena juga ambil kira.
 
Kita nak salahkan siapa?  Syarikat yang tak membayar gaji yang mencukupi?  Ini memang penyumbang kepada masalah.  Syarikat janganlah terlalu memikirkan keuntungan.  Better service come with better pay.  
 
Kenapa menganaktiri warga tempatan?  Apa salahnya beri pendapatan lebih afterall they are our own citizen.
 
Atau salah "orang kita"?
 
Berbicara mengenai attitude "orang kita" pun mengecewakan.  For instance in my case, sudahlah kita beri peluang pekerjaan sambil mewujudkan suasana sihat tapi mereka ambil kesempatan pula.
 
Mengintailah, skandal dengan pelatih, tidur, curi barang dan macam-macam lagi as I mentioned before.
 
Pekerja diambil pun tidak terlatih.  Sebab itu etika kerja mereka semua ke laut.  Senangnya nak jadi pengawal keselematan, datang minta kerja.  Lebih kurang soalan diaju, terus dapat.
 
Dulu kalau dengar cerita nak jadi pengawal keselamatan, macam-macam kriteria diperlukan.  Tak cukup dengan itu, data peribadi akan disiasat memastikan tiada sebarang rekod jenayah.
 
It's happen to us, ada pengawal keselamatan ambil dadah sewaktu bertugas.  Bila sebar khabar angin polis mahu datang ambil sampel air kecing, habis hilang semuanya.  
 
Memanglah kami tidak memerlukan armed guard tapi guards play an important role.  Pintu keluar masuk di bawah penguasaan mereka.  Buatnya ada pelatih menyelinap keluar atau sesiapa bawa masuk barang larangan (which its hapeened) kami juga akan tanggung risiko!
 
Bila dah tak guna syarikat sekuriti, kami gunakan pula pengawal yang bertugas direct dengan organisasi.  Pekerja sendiri kebanyakkan mereka dari penduduk tempatan.  
 
Sekali lagi masalah penyakit "orang kita" melanda.  Susah nak kekang dan pekerja bersilih ganti.  Those with bad records kami serahkan sahaja pada pihak polis.  Terpaksa bersabar dengan karenah pekerja.
 
Kalau kata isu gaji, we pay them higher than security company offer.  Makan sepanjang bertugas ditanggung + other benefit tapi itulah tetap juga berdepan masalah sama.
 
Sebab itu masalah "orang kita" ini menjadi punca sebenarnya.  Bila kita beri peluang pada warga luar, merungut tak sudah.  Itulah...inilah...
 
Saya faham kenapa syarikat sekuriti menggajikan orang luar tanpa sebarang permit.  Satu darinya masalah mendapatkan pekerja.  Memang benar menggunakan pekerja tanpa sebarang permit satu kesalahan tapi in certain circumtances they have to.
 
Dalam dunia semua mahu mendapat keuntungan, inilah jadinya.  Macam kes Ambank, saya yakin sudah ramai pekerja luar tanpa permit bekerja dengan mereka.  
 
Cuba tanya "orang kita" terutama golongan muda, mahu ke mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan?  Majoriti akan menolak, tak glamour katanya lagipun gaji kecil.
 
Lagi satu yang saya perasan, rakyat kita kalau warga tempatan jadi pengawal keselematan semua hilang respek.  Bila guard kata itu tak boleh ini tak boleh seharus mungkin menentang.
 
Waktu tu keluarlah segala macam kecaman seperti apa dilakukan isteri pemain bola sepak tanah air hari tu.  Tapi kalau warga luar terutamanya Gurkha, tahu pula patuh arahan!
 
Nampak tak punca permasalahan isu pengawal keselamatan.  Faktor sekeliling sebenarnya menyumbang kepada perkara tersebut dan mungkin sudah sampai masanya perkara ini dilihat hingga ke akar umbi.
 
Bayangkan jika kes Ambank itu tidak berlaku, sampai bila-bila kita tidak tahu masalah berkaitan sekuriti ini.  Tak payah tengok jauh-jauh, guard yang jaga pagar kawasan rumah saya ini pun orang luar siap tak boleh berbahasa Melayu/Inggeris.  Macamana jadi guard?
 
Harapnya isu ini tidak akan didiamkan.  Di Malaysia, perkara akan hangat bila dah jadi kes sebegini.  Lagi 2-3 bulan tiada tindakan, hilang dibawa angin.
 
 
nota: tiba-tiba membebel...   
 
   
 
 
 
  
 
 


 
   

No comments :

Post a Comment