Followers

Wednesday, December 1, 2010

::Layan Perasaan::

Tanpa disedari, kini kita sedang menghitung detik bagi menutup 2010.  Terlalu pantas masa berlalu sehingga merasakan setiap waktu yang diperuntukkan tidak mencukupi.  Haruslah diakui pabila dikatakan tatkala dunia semakin tiba ke penghujungnya, masa yang ada terasa begitu pantas.  Inilah yang sedang kita rasai.  Subahannallah, Kiamat itu pasti!! Moga Allah sentiasa melindungi kita umat Nabi Muhammad SAW...Amin..

Hajat di hati ingin terus bercoretan dilingkungan ini tetapi separuh arahan yang diterima melalui otak supaya tidak meneruskan niat tersebut.  Badan serba tak kena lebih lagi tatkala memikirka perkara serius, bertambah lemau jadinya.  Boleh sahaja berkongsi cerita yang melingkar seharian, malahan kepingan gambar juga ada untuk menyokong penceritaan tetapi fikiran masih lagi tidak dapat bergerak ke arah itu.  Facebook (FB) yang selama ini dirasakan begitu seronok juga telah semakin hilang sengatannya terhadap saya.

Macam-macamlah empunya diri ini.  Kestabilan emosi tidak pernah ditakluki secara mutlak.  Baru menjengah awal 30an, pelbagai kecelaruan asyik timbul.  Masalah sendiri belum ada penyelesaian sibuk pula memikirkan masalah individu lain.  Makanya, bertindan segala rasa di dalam diri.  Bilalah agaknya ion negatif ini dapat dihapuskan sepenuhnya?  Merenung kembali sepanjang 2010 bertambah menderita di dada pabila mengenang apalah sangat pencapaian yang berjaya dilaksanakan jika dibandingkan dengan hayat kematangan diri.

Semakin serius memikir semakin kecil mata menghadap skrin komputer riba.  Sebelum barisan ayat keluar makin merapu, adalah lebih baik saya memperlahankan hentakan jari di papan kekunci.  Tilam nan empuk melambai-lambai tetapi teramat yakin tatkala melabuhkan diri mata akan melawan arus dengan terbuka membuntang.  





nota:  Walau mata terpejam, jari tetap berjaya menari.  Terbukti skill menaip masih belum luntur walaupun tidak lagi berkhidmat sebagai penaip surat

No comments :

Post a Comment