Ada dua ke tiga entri yang terbenam di dalam draf. Entah kenapa segalanya bercelaru. Sana sini separuh jalan. Inilah akibatnya apabila diri mula hilang fokus lantaran terlalu banyak yang melingkari di kepala. Belum punya idea yang bernas untuk menyudahkan entri-entri separuh jalan.. :( Kemalasan belum melanda, jemu juga tidak bertandang cuma fikiran melayang-layang tanpa arah tujuan. Ianya bukan sahaja melanda di saat berada di depan komputer riba tetapi turut terjebak dalam kerja-kerja seharian. Banyak juga agenda tergendala akibat dari masalah ini.. ;( Harap dapatlah diberi kekuatan untuk mengumpul kembali fokus yang berserakan entah ke mana. Doa sentiasa dipohon moga semuanya bermula dan berakhir dengan baik!!!
nota: masihkah mempunyai ruang waktu untuk segalanya....
No comments :
Post a Comment