Followers

Tuesday, July 26, 2011

::Berdebar Lagak Pemain::

Pagi-pagi lagi telah dapat panggilan mesra dari Abang bertanyakan hendak atau tidak untuk menjadi sebahagian daripada penonton di Stadium Bukit Jalil hari Khamis ni.  Hati ragu-ragu untuk pergi, kerana langsung tidak minat untuk menonton perlawanan tersebut.  Bukan tidak ada semangat jati diri cuma saya memang kurang minat, itu sahaja.

Tetapi biasalah, pelawaan dari dia akan bertukar menjadi kemestian.  Dia mana boleh hidup tanpa saya...ha..ha..ha..walaupun belum beri kata putus, Abang telah pergi membeli tiket.  Hairan juga saya kenapa dia begitu berminat untuk turut serta kerana selama kenal dia, mana pernah menjejakkan kaki ke stadium bola semata untuk menonton perlawanan.   

Rupanya atas ajakan kawan-kawan.  Jika telah diajak kenapa perlu heret saya pula?  Biasalah, ayat bunga-bunga:  Mana boleh pergi ke mana-mana tanpa kehadiran saya.  Terus hati kembang setaman..ngeh..ngeh..ngeh...Risik-risik Nova, sekali dia tak pergi.  Tiada siapa nak jaga anak.  Alamak??!!!  Macamana ni?  Gugup pula rasanya bila nanti dikelilingi lelaki-lelaki yang akan menjerit.  Terus hati berdebar seolah saya pula akan beraksi di padang...Kalau saya kata tak mahu pergi pun tak guna.  Nanti terus Abang batalkan untuk turut serta, kasihan pula.

Tengoklah nanti bagaimana.  Masih ada masa dua hari untuk fikirkan.  Kenalah cari-cari sedikit maklumat mengenai perlawanan tersebut supaya tidak sangap berada di sana.  Mana tahu saya beri lucky charm buat pasukan Harimau Malaya, atau pun sebaliknya...


nota:  sangat bernasib baik tidak bertemankan si kaki bola..he..he.. 

No comments :

Post a Comment