Hari Jumaat sebegini tak baik pula rasanya nak marah-marah. Hari mulia patut kita penuhi dengan perkara baik tapi itulah, saya manusia biasa. Tak mampu nak bendung kemarahan ;(
Dah biasa sangat dengar rungutan orang ramai bila berurusan dengan kakitangan awam. Saya pun bukanlah kali pertama berurusan dengan mereka, tapi itulah selalu sahaja ada ada perkara terbuku di hati.
Macam hari ini, dari pagi cuba menghubungi sebuah jabatan Kerajaan. Sampai nak masuk makan tengahari telefon tidak berangkat walhal saya telefon general line. Yang bercakap mesin sambil memberi arahan.
Disuruhnya tekan nombor itu, nombor ini semua pun tak dapat. Lastly, tekan nombor untuk bercakap dengan telefonis, haram. Tak habis talian sibuk!
Bukankah itu mendatangkan kemarahan? Satu yang saya perasan, kakitangan awam ini kurang gemar kongsi talian sambungan mereka. Kenapa ya? Sudahlah fail tersebut hanya dia seorang yang uruskan.
Dalam keadaan begini haruslah saya terus bersabar dan usaha mencuba lagi dan lagi. Tengoklah lepas waktu makan tengahari ni, dapat atau tidak bercakap dengan pegawai dikehendaki.
Setiap kali saya merungut pada saudara-mara dan kenalan yang berkhidmat sebagai penjawat awam, mereka menegaskan yang perkara sebegitu tidak dilakukan. Saya percaya!
Tapi kenapa setakat hari ini apa digambarkan tidak seperti apa saya alami. Adik saya kata selalunya yang buat spoiled pekerja bukan bertaraf pegawai.
Pegawai semua akan sedaya upaya berkhidmat dengan penuh dedikasi. Ya ke? Entahlah, tapi pengalaman saya tidak pernah mudah bila berurusan dengan penjawat awam.
Mungkin hanya segelintir bersikap acuh tak acuh dalam melaksanakan tugas dan malangnya saya sentiasa berurusan dengan golongan segelintir ini. Entahlah, kena bersangka baik jugakan?
Khabarnya gaji pegawai Kerajaan akan naik lagi. Kerap juga kebelakangan ini dengar isu kenaikkan, tapi dah naik pun prestasi tetap sebegitu. Sedihlah!
Jika ada kakitangan awam yang membaca dan sekiranya anda mengambil jalan sambil lewa dalam menjalankan tugas, sedarlah anda sebenarnya tidak jujur dalam berkhidmat. Mohonlah terasa dengan entri ini!
Ramai orang di luar sana menanti tenaga anda untuk menyelesaikan perkara/masalah mereka. Janganlah ambil enteng semua perkara sementelah Kerajaan yang membayar gaji anda.
Duit Kerajaan datang dari hasil rakyat Malaysia juga. Ini bererti duit kita bersama, apa salah bekerja sepenuh hati?
Bagi kakitangan Kerajaan yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan bekerja dengan ikhlas. Saya puji anda! Orang seperti anda semualah mampu menyingkir tanggapan negetif buat pegawai Kerajaan. Syabas!
Sabarlah hati ya? Hari ini Jumaat, jawabnya lepas 2.30 petang baru cuba nasib balik. Kalau tak dapat juga, jawabnya kena tunggu minggu depan.
Kalau tak dapat kita saya bersangka baik sahaja, talian telefon jabatan Kerajaan tersebut rosak!
nota: pernah bercita-cita nak jadi penjawat awam sebab rasa senang...hakikatnya tidak!
No comments :
Post a Comment