Followers

Thursday, July 28, 2011

::Entri Kekal - Komputer Riba untuk dijual::

ENTRI BARU BERADA DI BAWAH ENTRI INI

 
Salam, 

Ada sesiapa sedang mencari komputer riba?  Saya bercadang untuk menjual milik saya SONY VAIO model CS VGN-CS23G berwarna merah jambu.  Berada di dalam kondisi baik kerana saya hanya menggunakannya untuk mengakses internet, kerja-kerja melibatkan software basic seperti Words, Excel, Power Point dan Picture Editor.

Sepanjang dua tahun menggunakan komputer riba, tidak pernah menghadapi masalah atau dihantar untuk dibaiki.  Perisian Microsoft Window Vista yang tulen dan memori telah dinaikkan ke 3GB dan Hard Disk Drive 250 GB.  Ada sedikit calar di bahagian penjuru laptop kerana bergesel dengan jam tangan sewaktu saya menaip.

Saya akan beri sekali dengan bag orignal Sony Vaio berwarna merah.  Jika berminat untuk tahu lebih lanjut beserta harga ditawarkan, boleh email saya:  maria_190998@yahoo.com.

Komputer Riba berserta beg original Sony Vaio

Spesifikasi laptop saya


nota:  sayang untuk dilepaskan tetapi benar-benar terpaksa

Time to work on a flawless complexion! #milkadeal #evoskin

I know how you feel when there's a spot on your face. I am lucky since my face less problem but I have a sister who faced this problem seriously. Maybe this offer can ease your problem plus its cheap. Only at RM25 for a tube of CUSKIN AV Free Spot Control Cream, who knows it will work on you. A click on link, will bring you to the offer.

Time to work on a flawless complexion! #milkadeal #evoskin

Wednesday, July 27, 2011

::Belum Pasti Lagi::

Berkaitan dengan entri ini, saya masih tidak pasti lagi samada akan turut serta atau tidak.  Masih berkira-kira, setakat ini 50-50.  Sana sini orang sibuk memperkatakan mengenai perlawanan esok.  Hampir separuh dari kawan-kawan di FB juga turut serta.  Sejak kaunter tiket dibuka, habis kena serbu.  Hari ini secara rasmi sebanyak 85k tiket telah habis dijual.  Hebat betul penangan Harimau Malaya inikan!  Harap mereka bermain dengan penuh semangat seperti penonton yang berkobar-kobar semangatnya, tidaklah nanti kecewa.

Jika esok sahih saya turut serta di antara 85k penonton, akan saya kongsikan di sini.  Tapi pengetahuan mengenai perlawanan bola sepak totally zero.  Peraturan perlawanan lagilah hampeh!!  Kelak saya akan jadi penonton yang boleh dikategorikan sebagai dungu.  Orang menjerit saya pun tumpang jerit sama..ha..ha..ha..


Lagi satu, kalau menonton perlawanan tersebut harus menyarung baju jersi ke?  Beria-ia Abang hendak mencari sepasang baju buat kami berdua.  Tak dapat yang tulen, tiruan pun jadilah katanya.  Yelah, mana nak dapatkan yang original dalam tempoh singkat?  Tak sempat untuk tawaf pusat membeli belah, lagi pula saya bukannya sihat sangat.

Tunggu sahajalah menjelang esok.  Adakah saya akan turut sama menyarung baju berwarna kuning itu?  Apa agaknya bakal dipamerkan pasukan Harimau Malaya.  Pastinya esok peminat bola pergi bekerja dengan semangat waja dan tidak sabar hendak menamatkan jam bekerja.

 Banyakkan tiket?  Tak tahu berapa ramai sebenarnya kawan Abang turut serta.  Dari gaya tiket yang dibeli macam ramai gila!!!



nota:  senyum di luar tak beerti di dalam turut tersenyum


 

::Selamat Menjalani Dunia Baru::

Bercerita kisah dah lepas lagi.  Tapi tak adalah lama mana, rasanya dalam 2-3 minggu yang sudah.  Adik sepupu saya, Hidayah akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.  Namun untuk menggapai, harus membawa diri jauh nun ke negara atas angin.  Tempoh pengajian selama 4 tahun dan Insyaallah pulang membawa gelaran membanggakan keluarga.

Hampir dua tahun dia berusaha untuk ke sana lantaran pemergian dia di bawah tajaan Kerajaan Malaysia.  Biasalah jika bab-bab berkaitan tajaan pasti mengalami kesukaran dari segi polisi dan dokumentasi.  Ada satu ketika adik sepupu hampir putus asa untuk meneruskan pengajian di sana.  Segalanya berkaitan birokrasi.  Namun berkat usaha serta doa keluarga, Alhamdulillah.  Apa pun saat ini dia sudah pun berada di sana bagi menjalani kehidupan baru dan kembali memegang status pelajar.

Sebelum nak meninggalkan ahli keluarga, yalah 4 tahun bukan tempoh singkat, Hidayah sempat meluangkan masa menziarah kami di Kuala Lumpur.  Lupa pula, ayah Dayah adik bongsu kepada GP dan menetap nun jauh di utara.  Kiranya kitaorang semua ni lebih kurang macam adik beradiklah sebab ayah dengan ayah seibu sebapa.  Kedatangan dia ke sini kami sambut dengan perasaan gembira.  Habis satu rumah bercuti semata hendak bersua muka.

Pengatur rancangan, siapa lagi kalau bukan Ninie.  Dah siap susun aturcara untuk melayan bakal Doktor ni.  Sampai sahaja di Lapangan Terbang Subang, saya pergi menjemput, lepas pada tu nak bawa Dayah berjalan-jalan sebelum pulang ke rumah Mak Tehnya di Puchong.  Sekali tu boleh pula la budak kenit Cayang Ejiki tu demam.  Habis semua plan, makanya makan di rumah sahaja.  Yang GM pula punya baik hati, dah tahu anak sedara datang jauh, boleh dia tak masak.  Alasan kerana hendak keluar makan.  Apa lagi menggelupur kelaparan semua orang.

Ambil jalan mudah, GM memesan Domino's Pizza berkotak-kotak.  Kembung perut masing-masing, dengan Dayah sekali.  Usai menikmati Domino's pergi pula ke Ice Room yang berhampiran di rumah.  Di Kedah Ice Room belum sampai lagi, berbaloi bawa orang jauh ke sana bagi merasa.  Makan-makan sambil bergurau adik-beradik di sana.  Saya tak makan pun sebab dapat merasakan perut dah sengkak dengan kepingan pizza.

   Inilah dianya Hidayah, yang saat ini sedang di dalam peringkat penyesuaian diri di Iowa, Amerika Syarikat.  Maaf gambar gelap, menggunakan kamera I-Phone


Kalau bab bergambar semua laju dan sanggup berhenti makan


 Sejak pertama kali bawa Buah Hati ke sini, dia terus terpikat dengan Ice Room.  Asyik minta bawa dia ke sana.  Minat betul dia


 Nak juga mereka gambar berdua.  Tak mengapa bagi peluang, kalau anak dah bangun tak ada harapan

Balik dari Ice Room, Ninie beli pula laksa.  Makan lagi!!  Memang satu hari tu, kerja kami makan dan makan.  Terkejut agaknya Hidayah melihat nafsu makan luar biasa..he..he..he..tak cukup dengan laksa, goreng pisang pun ada juga.  Dahsyatkan!!!  "Dayah, makan ari tu perut sengkak tak?  Terrorkan kita semua!!"
Keesokkannya, buat temujanji pula dengan GP.  Anak saudara nak jalan jauhlah katakan, inilah masanya untuk bermesra.  Kalau ada rezeki, Insyaallah selesai 4 tahun bersua muka lagi.  Kali ini kami makan malam pula.  Pening memikirkan hendak menuju ke mana.  Akhirnya keputusan sebulat suara di ambil, ke restoran Jom Makan di kawasan Kota Damansara juga.

Restoran ini hidangannya boleh tahan sedap.  Sebenarnya sewaktu bawa Dayah, merupakan kali kedua buat kami semua.  Pertama kali sewaktu menyambut Hari Ibu lalu (alamak, tak buat lagi entri tu kan??!!)  Makanan sedap, harga berpatutan.  Oklah, tak adalah episod keluar gambar resit bagai.

Kami makan-makan sambil berbual.  GP paling banyak berborak dengan Hidayah dan bertanya perihal pembelajarannya di sana.  Kalau diberi rezeki lebih, keluarga saya pasti ke sana.  Sambil ziarah sambil berjalan.  

Bergambar kenangan, jika umur panjang kelak pasti bersua kembali.  Akak mendoakan kesejahteraan Hidayah dan beroleh kejayaan diimpikan


Antara hidangan pilihan kami.  Habis licin semuanya masuk ke dalam perut.  


Berbual kosong anak beranak



Kami sekeluarga bergambar sebagai kenang-kenangan.  4 tahun akan datang,  Cayang Ejiki dan Manje Iyash dah cukup besar untuk membuli Mama Long dia.  Buah Hati Farysh pula dah masuk sekolah rendah.  

Tumpang bangga sebenarnya bila ada di kalangan keluarga berjaya hingga ke peringkat tinggi.  Rezeki Pakcu Ta'a dan Makcu Intan, anak-anak dia semuanya menjadi.  Jika Kak Long Hidayah di Iowa, Kak Ngah Mardeeyah pula di Jordan juga turut menyambung pelajaran.  Adik Mamat sudah berkerjaya.  Yang tinggal di Kedah, hanya Kak Teh bakal menduduki SPM dan adik Ammar.  Saya yakin mereka semua akan berjaya kelak. 

Inilah rezeki namanya.  Segala penat lelah dan usaha tanpa jemu, semuanya terbalas.  Nanti kalau Dayah kirim gambar dari sana, Insyaallah berkongsi di sini.  Tak pun rajin-rajin ke blog dia.  Jenguk-jenguk kehidupannya di sana.  Buat masa ini menurut Hidayah, masih belum ada lagi cerita terbaru dari sana kerana banyak perkara harus diselesaikan.  

Apa pun, sekali lagi akak doakan moga Dayah kuat semangat dan terus berusaha hingga berjaya peroleh apa diingini.  Biar apa pun cabaran serta dugaan mendatang, tangani segalanya dengan bijak dan berhemah.  Pandai-pandai bawa diri di tempat orang, jaga kesihatan selalu dan pelihara keperibadian.  Kejayaan Hidayah menjadi contoh ramai orang terutama adik-adik kita.  Semoga selamat segalanya di IOWA, AMERIKA SYARIKAT!!!
nota:  kalaulah punya rezeki.....













Time to get pampered with #JEBeauty massage and facial treatment! #MilkADeal

How much it will cost you for one time facial treatment? The cheapest you can get at RM50. How bout body massage? From my experience at least RM100 have to spend on it. So, total approximately RM200. Some of us to spend at that amount in one time,hmm...it's a big deal and most of the time we have to ignore rather than spend. Luckily we have #MilkADeal. Facial treatment + Body Massage = RM68. Please believe it!!! What a super great deal we have. Why should think more? Grab it..Grab it...Grab it...while it last. I have to say this is GREAT COMBO come with GREAT PRICE!!! Click at the below link and you are just a few minute on yr way to have this offer

Time to get pampered with #JEBeauty massage and facial treatment! #MilkADeal

::Ada Ubat Berkesan? ::

Ulser dalam mulut ni makin menjadi-jadi pula.  Dah puas letak garam tapi hasilnya makin teruk.  Ini rasa dah membengkak pipi.  Kebiasaannya jika pakai garam dalam tempoh kurang 2 hari mesti dah kecut, ini makin besar pula.  Salah apa agaknya ye?  hm....

Ada petua-petua lain tak bagi pulih ulser yang penuh dalam mulut ni?  Bonjela pun dah digunakan, ubat dari doktor pun dah letak tapi tak berhasil.  Berdenyut-denyut satu muka penangan ulser dalam mulut.  
Aduyai, tekanan betul dibuatnya.....



Tuesday, July 26, 2011

::Tak Faham::

Kebelakangan ini perihal berkaitan Twitter menjadi isu di sana sini.  Saya mula tidak faham.  Bukan sahaja di kalangan orang-orang biasa seperti kita tetapi juga di kalangan artis, para pemimpin dan lain-lain juga  Bagi saya laman Twitter adalah hak peribadi seseorang.  Tak kisahlah dia hendak berkata apa pun, janganlah kita yang membaca menjadikan isu besar.  Bukankah itu semua mengundang perbalahan?

Jika benar pun tuan empunya akaun seolah-olah menuju kepada kita, pastikah kita apa yang diperkatakan oleh itu ada bersangkut paut dengan diri?  Di keadaan lain pula, yang kita memang dah tahu, orang itu turut sama membaca apa yang kita tulis, perlu ke kita memerli secara terangan?  Sudahlah perli, pakat ajak kawan-kawan kutuk sama.  Sekali lagi, perlu ke berkelakuan sedemikian?
  
Jika benar tidak berpuas hati bukankah ada kaedah lebih baik dari baling batu sembunyi tangan.  Kita kena ingat ayat yang tertera boleh menjadi seribu satu maksud samada bergurau, kiasan atau maksud sebenarnya.  Mungkin dengan tulisan bergurau kita rasa ianya serius, kerana itu jangalah kita cepat melatah.  Melainkan tuan punya akaun memang masukkan nama kita, barulah sahih ianya ditujukan kepada kita.  

Hari ini timeline Twitter saya sibuk dengan luahan dari akaun seorang artis yang dituduh bukan-bukan (wah!!  follow artis je kan..).  Kasihan saya melihat dia, sedangkan dia sedang sibuk berada di lokasi penggambaran.  Apalah yang orang tu dengki sangat dengan artis tersebut sehingga membabitkan keluarga dia?  Sedar tak dengan tindakan sedemikian, mungkin juga rumahtangga dia boleh bergolak.  Jika runtuh, ha siapa antara penyumbang ke arah tersebut?   

Sepatutnya kita bersosial di dalam keadaan gembira.  Tak mahu ada sifat-sifat negetif kerana pada situasi tertentu orang yang kita berhubung tu tak pernah bersua muka pun.  Dah cukup baik kita dapat connect dunia luar dengan mudah.  Segalanya berada di hujung jari.  Apa perlu kita mencari musuh?  Kasihanilah pada orang-orang yang dizalimi dengan kata-kata dan juga tohmahan.  Berkecamuk hidup mereka tau.

Saya pun bukannya baik, ada masa terlepas juga kata-kata tidak semenggah tetapi sebaik mungkin saya kawal supaya tidak jatuh dalam kancah perbalahan.  Sesiapa pun bergaduh saya tidak peduli kerana ianya tidak melibatkan saya cuma saya sering tertanya, takkan sampai sebegini teruk keadaannya?

nota:  gunakan segala kemudahan sebaik mungkin  

::Boleh Cuba::

Tersedu (hiccup) agak memeritkan perut dan tekak.  Rasa tak selesa dibuatnya.  Orang tua kata nak besar, agaknya kalau kita yang dah dewasa ni tersedu nak besar macamana lagilah.  Antara petua mujarab, minum air.  Tapi pernah juga dah bergelen-gelen air masuk, sedunya tak hilang.

Ada beri petua dengan pengaturan pernafasan.  Tarik dan hembus nafas dalam kadar kiraan yang sama dan perlahan.  Tak kurang juga kata gigit lidah sewaktu tersedu.  Tapi awas, boleh luka jadinya.  Selain itu, ada beri pendapat  baca selawat ke atas Nabi SAW dan hembuskan ke dalam air sebelum minum.  Macam aneka petualah sehingga saya sendiri tidak ingat.

Tapi saya punya petua yang saya dapat dari seorang guru sewaktu menuntut di sekolah menengah dahulu.  Dia menyarankan supaya kita berkeadaan rukuk sewaktu minum air.  Memang susah sebenarnya untuk minum apabila kita membongkokkan badan sedemikian tetapi ia amat berkesan.  Dah ramai saya bagi petua ini dan Alhamdulillah semuanya menjadi.  Malah saya pernah cuba pada Buah Hati yang kecil, pun berjaya.

Baru tadi ni, saya tersedu (aduhai,takkan nak besar lagi??!! apa tak cukup besar ke sekarang ni??!!).  Lama juga tak kena, dan terus menggunakan kaedah tersebut.  Sekejap sahaja telah hilang.  Terus terfikir untuk berkongsi di sini.  Sesiapa selepas ini berjaya dengan kaedah yang saya sarankan, bolehlah pula beri pada orang lain.  

Bagi sesiapa ingin tahu bagaimana terjadinya tersedu dan penerangan mengenainya boleh sahaja ke laman web ini.  Walaupun tidak banyak mana infonya sekurang-kurangnya kita boleh tahu mengenainya kerana selama ini kita tak pernah nak ambil tahu secara lanjut perihal sedu ini.



nota:  ada ilmu kita kongsi bersama


  

::Memantapkan Kemahiran::

Semenjak memiliki DSLR, hujung minggu pasti Abang ingin mengasah skil.  Yalah, benda baru dan masih banyak perlu dipelajari.  Tak guna jika barang dah ada tetapi tak tahu menggunakan.  Ibarat kanak-kanak merangkak, maka hasilnya pun tidaklah secantik mana.

Cerita lama lagi.  Kami telah pergi ke Tugu Negara untuk tujuan di atas.  Pergi pun dah lewat petang, jadinya tidak dapat berlama-lama di sana.  Tempat ini ditutup jam 6 petang setiap hari.  Penat rupanya melayan penggemar DSLR.  Lama hendak menunggu sehingga mereka puas.  Kerap juga gambar tidak menjadi namun tidak langsung berputus asa.  Yang menunggulah azab, tak tahu hendak buat apa.

Monumen Tugu Negara ini memang sering dikunjungi pelawat luar dan dalam.  Masing-masing ambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat patung binaan dari gangsa ini.  Maaflah ya, entri ini tidak ada sebarang info mengenai Tugu Negara.  Saya penat hendak membaca kerana stress dipaksa menjadi model tak bertauliah.  Jika berminat hendak mengetahui kenalah berkunjung ke sana.

Saya shout dalam Twitter kunjungan ke sana dan ramai mengatakan "Wah, berdating!!"  Takde maknanya dating bagai ok.  Sudahlah cuaca panas, kena berjalan jauh ke dalam pula tu ditambah dengan tahap kesihatan biasa-biasa, semuanya jadi serba tak kena.  Tapi apa pun, setia melayan =)

Inilah antara hasil tangkapan pengguna baru.  Saya akui tak selawa mana ditambah pula dengan modelnya yang agak sengal.  Tak tahu hendak bergaya macamana, asyiklah kena marah.  Lama-lama saya pula naik angin..ha..ha..ha..

 Tugu Negara di bina khusus mengenang pejuang yang tewas di medan pertempuran


Apa motif gambar ini diambil tak pasti.  Eh, panjanglah rambut.  Nak potong ke tidak ye??!!


Dah penat sebenarnya, tu yang duduk seketika.  Duduk tak sampai 15minit telah diarah keluar sebab dah pukul 6 petang


 Gambar tak berapa nak jadi walaupun saya faham apa sebenarnya yang dia mahukan.  Lain kali sahajalah ye.  Penatlah asyik nak adjust kedudukan

Dari jarak dekat

Banyak lagi sebenarnya gambar tapi cukuplah mana yang ada.  Bukan mahu sesiapa komen pun, hanya sebagai selingan.  Tidaklah bosan sangat membaca nanti.  Selepas ini makin banyak gambar saya dan susah untuk melihat gambar berdua-duaan.  Baik juga macam tu.. 



nota:  apa pula ye selepas ini??

::Berdebar Lagak Pemain::

Pagi-pagi lagi telah dapat panggilan mesra dari Abang bertanyakan hendak atau tidak untuk menjadi sebahagian daripada penonton di Stadium Bukit Jalil hari Khamis ni.  Hati ragu-ragu untuk pergi, kerana langsung tidak minat untuk menonton perlawanan tersebut.  Bukan tidak ada semangat jati diri cuma saya memang kurang minat, itu sahaja.

Tetapi biasalah, pelawaan dari dia akan bertukar menjadi kemestian.  Dia mana boleh hidup tanpa saya...ha..ha..ha..walaupun belum beri kata putus, Abang telah pergi membeli tiket.  Hairan juga saya kenapa dia begitu berminat untuk turut serta kerana selama kenal dia, mana pernah menjejakkan kaki ke stadium bola semata untuk menonton perlawanan.   

Rupanya atas ajakan kawan-kawan.  Jika telah diajak kenapa perlu heret saya pula?  Biasalah, ayat bunga-bunga:  Mana boleh pergi ke mana-mana tanpa kehadiran saya.  Terus hati kembang setaman..ngeh..ngeh..ngeh...Risik-risik Nova, sekali dia tak pergi.  Tiada siapa nak jaga anak.  Alamak??!!!  Macamana ni?  Gugup pula rasanya bila nanti dikelilingi lelaki-lelaki yang akan menjerit.  Terus hati berdebar seolah saya pula akan beraksi di padang...Kalau saya kata tak mahu pergi pun tak guna.  Nanti terus Abang batalkan untuk turut serta, kasihan pula.

Tengoklah nanti bagaimana.  Masih ada masa dua hari untuk fikirkan.  Kenalah cari-cari sedikit maklumat mengenai perlawanan tersebut supaya tidak sangap berada di sana.  Mana tahu saya beri lucky charm buat pasukan Harimau Malaya, atau pun sebaliknya...


nota:  sangat bernasib baik tidak bertemankan si kaki bola..he..he.. 

::Sebuah Kisah Kehidupan::

Sepanjang minggu lalu, telah saya katakan mood mengenang kisah silam.  Mengimbau kenangan samada pahit mahupun manis segalanya mampu mengukir senyuman.  Cuma tatkala kita mengetuk pintu memori seolah ianya merupakan petanda usia sepantas kilat berlari.  Benar, sesiapa sahaja jika diberi peluang pasti ingin berpatah semula ke belakang dan memperbaiki segala kesilapan bagi memastikan hanya memori indah bakal tercipta.

Saya sering berbual dengan adik-adik bagaimana kami dahulu sewaktu kecil.  Yelah, sulung sudah pasti banyak perkara tersimpan di dalam kantung seluar saya.  Hari ini kami mengenang bersama mereka yang tidak pernah berada di waktu itu dan sedikit sebanyak membantu mereka mengenal dengan lebih rapat siapa sebenarnya orang yang mereka kahwini.. ;)

Dan kebetulan pula, saya dihubungi dua tiga orang rakan di zaman persekolahan.  Agak lama jalinan persahabatan terputus dan kini kembali bersatu atas kecekapan lingkupan teknologi semasa.  Apa yang nyata kita masing-masing punya cerita tersendiri.  Segala tampak sempurna, mampu menghulur senyuman pada sesiapa sahaja, tetapi apa berkocak di dalam tiada siapa mengetahui.  

A dengan kisah tersendiri, B dengan dugaan hidup yang tidak dipinta dan C akan terus berusaha memastikan kebahgiaan bakal miliknya.  Ibarat sebuah antologi novel, kisah kita semua adalah bab-bab di dalam novel tersebut.  Saya tumpang gembira tatkala mereka bahagia dan saya mengalirkan mata di kala kisah kehidupan begitu menghayat hati.  Segala saya lakukan dengan ikhlas atas ikatan persahatan.  

Saya berkongsi sedikit ceritera A.  Dia bukanlah seorang gadis yang tidak bijak, malahan keputusan peperiksaan sudah cukup baik untuk menempatkan diri di pusat pengajian tinggi.  Namun atas dasar cinta, dia sanggup bekerja bagi memastikan kekasih hati boleh meneruskan pengajian.  Katanya, lelaki perlu pergi jauh kelak berkeluarga tidak berhadapan masalah kewangan.

Seawal 18 mula bekerja dan nasibnya baik berjaya menjawat sebagai penjawat awam.  Puas keluarga memujuk untuk meneruskan pelajaran, namun ditolak kerana baginya tiada lain dari bakal menjadi suri hati kekasih hati.  Hasil pendapatan 3/4 diperuntukkan buat kekasih hati.  Segalanya diberi dengan ikhlas kerana yakin kejayaan kekasih hati adalah kejayaan bersama.

Tamat pengajian kekasih hati sibuk menumpu perhatian dalam mengukuhkan kerjaya.  Sekali lagi A menunggu dan terus menunggu.  Alasan diberi, jika tidak bekerja bagaimana mahu menanggung anak bini kelak.  Mengiakan sahaja apa kata kekasih hati.  Tatkala ini, perhubungan dibina mula goyah.  Ada-ada sahaja masalah.  Namun segala itu mereka harungi hinggalah ke jinjang pelamin.  Tiada lain mampu dilafazkan selain bersyukur kerana segala jerih perih dalam menanti akhirnya membuahkan hasil. 

Tapi, sesudah 3 bulan ikatan perkahwinan menjadi tegang.  Episod pergaduhan mewarnai hari-hari mereka sehingga suami ambil keputusan keluar rumah.  Setelah diselidiki, sudah ada wanita lain setia menanti dan perkahwinan diteruskan atas dasar ingin membayar balik segala budi yang telah ditabur.  Aduhai, hampa sekali A dan sehingga hari ini status masih lagi "Gantung Tidak Bertali."  Seawal di usia 30-an A terpaksa berhadapan dengan kepincangan rumah tangga.  Mujur juga belum dikurniakan cahaya mata.

Jalan cerita seperti drama di televisyenkan?  Tetapi inilah realiti.  Saya menasihkatnya dari segi keputusan bakal diambil beserta pandangan undang-undang.  Tersedu-sedu dia bercerita dan saya hanya mampu mohon dia peroleh kesabaran yang begitu tinggi kerana Allah sayangkan orang bersabar.

Kemungkinan-kemungkinan perkara apa berlaku di hari muka dapat diagak.  Mungkin ada rahmat disebalik kejadian menimpanya.  Kita sendiri tidak tahu.  Usai berbual, terus berkongsi kisah dengan Abang.  Walau tiada sebarang reaksi dari dia, saya sempat mengeluarkan peluru kapur buat dirinya supaya sentiasa berfikir jangan sekali-kali menyakiti hati wanita.

Harapan A sememangnya menanti kepulangan suami, namun dia tetap redha atas segala apa yang terjadi.  Dia menyesal kerana tidak berusaha menjadikan dirinya terbaik supaya sang lelaki tiada alasan untuk digunakan.  Saya nasihatinya untuk tidak menyalahkan takdir kerana segalanya berkaitan jodoh dari Allah SWT.

Sedang mengenang nasib A, tiba-tiba lagu di bawah berkumandang seolah menjeritkan isi hati A.  Sebuah lagu lama nyanyian Ali Terra Rossa berjudul Gering.  Berulang kali dengar sehingga jalan cerita A begitu terkesan di hati.  Saat itu saya bersyukur kerana tidak diduga sedemikian rupa.  Bagi sesiapa yang ada kenangan bersama lagu ini, jom kita kembalikan memori silam yang tersemat di kotak hati... 

   


nota:  jika hendak diduga, biarlah bukan yang melibatkan hati dan perasaan.  Tidak tertanggung pedihnya

Monday, July 25, 2011

::Bebelan di Minggu Baru::

Seperti orang lain, saya sendiri mengalami sindrom 'Monday Blues'.  Serba tak kena jadinya bila dilanda perasaan sebegini.  Nak pegang itu malas, hendak ke sana berat hati dan segala macam aneka rasa di dalam hati.  Kalau otak pun tak mampu kawal tahap kemalasan, anggota lain apatah lagi.

Di tambah pula semalam baru lepas menjalani operasi urut.  Habis lebam-lebam dikerjakan dek tukang urut.  Ada yang kata bahayanya berurut gaya begitu, tetapi sebenarnya kulit saya yang tak tahan.  Jika tekan sedikit pun, boleh menyebabkan lebam, inikan pula bila dah berurut.  Faham-faham sahajalah gayanya bagaimana.

Bab badan lebam satu hal, dalam mulut pula dipenuhi ulser merata.  Agenda biasa menjelang puasa.  Tiap-tiap tahun beginilah kaedahnya.  Kurang air dalam badan pun ye juga.  Yang penting, kena baik sebelum puasa bermula, kalau tidak melarat selama sebulan.  Memang seksa dibuatnya.


Mengenangkan bulan Ramadhan bakal menjelma, entahlah hati bercampur baur.  Perasaan terulung sudah pastilah bersyukur tak terhingga kerana diberi kesempatan mengecapi nikmat dan keindahan Ramadhan buat kesekian kali.  Tetapi apabila memikirkan masalah sedang didepani, fikiran menjadi kosong.  Mungkin sambutan Syawal kelak hanya sebagai cukup syarat, sebagai meraikan tanda kemenangan.  Harapan moga dengan adanya keberkatan Ramadhan, segala dilalui akan dipermudahkan Allah SWT.


Harus berhenti dahulu bagi mengisi kekosongan perut.  Sepanjang hari tidak diisi.  Gaya hidup yang langsung tidak sihat!!  Jika berkesempatan, akan ada cerita menyusul.  Insyaallah...




nota:  berharap apa diusahakan membuahkan hasil...

#PutraMedic professional physiotherapists are here to cure your pain! #MilkADeal

#PutraMedic professional physiotherapists are here to cure your pain! #MilkADeal

Stress will always be the main contribution on back and shoulder pain. Can we totally avoid it? No we can't!! So the best way to relief, look for a professional physiotherapists. Expensive?? This round there are some great price which will give us huge benefit. From RM170, price slashed to RM28 for a physiotherapists massage. How to purchase this offer? Just click at the above link and follow the simple steps. Within few minutes, this offer will be yours!! Happy Massage...

Manicure & pedicure session along with a relaxing massage only at #MilkADeal #KarystalNail

Manicure & pedicure session along with a relaxing massage only at #MilkADeal #KarystalNail

No mood for blogging so why don't take your time and go through with this offer. Another great offer form #MilkADeal and your nails deserve to be pampered. This is the best time, only RM38 instead RM200 for manicure and pedicure session. What a super duper saver!! Learn more by click at the above link...

Friday, July 22, 2011

::Hari Tua Si Dia::

Saya bercerita kisah yang telah pun terlepas hampir sebulan lebih.  Maaflah ye, semuanya cerita lama.  Saya sedang berada di dalam mood mengenang kembali memori silam (cewah!!), itu yang tergerak hati untuk masukkan entri bertaraf tamat tempoh.

Bagi yang  ikut blog ini dari awal, mesti tahu setiap kali menjelang bulan Jun saya meraikan harijadi orang-orang yang amat disayangi, rasa sayang ikhlas dari tulus hati.  Mereka sentiasa bersama saya dalam susah dan senang, selain dari keluarga tercinta.  Siapa lagi kalau bukan Fieza dan Kekasih Hati.  Hari jadi mereka beza dalam seminggu macam tu.  Hari tu pun pernah buat sebuah entri dedikasi buat teman baik saya, Fieza.

Tahun ni, terus terang agak ralat kerana tidak dapat sambut hari jadi kedua-dua mereka atas masalah tertentu.  Kalau tidak, setiap tahun saya adalah antara paling sibuk merancang untuk membuat kejutan buat mereka berdua.  Buat Fieza, saya berpeluang meraikan di dalam sebuah majlis anjuran teman-teman sepejabatnya.  Nasib baik juga ada, kalau tidak lagilah rasa bersalah teramat sangat.

Kemudian rancang pula untuk Si Dia yang bertakhta di hati.  Rancang punya rancang, segalanya tak berapa nak menjadi.  Menjelang hari jadi Abang, jauh di sudut hati rasa sedih amat sangat kerana tahun ini tidak seperti tahun sebelumnya.  Entah macamana, kali ni Mimie pula beria nak sambut walaupun secara kecilan katanya.  Saya yang buntu juga pada waktu tu dek kerana masalah datang bertimpa-timpa terus setuju.

Jadinya, kami ke Satay Station di Kampung Pandan.  Berempat sahaja, Mimie, Soraya, Abang dan saya.  Nak ajak Fieza dia belum balik dari kampung.  Tak apalah, dari tak ada langsungkan.  Kebetulan pula malam tu, final AF9 terus tumpang tengok separuh siaran dari Satay Station.  Apa pun terima kasih pada Mimie dan Soraya kerana bersusah payah untuk Abang.  Walaupun baru nak sekepala dengan Soraya tapi dia memang best!

  Susah payah Mimie pergi carikan kek untuk 'Abang' dia..he..he..he...

Kecil dan comel seperti kami berempat....muahhaa..ha..ha...


Terima kasih pada diaorang berdua malam tu.  Kalau tak, dalam sejarah sepanjang perkenalan tiada sebarang sambutan dari saya

 Bergambar berdua, yang dia tayang-tayang itulah hadiah dia.  Mahal OK!!!!  Tapi takpe, lepas ni kalau nak bergambar senang.  Dah ada jurugambar ala-ala profesional 


 Dear, I love you deep from my heart.  Thanks for everything..Thanks for tremendous year we have been together..Thanks for being you for me...Thank you with full of lurve!!!

Di akhiri dengan gambar sate.  Tapi semenjak dua ni, rasa Satay Station Kg Pandan dah tak sesedap masa mula-mula makan.  Seolah hilang kick!!  Hidangan buat meraikan hari tua Abang..



nota:  kadangkala kesederhanaan itu perlu

Thursday, July 21, 2011

::Makanan Laut di Jalan Walter Grenier::

Jom cerita perihal makan lagi.  Walaupun saya tidak makan ikan tetapi saya adalah penggemar makanan laut terutamanya ketam.  Kalau hari-hari dapat makan ketam pun tak mengapa, tapi awas!  Tidak bagus untuk kesihatan.  Sekali-sekala bolehlah.

Jadinya, selalu jugalah jengah ke restoran yang menyediakan menu ketam ini.  Kadang-kadang bersama Fieza (most of the time), di masa lain dengan Mimie pula dan semestinya peneman setia adalah Abang.  Sekarang ada geng baru untuk aktiviti makan-makan, Ejump dan Nova.  Fieza suka akan udang, kiranya padanlah kami berdua.  Banyak tempat dah pergi bersama semata memenuhi selera raksasa, tak kisahlah samada berdekatan atau pun merantau jauh.

Ada sebuah kedai di Walter Granier, Jalan Imbi boleh tahan masakannya.  Rasanya ramai dah tahu kewujudan restoran ini.  Saya sendiri tahu bila melihat FB seorang rakan, terus meleleh air liur.  Pertama kali ke sana pun Fieza yang bawa dan memang puas hati makanannya.   Itu pun kalau tak silap dalam awal tahun lepas. 

Baru-baru ini, boleh pula tekak terasa nak ke sana.  Ingatkan nak beramai ke sana tapi sayang masing-masing ada hal, makanya saya dan Abang berdua ke sana.  Agak lama tidak ke sana, rasa masakan langsung tak berubah.  Mengadap berdua dengan begitu banyak lauk pauk, memang sengkak perut.  Tapi apa pun tetap berpuas hati.

Bagi sesiapa teringin nak merasai keenakan makanan laut di sana, bolehlah mencuba.  Mana tahu tersangkut dengan selera seperti kami.  Bab harga, boleh tahan jugalah.  Selalunya bajet kami dalam RM50 seorang tapi dah nama pun sedapkan.  Daripada yang berharga RM196 setakat minum air sahaja, lagi haru....Macamana nak ke sana, susah pula nak cerita di sini tapi kalau ajak boleh saja!!!  Belanja kami ya...

 Gambar ini diambil atas rasa dendam kesumat, nak menayang pada Fieza yang tak dapat nak turut serta.  Jahatkan ini orang...Diaorang berdua memang suka gaduh-gaduh manja =)

Mana boleh dia je, saya pun nak juga buat perut orang lain rasa menggelodak.  Tapi saya pula nak bagi Nova terliur.  Terukkan, ambil gambar untuk mendera selera orang lain!

Alamak, terus teringin!! Macamana ni??!!




nota:  langit tidak selalu cerah....

Wednesday, July 20, 2011

::Masih Boleh... ::

Dua tiga hari selepas melalui tempoh perubahan hormon, terus selera membuak-buak.  Teringin nak makan macam-macam.  Tak boleh jadi ni, kena cepat-cepat sambung berpuasa sementara masih lagi di bulan Sya'aban.  Pahala pun berlipat kali ganda.  

Dah beberapa hari teringinkan KFC, puncanya Buah Hatilah asyik menyebut nak makan ayam sehingga menjilat jari.  Cuba tahan selera tapi hari ini tewas apatah lagi didesak beribu kali si kecik tu.  Diakan pandai main peranan.  Bila dah pergi, bukan boleh makan pun.  Setakat cuit-cuit. lebih pada itu tekak dah muak.

Itulah masalah rakyat Malaysia saya rasa.  Terlalu banyak makanan mencabar selera sehingga sampai ke satu peringkat kita membazir.  Terus terang saya katakan, kita ni walau sesengkek mana pun, masih mampu memenuhi tembolok selera.  Gambaran sebenar kehidupan, kita tidaklah sesusah orang yang betul-betul miskin, tetapi tiap kali duit kontang, menggelabah hidup.  Mulalah merasakan ujian tersebut amat berat, tak tertanggung dek badan.  Walhal, sendiri cari pasal dengan masalah.

Kena muhasabah diri, walaupun 10 sen berada di dalam poket kena berterusan bersyukur kerana masih lagi ada rezeki.  Bukannya merungut ataupun rasa terbeban dengan masalah kewangan.  Duit banyak mana dilonggokkan depan mata, memang tidak akan mencukupi.  Nafsu manusiakan lain macam karenahnya.  

Apa pun, hari ini selera berjaya dipenuhi walaupun sebenarnya masih banyak perkara perlu difikirkan.  Tapi tulah, setiap kali berfikir jam-jam tu juga sakit kepala menyerang.  Mungkin terlalu berat agaknya itu yang dah tak mampu untuk bertahan.  Saya tidak putus-putus berdoa moga Allah tunjukkan jalan penyelesaian kerana yakin tiada masalah tidak boleh diselesaikan.



nota:  berterusan berikhtiar...

::Tiada Kedua Kali::

Lagi cerita lama tetapi elok juga untuk dikongsi bersama buat penilaian.  Tapi saya tidak menghasut untuk mengatakan tidak ya, harap maklum.

Dalam penghujung tahun lepas rasanya (fffuuuhhhh...lama gila baru nak masuk sini!!)  rancang dengan Fieza untuk ke Bukit Ampang.  Teringin sebenarnya nak ke sana, boleh menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari puncak bukit.  Tempat ini memang popular tapi sayang, kami anak jati KL tidak pernah jejak ke sini.  Fieza sekeluarga dan saya bersama Abang dan Mimie. 

Perancangan awal hendak ke sana siang tapi bila fikir semula, kami ubah ke sebelah malam.  Sampai sana terus nak naik ke point yang lebih tinggi, oleh itu kami memilih Restoran Panorama.  Berpeluh juga hendak sampai ke atas sehinggakan angin tidak terasa langsung.

Inilah pemandangan yang konon-kononnya diimpikan oleh kami semua.  Walhal yang datang ke sana kebanyakkannya memadu kasih.  Kami sahaja datang dengan satu kumpulan besar.   

Sampai ke atas, terus pilih tempat duduk bersesuaian dan mula memesan makanan.  Tapi bila melihat akan menu, tiada apa yang membuka selera.  Secara umum makanan segera dan Western Food.  Jadi minuman sahaja sudah mencukupi.  Lagi pula tujuan asal hendak menikmati pemandangan seperti yang diwar-warkan.  Isi perut nanti-nanti pun boleh.

 Cik memang suka macam tu, susah nak pandang kamera.  Muka seronok waktu sampai di atas, tapi keseronokkan yang tidak bertahan lama

 Bergambar bertiga pula untuk kenangan bersama

 Bergambar pula dengan Mimie.  Dah tak tahu hendak buat apa, selain dari berborak kitaorang sibuk bergambar

Kawan dulu, kini dan Insyaallah selamanya.  Dah kenalkan dia ni =) 

Sekali bila sampai bil, masing-masing hendak pitam.  Maunya tidak, harga dia Masyaallah mahal gila!!  Sudahlah tiada makanan berat dan hampir kesemua kami hanya minum sahaja kecuali Azam.  Bil dikenakan hampir RM200.  Dengan berat hati kami bayar juga.  Abang dah berubah muka dan mula merungut-rungut.  Tak berbaloi langsung baginya.

 Juling biji mata masing-masing melihatkan harga.  Terpaksalah juga membayar walau hati tidak rela.  Semua air dikira flat rate

Silap kami juga kerana tidak teliti betul-betul harga ditawarkan.  Kami hanya melihat harga tertera di menu sekilas pandang dan masing-masing tidak menyangka sebegitu mahal.  Kalah harga hotel ok!!!  Lebih sadis, Cik dan Pakcik hanya minum air kopi dan teh tetapi harga begitu membunuh. 

Harga satu hal, kemudian dikenakan pula cukai ke atas keseluruhan bil.  Perlu ke?  Sedangkan harga asal dah dinaikkan ke tahap 200%.  Tak masuk akal.  Membebel-bebel kami semua.  Kami bukanlah berkira bab bayar mahal.  Selalu juga kami makan ditempat mahal dan tiada masalah untuk membayar cuma kali ini rasa amatlah tidak berbaloi.

Perut lapar, duit terbang, hati sakit, semua sekali satu pakej.  Maaf, tidak akan datang lagi buat kali kedua.  Tertanya-tanya tiada pemantauankah dari pihak berwajib?  Takkan harga sebegitu boleh dikenakan kepada pengunjung sedangkan harga di Genting Highland sendiri tidak semahal di Bukit Ampang.  Sejak turun kami semua menyebarkan perihal tersebut pada rakan-rakan lain supaya tidak ke sana.

Bawah dari Restoran Panorama ada juga beberapa restoran lain dan saya tidak pasti adakah harganya turut membunuh.  Mimie kata restoran tersebut beroperasi secara tidak sah kerana telah ada yang membuat laporan dan pihak berkuasa menegaskan mereka tidak pernah membenarkan sebarang operasi perniagaan.  Tapi jika tak boleh takkan restoran tersebut berani mendirikan bangunan kekal.  

Pulang dari Bukit Ampang, kami bertiga singgah ke Kg Bharu untuk mengisi perut lapar dan hati yang membengkak dan kami membayar RM60 untuk set hidangan lengkap.  Macam-macam ada di atas meja, ikan, udang, sotong, kerang, sayur, tomyam, dan jus buah.  Terasa rugi berganda bila mengenangkan perkara tersebut.  Terus hilang mood untuk bergambar. 
 
Bagi sesiapa hendak ke sana, berhati-hati dan jangan terkena seperti kami.  Dengan harga tersebut, boleh pergi makan makanan laut bertaraf 5 bintang.  Tapi ini sudah agak lama berlalu, tak tahu pula sekarang telah berubah.  Setiap kali kami berjumpa perihal Bukit Ampang pasti tidak lekang dan menjadi bahan kutukan dan tawa.  Nasib badan, dah terkena baru rasa.



nota:  gambar tidak berapa bagus kerana menggunakan I-Phone 

::Pakej Baru::

Ingat tak hari tu saya kongsikan di sini perihal Boikot Astro?  Tak pasti samada berjaya atau tidak perancangan tersebut, yang pasti Astro tetap berdegil dan surat pengesahan kenaikkan telah pun dihantar ke pengguna tegar Astro.  Dengar juga khabar dari Parlimen yang Astro bakal di denda kerana melanggar perintah.  Sejauh mana perkara ini berlangsung, WALLUHALLAM... 

Dek kerana kenaikkan tinggi melangit, Astro memperkenalkan pula pakej baru iaitu SUPER PACK, dengan harga RM125 sebelum cukai pelanggan dapat menikmati hampir kesemua siaran.  Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan pakej ini, boleh telefon Astro Call Center untuk kepastian.  Kiranya ini merupakan pakej penjimatan terutama bagi pengguna yang banyak melanggan siaran-siaran di Astro

Saya punya dua akaun Astro dan satu darinya memang berbaloi jika tukar kepada Pakej Super Pack secara tak langsung tukar kepada Astro Beyond termasuk pakej HD.  HD ini hanya berkesan kepada sesiapa yang menggunakan peti televisyen LCD Full HD, kalau TV kotak seperti di bilik saya tak payahlah.  Buat sementara ini, bertukar ke Beyond tiada sebarang bayaran dikenakan.  Oklah, percuma.  Kalau kena bayar memang saya tolak!!!

Tapi bila fikir semula, mahal sebenarnya pakej ini terutama apabila tidak dapat siaran sewaktu cuaca buruk.  Kiranya kita bayar buta tapi tidak dapat menonton.  Sudahlah tu, siaran berulang berpuluh kali.  Buatnya tak sampai setahun pihak Astro menaikkan harga pakej lagi, alamatnya....Bila bertanya kepada pegawai bertugas, katanya harga tersebut kekal paling minimum setahun.  Kalau pakej lain naik, pakej Super Pack takkan terkesan.

Susah nak percaya janji manis terutamanya apabila mereka memonopoli pasaran.  Sama ada suka atau tidak, kita terpaksa menurut.  Kalau tidak takkan Astro tidak mengendahkan amaran keras Kerajaan.  Dari situ kita dah boleh agak bagaimana sikap Astro sebenarnya.  Kalau semua pakat boikot oklah juga tapi rasanya mendapat sambutan dingin.  Entahlah, sekarang ini kerap terfikir kenapa sebagai rakyat jati Malaysia kehidupan ibarat melukut di tepi gantang.


nota:  malas dah nak fikir perihal Astro ni, tapi kalau tak ada hmm...