Semakin hari semakin takut nak bergerak ke mana waima keluar dari pintu pagar rumah. Keselamatan sentiasa rasa terancam, apakah yang sedang melanda Malaysia sekarang ni?
Sana sini dengar dan baca perihal jenayah. Melalui siber pun dah ramai penjenayah, sampai bila kita terpaksa berdepan dengan keadaan sebegini?
Saya bagi contoh antara kes-kes yang saya baca dan dengar:
Kes 1
Seorang pelajar kolej maut setelah dirompak awal pagi Sabtu lalu. Sumber: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/28/college-student-snatch-theft-victim.aspx
Kes 2
Seorang makcik usia 50tahun cedera bila dia keluar buang sampah dan didatangi 2 orang bermotorsikal. Disebabkan tiada apa yang boleh disamun, perompak telah mencederakan menggunakan pisau. Sumber: cerita seorang kawan
Kes 3
Pelajar berusia 16 tahun hilang ketika singgah di tandas masjid. Okay, yang ni tak tahu lagi apa punca, harap gadis tersebut hilang disebabkan mengikut kawan-kawan ke dan bukannya perkara hitam lain, Insyaallah. Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131029/dn_25/Pelajar-hilang-semasa-singgah-di-tandas-masjid
Kes 4
Duit 20k++ hilang di dalam akaun setelah buat pembayaran bil secara online. Pihak bank masih lagi siasat perkara ini dan tak pasti ke mana duit tersebut ghaib. Macam kes Lisa Surihani hari tulah. Tau-tau hilang RM5k. Simpan duit di bank pun dah tak selamat Sumber: Rakan update status dalam FB
Kes 4
Berikutan kes pengawal menembak mati pegawai Ambank, Kerajaan telah mengesan ramai yang menggunakan IC palsu untuk bekerja. Sekarang sedang berfikir adakah IC saya juga menjadi mangsa? Risau juga ni. Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131028/dn_01/Guna-IC-palsu-bekerja---JPN
Kes 5
Rakan saya telah diikuti seorang lelaki India sebaik sahaja keluar dari bank. Meski letak kereta di tempat terang, lelaki tersebut menghunus pisau supaya dia menyerahkah duit yang baru sahaja dikeluar. Demi keselamatan, dia bagi sahaja dan kerugian RM3k. Sumber: Kisah benar diceritakan kepada saya oleh seorang rakan
Kes 6
Kawan saya buat part time tukar tube tayar motor bocor. Dia letak mobor telefon di merata-rata tempat sekitar KL. Satu hari dia dapat panggilan telefon minta tukar tayar motor. Dah deal harga, lokasi dia menuju ke tempat dijanjikan. Malangnya sebaik sahaja selesai kerja, dia telah dirompak dan motor telah dilarikan. Sumber: kisah benar kawan Abang
Kes 7
Kerajaan kurangkan subsidi gula, dan semalam harga nasi lemak kosong naik dari RM2 ke RM2.50. Tak cukup dengan kenaikkan harga, telur dari separuh menjadi suku, nasi penuh membukit dah tak banya mana Ini pun jenayah juga, sebab menjerut leher pembeli dengan harga tak masuk akal. Sumber: Pengalaman sendiri!
Apa yang saya kongsikan ini hanya 1% dari banyak lagi kes di luar sana. Penderaan, komplot peminta sedekah, penjualan dadah dan bahan terlarang, banyaklah lagi! Buat jenayah menggunakan agama pun bersepah merata-rata.
Be extra extra extra careful deary friends! Kalau boleh jangan kita jadi mangsa sebarang jenayah yang sedang berleluasa.
Di bawah ini link saya jumpa untuk kita semua amalkan doa supaya sentiasa dilindungi dari musibah, seperti dirogol. Jadikan ianya amalan ya, Insyaallah akan sentiasa berada di bawah rahmatNya
Di ambil dari Google Image
nota: kerisauan melampau
Eeee ... Takut kan ... Macam-macam lah sekarang nie ... Semakin ramai yang stress agak nyer ... Terpaksa buat jahat untuk meneruskan kehidupan ...
ReplyDeleteMoga2 kita x jd mangsa,Insyaallah...
ReplyDelete