Followers

Wednesday, July 20, 2011

::3 Little Musketeers::

Salam Rabu, moga segalanya berada di dalam kerahmatan Allah SWT.

Semenjak awal tahun lalu, Alhamdulillah rumah kembali riuh dengan tangisan kurniaan Sang Pencipta.  Hampir 4 tahun juga selepas kelahiran Buah Hati, tiada kedengaran suara-suara comel ini.  Ninie melahirkan anak sulungnya pada bulan November 2010 dan Sitie Cutie pula bersalin pada Januari 2011.  Ha, sekaligus datang maka terus menjadi sebuah pasukan takraw. 

Rutin harian GM turut berubah kerana setiap hari terpaksa berhadapan dengan 1001 karenah mereka.  Hari bersilih ganti, seronok melihat mereka membesar dan tanda penuaan buat saya.  Masing-masing dengan gelagat tersendiri.  Bila sekaligus mengamuk, rasakan.  Boleh runtuh rumah dibuatnya.  Ketika ini jika impikan keadaan rumah yang kemas, lupakanlah.  Dek kerana hari-hari menatap wajah mereka, rasa sayang meluap-luap.  Bila semua tak ada terus dihimpit kesunyian.  Tatkala berhadapan dengan masalah bertubi-tubi, dekatkan diri dengan 3 little musketeers, terus hati lapang walaupun apa yang dihadapi belum pun selesai.

Syukur Allah mengurniakan mereka ke dalam keluarga kami.  Semakin besar empayar keluarga, moga semakin murah rezeki kami semua.  "Along sayang anak-anak along semua.  Besar nanti jadi orang yang berguna ye Buah Hati, Sayang dan Manje."

KAMAL AMIRUL AL-FARYSH BIN KAMAL AMIRUL MUKMININ
  Buah Hati pengarang jantung ni dah berusia empat tahun.  Sekejap sahaja masa berlalu, tup tup tahun ni masuk sekolah.  Kalaulah boleh dihentikan masa, pasti kami ingin memberhentikan sewaktu kecil.  Sekarang mulut laju berkata-kata, manis pula susun atur ayat.  Sangat bijak ok!  Tapi kuat meragam, cucu sulung agaknya.  Manja pun terlebih-lebih dan kadangkala susah untuk bertolak ansur dengan adik-adik.  Tapi dia sweetheart semua orang di rumah.  Panggilan baru, untuk dia ABANG.  

KAMAL IZZ ZIQRY BIN AHMAD SYAUKI
Kitaorang panggil dia Abang Ejiki atau Cayang saya.  Inilah anak Ninie.  Lasak bukan main walhal baru berusia 8 bulan.  Lagak seperti budak berumur setahun.  Memanjat merata-rata.  Budak baya dia ada yang belum merangkak lagi.  Alhamdulillah dek kerana lasak, dia juga cerdik.  Cepat faham apa orang kata.  Sebabkan Mummy dia 'rock', main belasah je, anak pun lebih kurang sama.  Bab makan pun main pakat bedal.  Sudahlah kulit putih melepak, geram je kalau tengokkan perangai dia.

KAMAL AMIRUL AL-FYRASH BIN KAMAL AMIRUL MUKMININ
Ni pula adik manja.  Slow and steady tapi kalau mengamuk dia top of the top.  Baru berusia enam bulan.  Badan antara 'termantop'.  He cute in his silent.  Perangai pelik belum ketara lagi tapi dari gaya.  Used to call him Manje sebab dia memang sangat manja dengan semua orang.  Hari Isnin lepas baru buat projek botakkan kepala tapi belum ada lagi gambar terbaru.   




 nota:  tak perlu tanya bila giliran saya ye...hik..hik..hik..

No comments :

Post a Comment