Followers

Wednesday, December 8, 2010

::Langkawi 4::

Jom kita sambung lagi ye walaupun mungkin sempat bercerita sedikit sahaja.... 

Perjalanan seterusnya sudah pastilah ke Gunung Mat Chincang dengan menaiki kereta kabel, sebuah lagi tempat yang sememangnya mencuri perhatian para pelancong baik dari dalam dan luar negara.  Harga tiket bagi pemegang Mykad ialah RM15, kanak-kanak atas 3 tahun RM10 dan pelancong luar pula RM30.  Jangan lupa untuk membawa Mykad jika ingin menikmati kadar bayaran istimewa ini kerana harga tersebut tidak dapat diberikan sekiranya kaunter tiket tidak dapat slotkan Mykad ke dalam mesin pengeluar tiket.  Di kaki gunung, bolehlah berjalan-jalan di Oriental Village sambil meninjau cenderamata untuk di bawa pulang. 

Sedikit info mengenai kereta kabel: merupakan kenderaan atau alat yang digunakan untuk ke puncak Gunung Mat Chincang.  Jarak perjalanan dari kaki bukit hingga ke puncak  yang tingginya 713 meter beranggaran 2.2km di mana panjang keseluruhan kabel tersebut 919.5 meter.  Sampai sahaja di puncak, pelawat boleh juga memberanikan diri dengan melalui Jambatan Langit Langkawi.  Sepanjang perjalanan ke atas, kita disajikan dengan panorama hijau saujana mata memandang dan juga berkesempatan melihat telaga tujuh.  Tatkala berada di puncak kita boleh melihat Laut Andaman yang terbentang luas dan juga sebahagian dari negeri Thailand.

Sepanjang kami menghabiskan masa di puncak, angin bertiup kencang sehinggakan ada masanya perkhidmatan kereta kabel terpaksa diberhentikan demi keselamatan ramai.  Jambatan langit juga ditutup.  Suasana di atas begitu dingin dan kami semua mengambil kesempatan menikmati keindahan dan suasana nyaman disulam dengan gelak ketawa dan kekecohan mengambil gambar.  Bukan itu sahaja malahan mereka sempat menikmati hidangan burger dan juga aiskirm walaupun keadaan dingin mencengkam diri.  

Hampir dua jam juga kami menghabiskan masa di puncak sehingga si lelaki-lelaki terlepas solat Jumaat.  Bukan mereka saja melewatkan masa sewaktu di atas tetapi keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami turun ke bawah.  Ini kerana ada ketikanya pihak pengurusan kereta kabel terpaksa memberhentikan perkhidmatan atas alasan angin kencang.  Jambatan  Langit juga ditutup atas alasan yang sama.  Tatkala perkhidmatan kembali, keadaan agak bersesak-sesak kerana semua pun mahu turun ke bawah.  Jom lihat antara gambar-gambar kami sepanjang menaiki kereta kabel dan di puncak gunung.

  Saat konsol berlepas.  Muka Miera yang agak cuak

Amiera dah okey masa ni.  Suka Mama dan Papa Miera ada orang pangku anak mereka :)

Kami berempat menaik konsol yang sama.  Husin sekeluarga serta Abang Pejai menaiki sebuah lagi konsol di hadapan kami.  Setiap konsol boleh dimasuki seramai 6 orang sahaja

Inilah Telaga Tujuh.  Gambar ini ditangkap sewaktu kami sedang menuju ke puncak Gunung Mat Chincang

Beginilah rupanya konsol yang kami naiki.  Mesti semua kenalkan.  Sempat bergambar bersama Nova sebelum Amiera berlari ke arahnya

Berada di atas puncak dan Abang menikmati aiskrim walaupun cuaca yang amat dingin.  Angin bertiup kencang, lihat rambut saya yang berterbangan

Aksi terlarang yang langsung tidak boleh ditiru.  

Pemandangan dari atas Gunung Mat Chincang

Bergambar beramai-ramai adalah perlu untuk mengukir memori serta kenangan indah

Siapa kata Lelaki tidak suka bergambar?  Tengoklah mereka-mereka ini yang gila bergambar.  Setiap kali ada peluang pelbagai posisi ingin dicuba

Keadaan yang agak sesak sewaktu menantikan masa yang sesuai untuk turun ke bawah

Nantikan sambungan seterusnya ya.  Mengambil masa yang agak lama untuk muat naik gambar-gambar.  Apa pun, jika ke Pulau Langkawi tidak lengkap rasanya menaiki kereta kabel ini.  Jadi janganlah lepaskan peluang jika berkesempatan ke sana.  Fieza kata tempat ni romantik :) sebab drama bersiri popular Dalam Hati Ada Cinta melakukan penggambaran di atas ini.



nota:  berapa siri lagi agaknya episod ini akan selesai ye??

No comments :

Post a Comment