Sementara ada masa terluang mari kita sambung kisah saya di Langkawi.
Selesai menjamu mata di Gunung Mat Chincang dan persekitaran Oriental Village, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Awal perbincangan kami ingin mengadakan aktiviti BBQ pada malam tersebut tetapi membatalkan pada saat akhir memandangkan kesuntukkan masa untuk menyediakan persiapan. Hakikatnya badan mulai letih tetapi digagahi juga memandangakan ahli kumpulan lain kelihatan masih lagi bertenaga walaupun belum menikmati makanan tengahari yang sempurna.
Seterusnya kami ke Makam Mahsuri. Destinasi pelancongan yang tidak lengkap sekiranya ke Langkawi, Lagenda yang menjadi titik tolak kepada pembangunan Langkawi pada hari ini. Saya yakin dengan kesucian Mahsuri jugalah bumi Langkawi begitu tenang dan nyaman sehingga ianya begitu memikat hati saya. Terus terang saya katakan jika saya punya banyak wang, pasti saya akan mendirikan sebuah mahligai di bumi Langkawi. Sepanjang saya berada di sana saya sentiasa diselebungi ketenangan beserta damai di hati. Bertuah bumi Langkawi menerima rahmat sedemikian. Seingat saya setiap kali saya menjejakkan kaki di sana Makam Mahsuri tetap menjadi pilihan utama untuk dilawati, tidak kisah samada saya akan bermalam di Langkawi atau pergi hari.
Tidak silap, kami sampai di Makam Mahsuri lebih kurang jam 4 petang. Husin sekeluarga mengambil keputusan untuk tidak turut serta masuk dalam kerana anak-anaknya tertidur, kepenatan mungkin. Saya dan Abang mengambil keputusan untuk menemankan Ejump sekeluarga lantaran ini kali pertama mereka ke sana. Yuran masuk dikenakan RM5 seorang. Agak murah juga walhal jika difikirkan peruntukkan yang banyak perlu ada untuk memelihara kawasan tersebut yang semakin cantik berbanding kedatangan saya pada tahun 2004.
Selain itu, sekarang telah ada persembahan Mek Mulong diadakan setiap hari. Persembahan bangsawan ini akan mendekatkan para penonton serta pelancong akan kisah lagenda yang tersurat. Kami berdua pernah menonton persembahan tersebut dalam persinggahan kami pada tahun 2006 lantas kami berhasrat untuk tidak menontonnya. Ini kerana Amiera ketiduran, maka kami berdua menawarkan khidmat jagaan dan memberi peluang Ejump dan isteri untuk mengikutinya serta berjalan-jalan di dalam kawasan tersebut.
Sementara menanti Ejump dan Nova, Abang sempat menikmati laksa di salah satu gerai di dalam kawasan tersebut. Saya hanya meneguk air sahaja kerana destinasi kami seterusnya adalah mengisi perut yang berkeroncong. Walau cuaca agak terik, Miera tidur nyenyak di dalam stroller. Kepenatan barangkali setelah hampir seharian berjalan ke sana sini, namun dengan kenyenyakkan Miera itulah menyenangkan kedua ibu bapanya menjelajah kawasan dan menonton sebahagian persembahan bangsawan Mek Mulong. Selain itu kami berdua sempat berbual dengan penduduk tempatan yang berkhidmat di Makam Mahsuri tersebut dan berkongsi kisah-kisah yang jarang kita dengari, malahan pusara sebenar Mahsuri juga sempat mereka tunjukkan kepada kami.
Pusara sebenar??!! Pusara yang ada sekarang ini sebenarnya apa?? Mesti kelirukan. Kami pun mula-mula bingung juga tetapi alasan yang mereka berikan munasabah mengapa pusara sebenar dirahsiakan. Ini bagi mengelakkan amalan-amalan kurafat pengunjung ke sana terutamanya dari negara jiran yang kuat mempercayai akan keramatnya pusara tersebut. Jadi pusara gantian di buat bagi mengelirukan pengunjung. Baik juga begitu kerana sewaktu berada di sana ada sahaja yang datang meletakkan pisanglah, coloklah dan macam-macam lagi. Tugas pekerja di sana setiap masa memantau dan mengalihkan barang-barang tersebut. Pusara sebenar ada ditunjukkan kepada kami tetapi saya tidak berhasrat untuk berkongsi di sini. Biarlah ianya menjadi rahsia. Andai sesiapa ke sana, mereka tidak lokek untuk memberitahu lokasinya, cuma jika saya berkongsi di sini bimbang pula ada yang menyalah gunakannya nanti.
Selain dari pusara Mahsuri, tarikan lain yang wujud ialah Rumah Mahsuri dan saudaranya, Perigi Mahsuri, Muzium yang di bina khas untuk merungkai persoalan keramatnya bumi Langkawi dan kedai cenderamata. Kami berempat juga sempat menikmati sup gamat yang dijual. Pada mulanya saya enggan untuk memakannya tetapi setelah diyakinkan oleh mereka bertiga saya gagahkan juga diri untuk menikmatinya. Rasa gamat yang dimasak saling tidak tumpah seperti cendawan. Khasiatnya sama seperti kita ketahui khasiat minyak gamat. Saya yang pada waktu itu mempunyai luka digusi dan ianya berdarah setiap kali saya menggosok gigi pulih dalam tempoh beberapa jam setelah menikmati sup gamat. Saat mengunyah gamat tersebut serasa kebas bahagian yang luka tetapi alhmdulillah kemudiannya baik sehingga hari ini.
Usai lawatan di Makam Mahsuri kami menuju ke tempat yang sememangnya saya nantikan saat menjejakkan kaki di Langkawi. Jika ikutkan rasa, pada hari pertama lagi saya ingin ke sana. Gerai LAKSA POWER, gerai yang menggamit kenangan saya, Abang, Fieza dan beberapa orang lagi yang syaa tidak boleh bercerita di sini. Pertama kali kami ke gerai laksa ini iaitu pada tahun 2004 dan ianya secara kebetulan. Sewaktu itu, kami berpusing-pusing mencari arah keluar, ternampak akan van yang menjual laksa dan Abang terus menuju ke situ. Itulah saatnya kami berkenalan dengan Laksa Power dan terus terpikat. Empat hari kami di sana, setiap empat petang kami menikmatinya tanpa gagal. Rasanya sememangnya memikat rasa ditambah pula dengan keenakkan rojak buah dan cendol.
Laksa tersebut sememangnya sinonim dengan Langkawi ini kerana ianya makin terkenal dan sesiapa sahaja ke sana pasti akan menikmati laksa power dan bersetuju akan keenakkan rasanya. Lokasi gerai tersebut tidak berubah hingga ke hari ini iaitu di belakang Lapangan Terbang Langkawi, menghadap ke arah laut. Van tersebut pasti tertulis LAKSA POWER dan trademark gerai tersebut, lagu Siam. Husin juga yang telah beberapa kali ke sana mengakui kehebatan Laksa Power. Kami berhenti makan dan tanpa sengaja saya telah makan laksa tersebut sebanyak dua mangkuk. (alamak terus terliur bila mengenang akan Laksa tersebut).
Selesai makan, kami pulang ke pangkal jalan..he..he..he..pulang untuk melepaskan lelah dan merehatkan badan buat seketika dan bakal menyambung aktiviti. Sayangnya malam tu Abang diserang sakit telinga yang amat sangat. Katanya ekoran dari tekanan sewaktu menaiki kereta kabel, lebih kurang dengan masalah saya sewaktu menaiki kapal terbang. Kasihan melihat dia terlantar kesakitan lantas kami membatalkan aktiviti pada malam tersebut dan keluar mencari makan malam. Ab ang tidak turut serta hanya kami sahaja dan bercadang meninjau jika ada pasar malam di persekitaran. Malangnya sebaik sahaja tiba pasar malam telah tutup dan kami makan malam di salah sebuah gerai berhampiran.
Begitulah kisah saya pada hari kedua di Langkawi. Banyak betul episod semata untuk hari kedua di sana. Harapnya tidak membosankan sesiapa yang membacanya kerana episod di hari ketiga pasti meleret-leret juga kaedahnya.
Tidak silap, kami sampai di Makam Mahsuri lebih kurang jam 4 petang. Husin sekeluarga mengambil keputusan untuk tidak turut serta masuk dalam kerana anak-anaknya tertidur, kepenatan mungkin. Saya dan Abang mengambil keputusan untuk menemankan Ejump sekeluarga lantaran ini kali pertama mereka ke sana. Yuran masuk dikenakan RM5 seorang. Agak murah juga walhal jika difikirkan peruntukkan yang banyak perlu ada untuk memelihara kawasan tersebut yang semakin cantik berbanding kedatangan saya pada tahun 2004.
Kami di Makam Mahsuri
Selain itu, sekarang telah ada persembahan Mek Mulong diadakan setiap hari. Persembahan bangsawan ini akan mendekatkan para penonton serta pelancong akan kisah lagenda yang tersurat. Kami berdua pernah menonton persembahan tersebut dalam persinggahan kami pada tahun 2006 lantas kami berhasrat untuk tidak menontonnya. Ini kerana Amiera ketiduran, maka kami berdua menawarkan khidmat jagaan dan memberi peluang Ejump dan isteri untuk mengikutinya serta berjalan-jalan di dalam kawasan tersebut.
Amiera yang tidur lena tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mujur juga Mama dan Papanya terfikir membawa stroller, jika tidak jenuh juga mengendongnya
Sementara menanti Ejump dan Nova, Abang sempat menikmati laksa di salah satu gerai di dalam kawasan tersebut. Saya hanya meneguk air sahaja kerana destinasi kami seterusnya adalah mengisi perut yang berkeroncong. Walau cuaca agak terik, Miera tidur nyenyak di dalam stroller. Kepenatan barangkali setelah hampir seharian berjalan ke sana sini, namun dengan kenyenyakkan Miera itulah menyenangkan kedua ibu bapanya menjelajah kawasan dan menonton sebahagian persembahan bangsawan Mek Mulong. Selain itu kami berdua sempat berbual dengan penduduk tempatan yang berkhidmat di Makam Mahsuri tersebut dan berkongsi kisah-kisah yang jarang kita dengari, malahan pusara sebenar Mahsuri juga sempat mereka tunjukkan kepada kami.
Bergambar sewaktu menantikan Ejump dan Nova berjalan sekeliling dan menikmati persembahan bangsawan. Muka kepenatan jelas terpancar di wajah masing-masing
Pusara sebenar??!! Pusara yang ada sekarang ini sebenarnya apa?? Mesti kelirukan. Kami pun mula-mula bingung juga tetapi alasan yang mereka berikan munasabah mengapa pusara sebenar dirahsiakan. Ini bagi mengelakkan amalan-amalan kurafat pengunjung ke sana terutamanya dari negara jiran yang kuat mempercayai akan keramatnya pusara tersebut. Jadi pusara gantian di buat bagi mengelirukan pengunjung. Baik juga begitu kerana sewaktu berada di sana ada sahaja yang datang meletakkan pisanglah, coloklah dan macam-macam lagi. Tugas pekerja di sana setiap masa memantau dan mengalihkan barang-barang tersebut. Pusara sebenar ada ditunjukkan kepada kami tetapi saya tidak berhasrat untuk berkongsi di sini. Biarlah ianya menjadi rahsia. Andai sesiapa ke sana, mereka tidak lokek untuk memberitahu lokasinya, cuma jika saya berkongsi di sini bimbang pula ada yang menyalah gunakannya nanti.
Bukti wujudnya amalan khurafat di Makam Mahsuri. Pisang dan colok yang dihidangkan tanpa alasan yang munasabah
Selain dari pusara Mahsuri, tarikan lain yang wujud ialah Rumah Mahsuri dan saudaranya, Perigi Mahsuri, Muzium yang di bina khas untuk merungkai persoalan keramatnya bumi Langkawi dan kedai cenderamata. Kami berempat juga sempat menikmati sup gamat yang dijual. Pada mulanya saya enggan untuk memakannya tetapi setelah diyakinkan oleh mereka bertiga saya gagahkan juga diri untuk menikmatinya. Rasa gamat yang dimasak saling tidak tumpah seperti cendawan. Khasiatnya sama seperti kita ketahui khasiat minyak gamat. Saya yang pada waktu itu mempunyai luka digusi dan ianya berdarah setiap kali saya menggosok gigi pulih dalam tempoh beberapa jam setelah menikmati sup gamat. Saat mengunyah gamat tersebut serasa kebas bahagian yang luka tetapi alhmdulillah kemudiannya baik sehingga hari ini.
Gambar-gambar kami di Perigi Mahsuri. Abang begitu obses dengan kesejukkan air perigi sehingga terasa ingin mandi dengan air telaga tersebut
Antara tempat yang ada di sekeliling Makam Mahsuri
Abang dan Ejump sedang menikmati Sup Gamat. Mereka berdualah yang beria-ia ingin menikmatinya supaya pulang ke Kuala Lumpur tidaklah rugi
Sedang mengambil mood untuk menikmati Sup Gamat, bimbang akan rasanya yang tidak sedap kelak. Nasib baiklah rasanya okey sahaja
Laksa tersebut sememangnya sinonim dengan Langkawi ini kerana ianya makin terkenal dan sesiapa sahaja ke sana pasti akan menikmati laksa power dan bersetuju akan keenakkan rasanya. Lokasi gerai tersebut tidak berubah hingga ke hari ini iaitu di belakang Lapangan Terbang Langkawi, menghadap ke arah laut. Van tersebut pasti tertulis LAKSA POWER dan trademark gerai tersebut, lagu Siam. Husin juga yang telah beberapa kali ke sana mengakui kehebatan Laksa Power. Kami berhenti makan dan tanpa sengaja saya telah makan laksa tersebut sebanyak dua mangkuk. (alamak terus terliur bila mengenang akan Laksa tersebut).
Sabar menanti untuk menikmati Laksa Power. Keinginan yang tidak tertahan
pada waktu ini
Masing-masing ralit menikmati hidangan. Penuh meja dengan pelbagai
hidangan yang membuka selera
Selesai makan, kami pulang ke pangkal jalan..he..he..he..pulang untuk melepaskan lelah dan merehatkan badan buat seketika dan bakal menyambung aktiviti. Sayangnya malam tu Abang diserang sakit telinga yang amat sangat. Katanya ekoran dari tekanan sewaktu menaiki kereta kabel, lebih kurang dengan masalah saya sewaktu menaiki kapal terbang. Kasihan melihat dia terlantar kesakitan lantas kami membatalkan aktiviti pada malam tersebut dan keluar mencari makan malam. Ab ang tidak turut serta hanya kami sahaja dan bercadang meninjau jika ada pasar malam di persekitaran. Malangnya sebaik sahaja tiba pasar malam telah tutup dan kami makan malam di salah sebuah gerai berhampiran.
Begitulah kisah saya pada hari kedua di Langkawi. Banyak betul episod semata untuk hari kedua di sana. Harapnya tidak membosankan sesiapa yang membacanya kerana episod di hari ketiga pasti meleret-leret juga kaedahnya.
nota: Bilalah agaknya untuk memulakan episod 7 pula ye??
No comments :
Post a Comment