Setelah berhimpit-himpit dalam kerumunan manusia akhirnya kami berjaya juga sampai ke kaki bukit. Satu memori indah telah kami loretkan di dalam sudut ingatan sepanjang berada di puncak. Kami memperuntukkan sedikit masa berjalan sekeliling Oriental Village sebelum meninggalkan persekitaran tersebut untuk menuju ke destinasi berikutnya. Tak banyak gambar yang ditangkap sewaktu berjalan-jalan dipersekitaran Oriental Village. Hanya ini sahaja yang dapat dikongsi buat tatapan.
Anak-anak cukup suka tatkala ikan-ikan ini timbul merebutkan roti yang dibaling. Husin membeli sebuku roti untuk aktiviti ini
Antara pemandangan Oriental Village yang sempat dirakam oleh Nova
Miera sempat berposing berlatar belakangkan tasik
Ada kisah yang mencuit hati sewaktu kami selamat tiba di kaki bukit. Kisah yang sehingga hari ini pasti membuatkan ketawa terburai bila mengenangkannya. Kisahnya begini, menghampiri saat mendarat kami berempat terpandang akan kandang rusa bersebelahan stesen kerata kabel. Beria saya mengajak anak Ejump, Miera untuk bermesra dengan rusa-rusa yang ada. Sebaik sahaja kami turun tanpa memandang yang lain berlari saya ke arah rusa sambil menggendong Miera. Gelagat yang gelojoh yang akhirnya membawa padah. Ahli kumpulan yang lain sempat membeli minuman dan makanan ringan bagai tetapi kami berdua seolah ditarik magnet ke arah kandang tersebut. Sementelah tiada bayaran yang dikenakan lagilah menambahkan keterujaan saya. Menjerit-jerit memanggil mereka yang lain supaya segera ke kawasan tersebut.
Sebaik memasuki saya disambut seekor rusa. Secara spontan Miera ketakutan dan bergelut minta turun dari dukungan lantas berlari ke arah mamanya. Tatkala Abang tiba bersama makanan rusa, ianya menambahkan lagi tarikan rusa-rusa yang ada. Entah kenapa saat rusa-rusa tersebut menghampiri, badan mengigil ketakutan dan rasa ingin keluar dari kandang dengan segera. Tetapi malangnya, rusa-rusa mengerumuni dari pelbagai sudut dan ada yang mula melagakan mulutnya ke badan saya. Apa lagi menjerit-jerit saya di situ sambil cuba melarikan diri. Lari ke kanan ada rusa mengejar, berlari ke kiri seekor lagi setia menanti, seolah saya mempunyai tarikan.
Penjaga tersebut mengatakan yang rusa-rusa ini amat jinak. Yang perlu saya tunjukkan adalah ketenangan tetapi saya gagal kerana perasaan takut menguasai. Saya menjadi bahan tontonan dan gelak tawa mereka yang ada di situ. Berlari keluar dari keadaan tersebut memberi kelegaan namun dek kerana ketakutan yang amat badan menjadi lemah longlai sehingga tidak mampu untuk berjalan. Tidak terlalu saya untuk meneguk walau setitik air dan pada waktu itu apa yang perlu saya lakukan adalah bertenang.
Rusa yang jinak. Ada sahaja tetamu yang menjengah rumah mereka pasti akan di sapa dengan mesra
Gelagat saya apabila di serang hendap
Sedang menjerit-jerit ketakutan dan menjadi bahan ketawa mereka-mereka di luar
Tidak kira siapa sahaja asalkan boleh bermesra pasti rusa akan mendekatinya. Sesiapa yang takut awas ye!!
nota: Ada kerja perlu dilunaskan, nanti sahaja kita sambung semula :)
No comments :
Post a Comment