Followers

Saturday, July 9, 2011

::KL Gangster::

Agak lewat sebenarnya untuk bercerita mengenai filem pecah panggung KL Gangster.  Pungutan tiket cecah berbelas juta pastinya sudah ramai gila menonton filem ini.  As for me, just watched through Astro First.  Am not purchasing it after what I have done before.  Few of my friends planned to subscribe so we chip in few dollars and we watch together.

Bagus tak idea kami?  After all, cerita sebegini bukan boleh tengok berulang kali.  Cuma bonus pada tuan rumahlah kerana dia punya tempoh 48 jam untuk menghayati filem tersebut.  Kalau tengok bersendirian di rumah pun tak seronok juga.  Bila ramai-ramai barulah rasa seperti di panggung wayang.  So immediate after office hour, we went to our friends house.

Ok-ok sahajalah filem ini.  Cuma saya tertanya, adakah aktiviti gangster ini wujud di negara kita?  Ala-ala negara China pula rasanya.  Lagi satu, bila gangster bercakap antara satu sama lain memang kena feeling ala orang Cina yek?  Kalau cakap gaya Melayu betul, tak nampak ganas agaknya.  Apa pun hero-hero gangster semuanya good looking.  Cair habis kalau semua perempuan tengok.


Filem ini bakal bersambung agaknya kerana beberapa persoalan belum terjawab.  Seperti apa sebenarnya yang berlaku kepada Fadil aka Zizan Raja Lawak, takkan Jai aka Adi Putra hilang macam tu sahaja, bila semua dah mati siapa pula sebenarnya menjadi kepala gangster di Kuala Lumpur, apa yang berlaku kepada adik Malek aka Aron Aziz, lakonan Syeera dan macam-macam lagilah.  Ke memang filem ini sedang dalam penggambaran, saya sahaja yang tidak mengetahuinya?

Bagi sesiapa berhajat melanggan Astro First bagi filem ini pun bolehlah disyorkan.  Anda tidak akan menyesal seperti saya melanggan filem Karak.  Terhibur juga menonton KL Gangster cuma kalau boleh jangan terlalu mendedahkan filem ini kepada anak-anak, boleh tahan terpengaruh nanti terutamanya bab berlawan-lawan dan tembak menembak.  

Sambil menonton, kami dihidangkan dengan nasi lemak dan Domino's Pizza.  Memang nak meletup perut.  Manakan tidak, asyiklah menyumbat sahaja kerjanya.  Sia-sia berpuasa sepanjang minggu.  Akibat dari sifat tamak haloba terhadap makanan tersedia hidang, sekarang ini perut sedang memberontak.  Berguling-guling sakit!! Harapnya tidak terbawa sampai esok hari.  Hilang mood nanti untuk berhujung minggu.

Kalau nak tahu hujung pangkal filem ini, wajar menonton di panggung berdekatan atau melanggan sahaja melalui Astro First.  Kalau saya bercerita di sini meleret-leret pula nanti.  Dari orang faham terus jadi tak faham. 
Di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Berhujung Minggu ye.  Jika ada sesiapa turut serta dalam perhimpunan Bersih jaga diri baik-baik.  Perjuangkan apa yang anda rasa wajar tanpa membebankan orang lain.  Bagi mereka yang tidak mahu keluar rumah kerana bimbangkan situasi semasa, inilah masa sesuai melanggan KL Gangster!! 


nota:  masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah menyinggung perasaan PEKIDA melalui filem KL Gangster.  Biasa sahaja...entahlah...
 

2 comments :

  1. tq,.. sy lum sempat lagi tgk movie ni...

    ReplyDelete
  2. Aril,xper Astro First kan ada... :) Thanks for been here

    ReplyDelete